Thursday, January 26, 2012

Malaysia Nuclear Power Plant 2021 (Dis/Advantages,Implementation,History & Experience)



Jika ada sesiapa yang patut gerun dengan Nuclear Power Plant (NPP), mereka seharusnya adalah orang Jepun. kerana mereka memiliki pengalaman pahit di Hiroshima & Nagasaki. Sebaliknya, Jepun kini mempunyai lebih daripada 50 unit NPP di 17 lokasi di seluruh negara itu dari Hokaido di utara ke Kyusu di selatan. Kini terdapat Tekonolgi Baru yg lebih selamat & maju iaitu Third Generation Reactor (Diterangkan melalui Post/Article sebelum ini)Apabila mereka memulakan projek untuk membina NPP, mereka mempunyai kurang daripada apa yang  Malaysia ada sekarang ini dari segi kerangka undang-undang/penyelarasan. Mereka terkejut kerana walaupun Malaysia sudah terkehadapan dari segi ketetapan masa dan kerangka, kita belum lagi membina NPP kita sendiri.
Korea Selatan yg mempunyai 60 unit NPP, telah cukup berjaya sehinggakan mereka memperolehi kontrak bernilai AS$40 billion untuk membina NPP bagi United Arab Emirates

Satu tempat di Virginia Amerika Syarikat terdapat sebuah tasik di mana terdapat sebuah NPP. Orang ramai memancing dan berenang di tasik itu kecuali di tempat-tempat tertentu berhampirannya yang menjadi kawasan larangan kerana seba-sebab keselamatan. Apabila orang tahu mengenai NPP, dan betapa selamatnya loji itu hinggakan mereka bersedia memancing dan membakar ikan yang mereka pancing,” katanya. 
Malaysia banyak menerima tawaran dalam membangunkan teknologi nuklear ini seperti russia & china. rekaan terbaru Russia mampu menghadapi gempa bumi sehingga 9.0 pada skala Richter. 
membina sebuah NPP di sebuah negara tropika seperti Malaysia atau di kawasan aktiviti seismik tinggi seperti di Indonesia bukan satu masalah kerana mereka (russia company)  sudah membina loji sama di selatan China.  Dengan loji generasi ketiga/Third Generation Reactor,  boleh dibina satu kilometer dari kawasan penduduk. Terdapat kira-kira 143 unit reaktor di Eropah, kebanyakannya dibina di kawasan penduduk padat dan sebahagian daripadanya dibina di kawasan peranginan popular di Perancis dan Switzerland. Harga minyak yang semakin meningkat serta bekalan minyak dan gas asli yang terhad, kerajaan Malaysia terpaksa mencari alternatif lain bagi memenuhi permintaan tenaganya

ADVANTAGES

  1. Membuka peluang pekerjaan dlm sektor seperti bidang penyelidikan dan pembangunan dalam bidang perubatan, perindustrian, pertanian dan pemeliharaan alam sekitar
  2. kos menghasilkan satu unit tenaga adalah 14 kali lebih murah dari penghasilan satu unit tenaga dari tenaga suria
  3. tenaga hidro pula adalah tiga kali ganda lebih mahal dari Nuclear Power Plant (NPP).
  4. Nuclear Power Plant (NPP) merupakan penjanaan tenaga yang paling murah pada harga semasa. Ia adalah lima kali lebih murah untuk mengeluarkan satu unit letrik berbanding dengan kegunaan minyak atau empat kali ganda lebih murah dari penggunaan gas.
  5. Tidak lama lagi loji tenaga nuklear akan dibina di seluruh dunia menjelang tahun 2030, apabila  pemintaan tenaga Malaysia akan bertambah 1.5 kali ganda dan apabila Gas Rumah Hijau (GHG) secara global disasarkan uintuk dikurangkan sehingga 50% dari tahap sekarang.
  6. Prof Noramly dari UKM menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai satu kumpulan saintis yang cukup bersedia untuk menggerakkan pembinaan sebuah NPP untuk mengeluarkan tenaga nuklear untuk memenuhi keperluan tenaga negaraProf Noramly mempunyai pengalaman yang amat luas mengenai tenaga nuklear dan pernah mengendalikan Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSATI), yang kini dikenali sebagai Agensi Tenaga Nuklear Malaysia, sebagai Pengarahnya dari tahun 1977 hingga 1982. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah dan Ketua Program Kerjasama Teknikal, IAEA di Vienna. Prof Noramly yang cukup berminat dengan NPP sebagai sumber tenaga elektrik yang “termurah dan terhijau” yang amat diperlukan apabila penjanaan tenaga dari bahan bakar seperti minyak dan gas sudah habis.Pada hakikatnya, kumpulan ini sudah lama menunggu NPP dilancarkan, membina dan menggendalinya sebaik saja arahan dikeluarkan oleh Kerajaan, kata Prof Noramly yang kini bertugas di Pusat Pengajian Sains dan Teknologi Makanan, UKM. “Pakar-pakar ini telah menunggu begitu lama sempai ke tua dan bersara dan ada yang menukar kerjaya,” katanya, sambil mengingatkan bahawa umur beliau sendiri sudah hampir 70 tahun.
  7. Pembinaan NPP, kerana faedah ekonomi setempat yang boleh diperolehi industri dari pembinaannya.
  8. Sains dan teknologi telah mencapai banyak kemajuan dan telah berjaya menghasilkan ‘sistem yang kalis-gagal’ bagi NPP
  9. Terdapat tiga kumpulan pakar yang sedang menyediakan asas untuk membolehkan Kerajaan memberi lampu hijau untuk memulakan pembinaannya. Kumpulan pertama ialah Tenaga Nasional Berhad yang mencari tempat yang sesuai, reaktor dan pembiayaannya, kumpulan kedua ialah Agensi Tenaga Nuklear untuk melihat mengenai pembangunan tenaga manusia, promosi dan program outreach untuk mendapatkan penerimaan awam manakala kumpulan ketiga ialah AELB yang bertanggungjawab untuk melihat aspek peraturannya.
  10. ada loji nuklear yg dibina 1 km dr kawasan penduduk kerana faktor keupayaan keselamatan loji berkenaan yg begitu terjamin & faktor teknologi yg pesat berkembang skrg ini.
  11. Mampu menyumbang ke arah kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara. Ianya juga selaras dengan hasrat negara yang mahu bergerak ke arah ekonomi karbon-rendah bagi menangani perubahan iklim dunia akibat pembebasan karbon dioksida.


DISADVANTAGES

  1. ia tiga kali ganda lebih mahal dari kuasa angin.
  2. Sasaran utama musuh sekiranya berlaku peperangan dan sebagainya,musuh tak perlu untuk hantar 100,000 bala tentera ke sini,cukup dengan hanya menggunakan 2 jet pejuang untuk memusnahkan loji nuklear seterusnya melumpuhkan sumber tenaga negara sekaligus merebaknya radiasi yang menjadi senjata pembunuh secara senyap pula,musuh jimat tenaga,jimat masa..mereka tak perlu musnahkan negara ini dengan senjata berat,hanya letupkan loji tersebut dan dengan sendirinya kita runtuh dengan apa yang kita sendiri bina.
  3. Mahal & perlukan subsidi yg besar jika dilaksanakan. 
  4. Jika berlaku kebocoran ia kemungkinan akan merebak melalui air dan udara :


  • Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.
  • Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.
  • Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.
  • Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.
  • Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.
  • Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma


Implementation Criteria

  1. Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir.
  2. Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal.

Sejarah/Pengalaman Malaysia dengan isu Tenaga Nuklear (NPP)
  • Mesti rmi yg beranggapan isu Nuclear energy ini baru di Malaysia tetapi sbenarnya penyelidikan & penubuhan badan bertanggungjawab untuk mengkaji tenaga nuklear ini telah bermula seawal 1972.
  • Sejarah tenaga nuklear di Malaysia bermula dengan penubuhan sebuah Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail (PUSPATI), di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 19 September 1972.  Penubuhan pusat ini diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail Dato’ Abdul Rahman, yang memikirkan Malaysia perlu memainkan peranan penting dalam pembangunan sains dan teknologi untuk kegunaan secara aman.
  • Pada 16 Jun 1983, PUSPATI ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear dan diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, dan kemudiannya dipindahkan ke Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 10 Oktober 1990. Pada 10 Ogos 1994, pusat ini ditukar nama kepada Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). Mulai daripada 28 September 2006, ianya dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) selaras dengan keutamaannya dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (P&P) kepada enam bidang utama, terdiri daripada bahan termaju, pembuatan termaju, bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, sumber alternatif dan teknologi nano.
  • Era P&P nuklear di Malaysia mula berkembang apabila Reaktor TRIGA PUSPATI (RTP) model Triga MK 11 memulakan operasi pada 28 Jun 1982, setelah mencapai tahap kegentingan pertama. Perkataan TRIGA adalah singkatan kepada Training, Research, Isotope Production dan General Atomic. Pembinaan RTP yang dimulakan dalam bulan November 1981 ini bertujuan untuk membangunkan bidang latihan, penyelidikan dan pengeluaran radiosotop yang terdapat di Agensi Nuklear Malaysia. RTP adalah reaktor jenis kolam yang direka bentuk bagi membolehkan eksprimen dijalankan di teras reaktor. Reaktor ini di reka agar sesuai digunakan dalam pelbagai bidang sains nuklear dan pendidikan. RTP juga menyediakan kemudahan untuk penggunaan neutron termaju dan kajian sinaran gama termasuk analisis pengaktifan neutron (NAA), analisis neutron tertunda (DNA), pengeluaran radiosotop untuk kegunaan perubatan, perindustrian dan pertanian, radiografi neutron dan penyerakan neutron sudut kecil (SANS).
  • Sejak awal penubuhan agensi ini, tujuannya bukanlah untuk membangunkan mahupun membina senjata nuklear bagi peperangan ataupun mencipta bahan yang bersifat pemusnah kepada manusia sejagat. Malaysia adalah antara negara terawal di rantau ini yang menandatangani Triti Ketiakcambahan Senjata Nuklear (NPT), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang melarang sebarang pembangunan senjata nuklear mahupun menerima apa jua bentuk bantuan dari luar mengenai senjata nuklear; dan Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT). Sebuah stesyen pemantauan CTBT telah didirikan di Malaysia bagi tujuan pemantauan dan pengesanan ujian senjata nuklear.
  • Pengawalan ke atas penggunaan benda-benda radioaktif di negara ini bermula sejak tahun 1968 lagi, apabila Parlimen meluluskan Akta-akta Benda radio aktif 1968. Berikutan daripada perkembangan pesat aktiviti-aktiviti tenaga atom di negara ini, pada April 1984, Parlimen telah meluluskan Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304).  Pada 1 Februari 1985, selaras dengan kehendak Seksyen 3, Akta 304, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.  AELB bertanggungjawab terhadap peraturan dan perlaksanaan Akta Bahan-bahan Radioaktif (Radioactive Substances Act), dasar negara mengenai tenaga nuklear dan keselamatan radiasi dan keselamatan. Mulai 27 Oktober 1990 AELB telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.  AELB dianggotai oleh lima orang ahli yang dilantik oleh menteri.  Ahli-ahlinya terdiri daripada pakar-pakar yang berkelayakan dalam bidang sains dan teknikal berkaitan tenaga atom.
  •  loji janakuasa nuklear yang dicadang dibina dengan anggaran kos RM 9.75 billion dan dijangka beroperasi pada 2021 

*sikacakkacak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment