Friday, May 10, 2013

Perhimpunan di Stadium Kelana Jaya: Malam Menuntut Perubahan (08/05/13)

Photo by me
Salam Perubahan daripada seorang rakyat Malaysia yg cinta pada negara, agama dan bangsa... Pada malam rabu yg lepas (08/05/13) satu perhimpunan aman diadakan bagi membantah Keputusan PRU-13 yg tidak adil. Aku antara peserta yg hadir, aku menaiki KTM dari batu 3 ke setia jaya bersama dua lagi kwn, haidhar dan razi... ini kali pertama aku menyertai perhimpunan aman. Perhimpunan ini dibenarkan oleh PDRM.. so tidak perlu dijadikan isu... Masa aku smpi ke stadium kelana jaya ni aq tgk rmi sgt org.... dalam stadium sahaja sudah 100,000 ribu luar anggaran dlm 40,000 ribu orang, itu belum yg terkandas dilebuh raya kerana jem... serius meremang bulu roma bila melihat lautan manusia yg berbilang bangsa dan tidak mengira usia...  Matlamat kami iaitu menuntut pilihanraya yg lebih adil, berdiri sebagai satu bangsa Malaysia... inilah yg dipanggil suara keramat rakyat... pagi tadi berita indonesia menceritakan tentang situasi diMalaysia ini dan menyifatkan situasi ini mirip ketika kejatuhan rejim Soeharto.... inilah petanda kemenangan... bagi aku inilah  liku2 perjuangan rakyat kearah Malaysia yg baru, kita jgn nilai perhimpunan ini berdasarkan fizikalnya sahaja tapi nilai juga pada sudut dalamannya, apa yg rakyat tuntut dan amanah apa yg patut pemimpin kita laksanakan, bagi rakan2..., pengalaman bersama mereka yg hadir sgt berharga... semua org, cina, india, melayu talk to each other. Like a one big family, menjerit bersorak bersama, berbual bersama... seolah2 ketika itu isu bangsa tiada lagiu, kami seolah2 satu bangsa iaitu "MALAYSIAN".... Bagi aku perhimpunan ini penting kerana perhimpunana rakyat menuntut keadilan ini adalah sejarah kebangkitan rakyat Malaysia... Bagi mereka yg tiada pengalaman ini, ajakan saya datanglah jika ada lagi perhimpunan aman seperti ini, jgn menilai melalui kaca mata media, nilailah dgn kaca mata kita, kita harus berani!, reformasi ambil masa bertahun... even rome wasn't built in oneday... impian saya supaya suatu hari nanti kita tidak dinilai dan dibezakan melalui warna kulit tetapi pada sifat yg ada pada kita... Dan semoga Malaysia yang Baru terbentuk demi memacu Islam dalam kepimpinan... Impian ini tidak mustahil... Malah, kita semakin hampir :)


Photo by me
Pada malam itu, byk pengalaman bersama org yg hadir.. ada beberapa individu yg aku sifatkan sebagai "INSPIRASI"... 

Gambar Pertama, ketika aku keluar daripada KTM setia jaya sambil menuju ke stadium aku terserempak 2 orang budak cina ni... mereka berumur 15 dan 18 tahun dan mereka datang dari Seremban semata2 ingin menyertai perhimpunan ini, speechless, aku xtwu apa nk ckp, mereka ini sgt berani dan berwawasan, mereka faham akan isu negara dan pilihanraya walaupun belum mencecah 21... 

Gambar kedua adlah seorang uncle yg berbangsa cina, dia yg menegur aku dan kami byk berborak semasa berjalan kaki ke stadium, ada seorang uncle cina ni, dah berumur, dan dia baru balik keje terus ke sini, aq terserempak dia semasa berjalan, dia ckp "Kamu orang muda pun pergi xkan saya yg tua xpergi" kata2 itulah yg buat aku berfikir, mereka ini mempunyai sesuatu pemikiran yg positif dan mereka menginginkan keadilan dan perubahan Malaysia yg baru tanpa ada isu bangsa, rasuah, kronisme, salahguna kuasa dan lain2.... semua ini melambatkan dan mencacatkan pertumbuhan Malaysia... 

Gambar ketiga, masa berjalan terlintas dlm hati aku utk menegur makcik ini kerana aku tgk dia berjalan seorang diri, aku tny makcik dtg dari mana? dtg sorg je ke? kemudian dia jwb, makcik drive dari klang, datang seorang je, pakcik xsihat xdpt dtg... kemudian aku tny lagi, kenapa makcik dtg, dia kata "makcik semangat nk tgk"... makcik ni sanggup park kereta tempat lain dan jln kaki ke stadium kerana jln jem... aku tgk dia jln pun perlahan2, dia bukan orang muda tetapi jiwanya kuat dan tabah... hormon excited aku lps tu terus meningkat dgn mendadak..hahak.. even the makcik pun sanggup dtg sorg2 dari klang dan berjalan kaki 1 jam xkan kita orang muda x dtg.. kan?huhu... bila aku sampai stadium gate sudah ditutup sebab rmi sgt org, terlalu padat org didalam.... kedengaran orang bersorak, diluar org berniaga pasar semua laku, confirm pendapatan mereka yg berniaga pasar di sebelah stadium ini masyukkk.. 

Gambar keempat, orang2 tidak dpt masuk di sekitar stadium mula memanjat... org di sebelah atas tolong menarik org yg memanjat, disebelah atas masih ade ruang kosong sbb itu org mula memanjat... aku tgk cina, melayu dan india tlg sesama sendiri, i was one of those people who climbed over the walls into the extremely packed stadium that night... yang mengejutkan aku ialah gadis yg berbangsa cina ini turut memanjat dinding stadium, begitu berani dan dia mempunyai semangat dan tekad yg kuat dlm hatinya...

Gambar Kelima, masa kt dlm stadium aku terserempak pulak dgmn junior sekolah High School dulu, xsangka dia pun tutrut serta, dah bertahun xjumpa akhirnya kami jumpa di stadium... seakan perhimpunan ini menyatukan kami.. bagi aku sudah pasti budak2 melayu seusia dia akan melepak, main game, tgk movie, layan maharaja lawak.. tapi dia memilih jln yg lain, utk terus bersama rakyat Malaysia menuntut perubahan... 

Salam Reformasi daripada saya 






Monday, May 6, 2013

Pengalaman sehari yang bermakna di Pusat Penjumlahan Undi Parlimen Lembah Pantai

Pengalaman bersama petugas pilihanraya terutama org2 PR amatlah menyeronokkan. Dlm seumur hidup aku mlm inilah mlm yg paling byk aku bercakap dgn org2 cina. Mereka bukan la seperti yg diwar2 kan di TV atau media lain, mereka tidak racist dan bukan ingin merampas negara ini. apa yg aku nampak mereka mahukan keadilan dan malaysia yg baik. kami berborak dan bersorak sesama kami, aku dpt merasakan seolah2 kami India,Cina dan Melayu bagaikan sebuah keluarga yg besar. Aku sendiri ckp dgn kwn aq yg ikut bersama "its like a big family, a big reunion, n i love it"... byk hal yg berlaku mlm semalam termasuk kekecohan kerana peti undi berlebihan, dibawa menaiki teksi dan diletakkan dibonet kereta, termasuk detik yg mendebarkan apabila recount the vote of Parliament Lembah Pantai. Thanks to Allah, Nurul Izzah won :) apa yg aku dpt mlm tu adalah pengalaman yg sgt bermakna. bertapa suasana Reformasi menyentuk hati kecil aku. Perasaan itu sampai menusuk kalbu. Apabila berita kemenangan sampai, hati kami menjadi seperti kebudak-budakan, perasaan terharu menyelubungi jiwa, hampir airmata kami jatuh.... inilah dipanggil Reformasi, kami inginkan keadilan dan Malaysia yg lebih baik... Malaysia yg dipimpin oleh org yg amanah, adil, berwibawa dan berkhidmat pada rakyat... Walaupun Pakatan Rakyat tidak dpt memerintah tapi kami optimis dan redho. Semoga BN will lead this nation to a better way... Kami sayang Malaysia... reformasi belum berakhir, perjuangan masih panjang dan berliku2.... sabarlah wahai sahabat hanya 5 tahun lagi... Nantikan undi kami pada PRU-14.... Salam Reformasi!

Suasana didalam Tempat mengundi. Rakyat beratur utk mengundi

Disekitar tempat mengundi di SMK Sri Pantai

:)

khemah gerakan PKR cabang Lembah Pantai


disebelah kiri jalan adalah penyokong BN dan disebelah kanan jalan adalah penyokong PR.. See the different amount of people at both side. 

Makcik2 skrg pun sokong Pakatan Rakyat. Tinggal Makcik dan pakcik di Kg dan kawasan pekan saja utk bersama buat perubahan

Bendera ini memberi makna "Malaysia Spring"

kotak undi dibawa SPR

Teksi yg bawa peti undi, hanya ada seorang sahaja pegawai SPR didalam

khemah gerakan PKR lembah pantai. kami sedang menunggu keputusan diseluruh negara dgn  debaran yg tinggi

Ketibaan YB Nurul Izzah di Pusat Penjumlahan undi di lembah pantai