Friday, November 23, 2012

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina&Tamil) hanyalah memisahkan kaum

Salam Perpaduan... Pendapat aku Sekolah Cina & Tamil ni hanyalah memisahkan kaum... perpaduan, persefahaman dan sejiwa antara kaum tidak akan tercapai.. akan sebilangan yg racist.. lahir keluarga cina, sekolah pun sekolah cina... susah mereka ni nk memahami kaum lain dari segi budaya, adat, kekeluargaan, peesahabatan, akhlak, dan mereka tidak twu akan pentingnya sehati dan sejiwa bersama bangsa lain.. kerana mereka terdiri drpd kaum cina, sudahlah keluarga pun cina.. byk cara lagi utk mengiktiraf bahasa mandarin ni.. kita semua kaum mesti bersatu dari kecil lagi (kindergarten) bukannya dgn mengwujudkan sekolah yg memisahkan kaum... Malaysia satu2-nya negara yg mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan (cina&tamil) sebuah kaum minoriti di suatu negara... 

Cadangan

Disni saya tegaskan tidak boleh ada sekolah cina dan tamil.. hanya satu iaitu sekolah kebangsaan...bahasa belajar wajib selaras samaada bahasa inggeris atau melayu... oleh itu utk mengiktiraf kaum2 lain dan menunjukkan toleransi dan keprihatinan kerajaan terhadap kaum bukan melayu, kerajaan wajib utk mengiiktiraf bahasa mandarin dan tamil ini, kerajaan harus membuka subjek bahasa di sekolah kebangsaan... kedua mereka harus mewajibkan orang melayu utk belajar bahasa mandarin seperti mana orang cina wajib belajar bahasa melayu, mengikut populasi mengikut kaum di Malaysia Melayu 58%, Cina 25%, india 7%, sabah dan sarawak 10%... oleh itu wajarlah utk kaum lain mempelajari bahasa mandarin.. strateginya : semestinya tenaga pengajar tidak mencukupi oleh itu laksanakan diperingkat menengah iaitu tingkatan 1-3. jika tenaga pengajar tidak mencukupi lagi2 sekolah di kawasan kampung maka hadkan utk sekolah yg terletak dibandar dan asrama penuh sahaja, jika tenaga pengajar tidak mencukupi lagi maka buat gabungan kelas contoh 2 kelas gabung menjadi satu utk sesi subjek bahasa sahaja... atau wajibkan pada kelas2 tertentu seperti kelas aliran sains atau kelas pertama hingga keempat... pertuturan disekolah diwajibkan berbahasa melayu atau inggeris.. ini kerana bahasa melayu adlh bahasa rasmi dan kita rakyat malaysia yg tinggal dimalaysia seharusnya mengiktiraf bahasa bumiputra ini... sekolah agama tidak patut dipertikai kerana agama islam adalah agama rasmi dan jumlah org islam di Malaysia lebih 60%...sepertimana kita tahu dan sekolah agama kebanyakannya cemerlang, SPM mereka cemerlang, ini salah satu faktor kaum lain berminat belajar di situ, oleh itu buka dan bagilah peluang kepada kaum lain atau bukan islam utk belajar disana... soal aurat dan kebajikan bukan islam di sekolah agama akan di jaga seperti mana sekolah agama harian lain yg ada pelajar & guru bukan islam... Bagi Universiti tempatan pro bumiputra (saya xnk sebut univ ape..ahha) perlu membuka kemasukan kaum lain... 10%-5% kaum lain, 10%-5% foreigner, manakala bumiputra 90%-80%... bagi saya inilah sebenar toleransi.... inilah pengorbanan utk perpaduan dan masa depan negara.. Melayu masih diberi hak istimewa bukannya hilang begitu sahaja, tiada lagi istilah racist dan melayu dilebihkan... kita bersungguh2 mengiktiraf kaum lain dimasa yg sama kita perlu bersungguh2 menjaga agama islam dan bahasa melayu..

Seterusnya, pelajar perlu diajar budaya setiap kaum, hal ini sangat penting kerana dgn cara ini kita rakyat malaysia mampu memahami & menghormati kaum lain, dlm projek nilam (nadi ilmu amalan membaca) perlu diselitkan berkenaan budaya.. mewajibkan pelajar untuk membaca buku atau artikel berkenaan budaya kaum2 dimalaysia di setiap tahun dan membuat folio, kemudian hantar bersama buku nilam, markah 50 keatas sebagai syarat utk menduduki peperikasaan akhir tahun.. kerajaan dan pihak sekolah boleh juga menerapkan  ilmu budaya ini dlm kokurikulum... contoh setiap badan2 uniform disekolah perlu memberi tugasan berkumpulan yg terdiri pelbagai kaum, mewajibkan pelajar m

Selain itu, melalui sukan, pastikan bilangan mengikut kaum adalah seimbang, jika tidak team berkenaan tidak dibenarkan mewakili mana sekolah atau mana2 badan.. contoh pasukan ragbi 15 orang => 7 melayu, 5 cina, 2 india dan 1 lain2 kaum... jika perkara ini diwajibkan mereka akan berusaha utk mencari pemain yg terdiri dlm pelbagai kaum, kerana hal tahu main tidak tahu main ini bileh diselesaikan dgn latihan... sekarang ini apa yg saya lihat monopoli kaum mengikut sukan... contoh football dan netball semua org melayu yg main, Voleyball & basketball semua cina yang main, kriket dan kabadi india yg main... jika hal perkauman ini tidak diselesaikan maka malaysia akan lambat maju, kerana berlaku byk krisis dan rintangan... sebagaimana rakyat Amerika boleh bersatu tanpa mengira kaum begitu juga kita... say no to racism.. sekarang masa utk laksanakan!

Faktor lain adalah kejiranan... macamana kita batalkan sekolah cina dan tamil begitulah kita batalkan perumahan bangsa atau tanah bumiputra dan gantikan dgn perumahan perumahan mengikut kaum yg seimbang seperti dlm satu kawasan itu 50 rumah kaum melayu, 25 kaum cina, 15 india dan 10 kaum2 lain.. maksud saya perumahan yg dimonopoli satu-satu kaum shaja.. idea ini masih mememntingkan kaum melayu bukan menjatuhkan kaum melayu, kerana melayu masih mendapat hak selaku kaum bumiputra dan majoriti.. kerajaan perlu mulakan dari kecil-kecilan lagi sebaiknya perumahan yg akan dibina.. Iskandar Malaysia adalh tempat yg sesuai utk melaksanakan idea ini, secara tidak langsung idea ini mampu memberi manfaat kpd kemajuan negara... sistem perumahan perlu diatur kembali supaya jiran kita berbilang kaum, dan AJK perumahan terdiri drpd pelbagai kaum bukannya berlaku pemonopolian kaum,... anak2 dan remaja boleh bergaul dgn jiran melayu, cina dan india, bermain di taman perumahan bersama2, bersenam bersama2, bila perayaan boleh lawat melawati dan boleh berkongsi pengalaman bersama jiran di halaman rumah... percayalah kita nak majukan malaysia ni kita perlu majukan semua kaum lagi2 kaum melayu yg majoriti ini, kerana tanpa kemajuan kaum majoriti ini maka mustahil negara ini akan maju... percayalah dengan duduk berbincang dan bermusyawarah isu perkauman ini dpt diselesaikan...

Ironinya orang asing beranggapan bahawa negara kita aman damai rakyat pelbagai kaum bersatu, media massa pula meriah menunjukkan kita kaum 1Malaysia, hakikatnya orang melayu mengata orang cina,,, orang cina pula mengata orang melayu tetapi bila berjumpa berpura2 baik.. inilah hakikatnya yg bernanah dlm daging kita.. kita mesti ubah! .... Bagi saya perkara ini perlu dilaksanakan sebelum terlewat, sebelum bara menjadi arang, sebelum nasi menjadi bubur,.. banyak lagi idea yg boleh dicanang.. maka fikirlah utk masa depan negara, duduk bermesyuarat, kemudian lakasanakan.. contohnya wujudkan suruhanjaya perpaduan kaum seperti suruhanjata Reid dahulu, menggubal/memperbaiki undang2 diparlimen supaya selaras mengikut zaman dan mantapkan sumber manusia (Human Resources)... 
DEMI PERPADUAN, DEMI RAKYAT, DEMI MALAYSIA :)

Kepada Pemimpin disini ada pantun~

Apa guna jadi kaya,
Kalau lawan takut kalah,
Jika rasuah jadi budaya,
Yang baik menjadi salah...

Tak sungguh tak kata,
Mati semut kerana gula,
Miskin harta sudah melata,
Miskin maruah bagaimana pula...

Salam Muhibbah daripada saya =)

No comments:

Post a Comment