Wednesday, January 25, 2012

List of Malaysia, Iran, Israel & US Intelligence

Terdapat rumour mengatakan Malaysia sudah punya agensi perisikan mcm CIA,mossad di Amerika dan Isreal tu (sebenarnya mmg dah ade. tp yg ni lebih advance) secret intelligence itu adalah MEIO(Malaysia External Intelligence Organisation) . persoalannya, betul atau tidak? atau sekadar mitos shja.haha

PERISIK/INTELLIGENCE bermaksud :

i. individu yang yang diupah atau bekeja untuk sesebuah negara atau institusi bagi mendapatkan maklumat sulit dari negara asing, organisasi atau syarikat.
ii. individu yang memantau orang laen.



Mereka yang membuat penyamaran dan dilengkapi oleh peralatan elektonik mengikut keperluan sesuatu operasi yang dijalankan.
Perisikan anti pengganas adalah berlainan sama sekali dan dipenuhi dengan tugasan yang amat merbahaya. Nyawa kebanyakkan agen ini sentiasa dalam merbahaya. Cara pengoperasiannya sentiasa berhadapan dengan peluru hidup.

Perisik moden selalunya (mostly) bercampur, hidup bersama musuh, bertutur dengan bahasa musuh mereka, bersahabat dan mengeksploitasi mereka disetiap peluang yang ada. Perisik dikehendaki gagah, tabah dan amat merbahaya. Kebanyakkan perisik menerima ASAS latihan ketenteraan. Ini termasuk pelajaran bagaimana menembak menggunakan pelbagai jenis senjata, ilmu mempertahankan diri dan penentangan terhadap soal siasat sekiranya mereka tertangkap.


Selepas latihan asas, sebahagian perisik ini akan dihantar untuk latihan seni penjejakkan atau pemantauan dan yang lainnya sebagai pegawai teknikal tetapi tugas yang paling merbahaya adalah mereka yang bertugas di medan. Salah satu tugas bagi perisik di medan adalah merekrut agen tempatan, orang yang boleh digunakan untuk membantunya hatta sehingga orang tersebut sanggup membunuh bagi pihak perisik. Adanya agen ini sebegini merupakan kunci kepada kejayaan mana- mana operasi perisikan. Paling diutamakan perisik medan ini mesti mengenal pasti orang yang betul, orang yang dilatih dengan ilmu perisikan dan memiliki kemahiran untuk menjalankan tugasan operasi.

Selepas menemui calon yang sesuai mereka akan direkrut, mengenal pasti kelemahan dan mengeksploitasikannya. Dlm banyak keadaan, agen medan yang terlatih pula akan bertanggungjawab untuk merekrut dan mengoperasikan agen- agen lain, pada masa yang sama dimana tiada satu pun sedar akan wujudnya agen di antara satu dengan yang lain.
Walaubagaimanapun dunia seorang perisik itu dipenuhi dengan rasa kesunyian, permainan yang mengelirukan serta kotor dan dipenohi dengan ancaman. Hanya yang terbaek akan meneruskan kehidupan mereka. kalau dah tertangkap 1st korg mmg kena interrogated secara teruk (wayar elektrik, pukul, dilemaskan etc) then korg akan dipenjarakan. 





MALAYSIA INTELLIGENCE
MALAYSIA INTELLIGENCE

IRAN & ISRAEL INTELLIGENCE
IRAN & ISRAEL INTELLIGENCE
 US INTELLIGENCE
AMERICA INTELLIGENCE





*sikacakkacak.blogspot

No comments:

Post a Comment