Friday, November 16, 2012

Ulasan berkenaan McD Malaysia yang mengeluarkan notis tidak menyokong Israel


Pendahuluan
"Salam alaik sahabat, saya terlintas utk menulis sedikit pasal perkara ini, bila mendengar perkataan "zionis atau Palestin" semua akan terbayang yahudi dan islam... kerana pd pemikiran kita peperangan ini hanya melibatkan dua agama ini sahaja.. tetapi tahukah kita hakikatnya kini masyarakat dunia majoritinya telah sepakat bersama kita dlm menentang Zionis, mereka melakukan protes bersama2 org islam.. apa yang sy nk katakan adalah perjuangan ini sudah menjadi perjuang menentang kezaliman bukan peperangan agama lagi..
rakan2 yg dikasihi, kita tidak dpt menyertai peperangan ini tetapi kita dapat menyertai peperangan ini hakikatnya, apakah maksud kata2 sy ini? baca ulasan dibawah maka saudara akan faham maksud saya.. selamat membaca..." 


Sinyu: Apsal nak kaitkan McD kat sini ngan Israel? Management diorang pun da nafikan.
Nobita: McD kat sini@mana2 pun still jual jenama dan produk sama. Jadi xka

n tade kaitan/keuntungan kepada headquaters McD kat US?

Sinyu: Tapi xbaik tuduh diorang buat offer free meal sebab ada boikot. Mungkin diorang dah lama plan untuk hargai pelanggan setia.
J: Wallahu'alam. It's just at the right time! Dulu penah ke ada offer free meal?

Sinyu: Alaa, kan free tu. Bagus la. Kita xyah bayar pape, so diorang pun x untung pape.
J: Diorang akan untung senarnya, dari segi sokongan moral. Sebab itu yang diorang perlu sewaktu tertekan macam ni.

Sinyu: Ok, kalu aku amik jugak meal free tu dan makan, apa hukum dia? Haram?
Nobita: Tak haram pun, even kalau bayar. Sebab makanan itu sendiri diperakui halal. Tapi ini bukan soal agama, halal@haram. Ini soal kemanusiaan.

Sinyu: So, depend kat pilihan masing2 la kan nak boikot @ x? xleh paksa kan?
Nobita: Untung kita kat sini ada pilihan nak boikot @ x. Saudara kita kat sana xleh pilih pun sama ada nak diserang dan menderita @ x.


Ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 ta
hun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US bolih meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan message yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kpd Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran franchisee shj jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang bolih dibeli oleh Israel dgn sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin.

Kerana itu boycott adalah satu 'peperangan'. Seruan boycott akan di counter oleh pihak musuh dgn mengatakan kami 'cawangan tempatan' dan kami hanya membayar cukai kpd kerajaan kita. Lagipun kami menyumbang kpd ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan.

Jika semua negara membuat pengistiharan spt ini dan semua warga dunia terpedaya dgn seruan manis; ini boycott akan gagal total. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempiasan dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kpd zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut.

Ingat boycott adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah 'yang masuk akal' untuk menggagalkan strategi boikot.

Rakan2 yang dihormati maka marilah kita boikot bersama kerana boikot ini ibarat berpuasa, larangan utk makan.. ia menguji tahap iman kita dan kesungguhan kita... sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment