Thursday, August 11, 2011

Kenapa EMPATI ?






EMPATI wujud didalam diri shafiq. perasaan ini sejak kecil lagi... shafiq kesan perasaan ni dah hidup dalam diri shafiq sejak umur 6 tahun. pada masa tu shafiq akan rasa sesuatu yg lain, shafiq nampak orang tua berjalan lemah shafiq rasa sedih. shafiq tengok orang susah shafiq sedih. shafiq dengar orang ada masalah shafiq rasa ingin tlg, shafiq tengok tingkah laku orang tu shafiq tahu dia ada mslh shafiq tahu emosi dia. perasaan semua ini wujud secara mendalam .kadang2 tu shafiq rasa kecewa dgn sseseorang smpi menanges.. sebab dia x memahami perasaan shafiq dan x menghargai apa yg shafiq buat. kekecewaan tu dtg sebab shafiq betul2 memahami perasaan dia dan shafiq berusaha utk tolong dia dalam keadaan dia sedar atau tidak. shafiq cuba jd org yg ada disisi dia. EMPATI ni da jd mcm identiti shafiq. Shafiq bersyukur kehadrat ilahi kerana Ar-Rahman memberi kelebihan ini kepada shafiq. Allah s.w.t menciptakan manusia ni dengan pelbagai jenis serta kelebihan.Inilah tanda kecintaan Allah s.w.t kepada hambanya..... so, apakah itu EMPATI??? 


Ini adalah DEFINISI EMPATI mengikut apa yang shafiq fahami :



EMPATI kemampuan untuk merasakan keadaan emosional orang lain, merasa simpati dan berusaha menyelesaikan masalah dalam mengambil kira perspektif orang lain.


Dalam berempatii, kita berusaha atau secara tidak langsung mengerti dan mendengar bagaimana perasaan orang itu secara mendalam , Dengan meletakkan kita pada tempat orang lain.[to feel in]    

kita mendengar dan memahami denagn hati, tidak sekadar mendengar "apa" yang ia sampaikan tetapi mendengarkan "bagaimana" dia menyampaikannya. perhatikan bahasa tubuh yg dia gunakan, itu lebih menggambarkan perasaan sebenar.



Empati sering disebut-sebut sebagai RESONANSI dari perasaan secara fiziknya. Dengan empati, seseorang akan membuat frekuensi perasaan dalam dirinya sama dengan frekuensi perasaaan orang lain. Sehingga ia turut bergetar, turut memahami, sekaligus merasakan apa yang dirasakan orang lain. Kerana fikiran, kepercayaan, dan keinginan seseorang berhubungan dengan perasaannya, seseorang yang berempati akan mampu mengetahui pikiran dan mood orang lain.






2 comments:

  1. buncho.. kau dpt rase x masalah aku?? 0.o

    ReplyDelete
  2. kau x pernah berada disisi ku.. sorry ok..ahahhaha -gurau =)

    ReplyDelete