Wednesday, January 16, 2013

Pendapat Mahasiswa : Isu Bawani dan Sharifah (Listen listen listen, Let me speak)

Berikut adalah isu yang timbul antara seorang pelajar Universiti Utara Malaysia dan Presiden Suara Wanita Malaysia ketika program Forum Mahasiswa hampir melabuhkan tirai. Credit to Miss Bawani & Miss Sharifah Zohra Jabeen

Bagaimana Pendidikan Percuma boleh dilaksanakan
Listen listen listen listen listen!....Let me speak... ada yang mengatakan begini 
"Tiada apa yang percuma di dunia. Memang pendidikan percuma, tetapi ada bayarannya untuk dapatkan sesuatu yang percuma. Analogi yang sesuai umpama beli sesuatu produk, kita dapat free gift melalui pembelian kita. Sama juga dengan isu ini, pendidikan percuma, tetapi rakyat harus membayarnya melalui mekansime yang lain. Sebagai contoh, cukai, rakyat akan bayar balik melalui cukai"
untuk maklumat anda, jika pendidikan percuma dilaksanakan wang yang digunakan adalah daripada wang petronas yang petronas beri kepada kerajaan setiap tahun..Kita perhatikan fakta ini, Petronas adalah peyumbang terbesar kepada pendapatan negara, pada 2008 sahaja sebanyak 44.9%.. Pada 2005 Petronas menyumbang sebanyak 31.2 billion daripada perbelanjaan negara dan pada tahun 2011 adalah sebayak 183 billion... Pendapatan Petronas pernah susut teruk tetapi kembali pulih seperti biasa tahun seterusnya.... wang petronas beri kepada kerajaan pula lebih kurang 80 billion/tahun  (sumber BERNAMA & Blog DSAI) untuk makluman anda Pakatan Rakyat telah menjalankan kira2, KOS untuk pendidikan percuma daripada sekolah rendah hingga ke Universiti campur biasiswa/bantuan bagi yang tidak berkemampuan hanyalah sebanyak 5 billion setiap tahun... wang ini diperoleh hasil daripada pendapatan Petronas yg diberikan kepada kerajaan setiap tahun dan bukannya melalui kutipan cukai... Kerajaan harus sedar pelaburan ilmu ini banyak berkat dan manfaat, kita melabur kepada rakyat dengan memberi pendidikan percuma suatu hari rakyat akan membalas kembali, bila sudah tamat belajar mereka akan kembali bekerja disini dan akan memajukan malaysia kembali, ihsan kerajaan dgn memberi pendidikan percuma ini akan dibalas dengan khidmat daripada rakyat...Rakyat akan bekerja dalam negara, memajukan negara dan berkhidmat untuk kerajaan kembali, sektor2 pekerjaan akan diisi ini yang dikatakan  ibarat kita menanam benih esok lusa menjadi pokok... Ekonomi negara pasti rancak kerana berkat kita melabur pada ilmu... Keluarga yang berpendapatan rendah dapat menggunakan wang untuk membayar yuran universiti & wang untuk membeli buku2 untuk kepentingan tertentu contoh penggunaan internet dirumah dan barang2 untuk keselesaan hidup. contoh yuran 1 sem universiti dah 500 campur duit buku 300 dah RM800/sem... Duit ini boleh digunakan untuk keluarga berkenaan menaikkan taraf hidup... Dimasa yang sama kualiti hidup mereka akan bertambah..... dinegara kita masih negara kelas ke-2 dunia dan negara berpendapatan rendah... kehidupan rakyat masih dihimpit susah dan kadar kemiskinan masih tinggi, rakyat tidak mampu dengan kos sara hidup dan pendidikan yang tinggi,.. negara kita bukan negara maju dimana rakyatnya semua berkemampuan,,, ada rakyat yang pendapatan keluarga berjumlah RM 3000 sedangkan ada anak 5 orang yang masih belajar, bayangkan wang sara hidup, duit rumah dan kereta lagi perlu dibayar... bertapa berat beban yang perlu ditanggung. .. oleh sebab itu pendidikan percuma ini berbaloi dilaksanakan dinegara seperti ini,... hanya 5 billion daripada 80 billion digunakan untuk pendidikan percuma. Oleh kerana itu saya amat yakin pendidikan percuma boleh dilaksanakan... -Muhammad Shafiq-


seorang rakan dilaman sosial telah berkongsi isu ini. Berikut adalah perbualan saya dan Individu A.. komen dia saya tidak pamerkan kerana tidak mendapat kebenaran dari tuan empunya komen. Tujuan dipamerkan adalah untuk kita mahasiswa berfikir dan ambil sebagai pengajaran.. bukan bertujuan untuk mengexploitasi atau menjatuhkan sesetengah pihak..Komen (dibawah) :

kita fikir positif dan ambil yang positif... kehidupan kita pun akan positif 
terima kasih sebab sudi membaca.. XOXO :D


No comments:

Post a Comment