Tuesday, February 11, 2014

Malaysia Harus Menyusun Strategi Membawa Masuk Wilayah Selatan Thailand dan Filipina ke dalam Malaysia

Malaysia seharusnya menghasilkan suatu gerakan untuk mendapat kembali selatan thailand dan selatan filipina. Wilayah selatan thailand adalah meliputi pulau krabi, phuket, narathiwat dan songkhla manakala wilayah selatan filipina meliputi wilayah autonomi islam mindanao iaitu tawi-tawi, sulu dan basilan... kenapa saya kata begini? kenapa perlu kita menyusun suatu gerakan untuk mengabungkan wilayah ini dengan malaysia? Ini jawapan dan aspirasi saya.

 Faktor utama
kawasan melayu  berwarna 
Pertamanya, kerana wilayah ini adalah majoritinya muslim dan melayu, mereka ditindas sejak puluhan tahun, hak mereka sebagai muslim dinafikan, semakin ramai muslim yg dimurtadkan, pembunuhan dan sengketa agama tampak tiada jalan penyelesaiannya, orang awam takut keluar rumah bila berlakunya rusuhan kaum seperti dulu yg berlaku di selatan thailand. Pergerakan anti-melayu daripada kerajaan thai sgt kuat. Selatan Thailand, khususnya wilayah Pattani merupakan tanah air etnik Melayu di Thailand. Pada abad ke-18, selepas orang Thai menguasi wilayah-wilayah bermajoriti Melayu di selatan, orang Thai tetap mengabaikan penduduk asalnya sebagai Melayu dan selain itu lebih suka menggunakan istilah Thai Islam. Bagi tujuan asimilasi, pengenalan Melayu tidak digalakkan oleh negara Thailand. Oleh kerana polisi semacam itu, penguasaan golongan muda Melayu terhadap bahasa Melayu semakin berkurangan. Ini telah menyebabkan prejudis terhadap umat Islam, khususnya terhadap orang Melayu. Kini, adanya Pergerarakn Pemisah Pattani ( <=klik ) di selatan Thailand yang mahukan wilayah-wilayah berdominasi Melayu Islam diberikan kemerdekaan. Ini telah menyebabkan pembunuhan dilakukan oleh kumpula pemisah Islam. Penangkapan sebarangan ke atas orang Melayu telah menyebabkan ketidakpercayaan dan kebencian terhadap pihak berkuasa Thailand di kalangan orang tempatan. Thaksin telah mengumumkan suatu bentuk hukuman terhadap puak pemisah di selatan Thailand. Thaksin dituduh telah mengarahkan suatu tindakan yang menyebabkan Peristiwa di Tak Bai ( <=klik ) yang menyebabkan kematian berbilangan besar orang Melayu (sumber daripada wikipedia (klik sini) ). Begitu juga di filipina, faktor konfliknya adalah kedudukan tanah warisan, hak bangsamoro, keadilan bangsamoro dan kekayaan sumber asli. Secara ringkasnya, setelah Amerika Syarikat membentuk Negara Filipina, mereka juga turut memasukan Moro ke Negara Filipina, padahal Kesultanan Mindanao menolaknya. Kesultanan Mindanao beranggapan bahawa mereka berbeza dari Negara Filipina.  Bangsa Moro telah menghantar proposal atau permohonan kepada Amerika Serikat untuk tidak bergabung dgn Filipina, namun pihak AS menolaknya. Apabila konflik berlaku maka wujudlah MNLF dan MILF yg berjuang untuk bangsa islam ini. Kesan konflik, pembunuhan bangsa Moro yang tidak bersalah. Kerosakan harta benda awam dan persendirian. Hubungan diplomatik kerajaan Filipina terjejas  dan campur tangan AS dalam menyelesaikan masalah di Selatan Filipina (berselindung di sebalik misi Balikatan). 


Faktor tambahan
Kedua, Malaysia adalah negara yang paling sesuai untuk membawa kedamaian kepada wilayah ini, hal ini kerana wilayah selatan thailand mempunyai faktor sejarah yg bersangkut-paut dgn malaysia dan mereka juga adalah bangsa melayu seperti majoriti rakyat malaysia, faktor geografi yg hanya dipisahkan oleh persempadanan memungkinkan mereka untuk bergabung dgn malaysia, selain itu, kedua2 wilayah selatan filipina dan thailand adalah wilayah islam seiring dgn malaysia dimana majoritinya beragama islam. Dan saya pasti jika diambil pungutan suara diwilayah berkenaan samaada ingin bergabung dgn malaysia atau kekal bersama negara asal (filipina&thailand) maka majoritinya akan memilih malaysia.

Ketiga, Faktor sumber alam yang kaya, kawasam selatan thailand atau kawasan majoritinya bangsa melayu beragama islam ini meliputi pulau krabi dan Phuket. Tidak dpt dinafikan kawasan ini kaya dgn sumber alam dan tempat tarikan pelancong. hal ini dpt menaikkan ekonomi malaysia dan wilyah selatan thailand iu sendiri, tetapi hak mereka dinafikan oleh kerajaan thailand, hasil pendapatan ekonomi dikawsan sana digunakan untuk memajukan bandar2 sperti bangkok dna kawasan penduduk thailand, kawasan penempatan orang melayu thai ini tidak dimajukan. mereka hidup dalam kesusahan akibat exploitasi dan asimilasi daripada kerajaan thailand. Diutara dan selatan wilayah (termasuk selatan filipina) ini adalah laut dimana aktiviti laut rancak berjalan justeru menaikkan ekonomi wilayah itu, dan saya amat yakin dibawah laut sana terdapat banyak sumber minyak dan gas asli. ini yang perlu direbutkan oleh malaysia demi jihad ekonomi dan menyelamatkan orang islam. selepas itu, hasil ekonomi perlu diagih samarata barulah keadilan tercipta.

Keempat, faktor masa hadapan. kita tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada ekonomi Malaysia serta hubungan dengan negara jiran. Maka, kita perlu ambil langkah berhati2 seperti menarik rambut dalam tepung. Contohnya isu segenting kra, saya berminat dgn isu ini maka selepas ini saya akan tulis isu berkenaan segenting kra. 

Kelima, selain bagi menguatkan ekonomi kita ia juga adalah tujuan ketenteraan, bilangan man power serta keluasan geografi sesuatu negara itu penting. lagi2 jumlah rakyat malaysia tidak banyak jika dibandingkan dgn negara lain, sampaikan kita terpaksa mengambil pekerja asing yang terlaampau ramai, hal ini kerana jumlah rakyat malaysia yg ada sekarang pun tidak menampung dalam pengurusan ekomoni untuk menyiapkan fasiliti, ifrastruktur serta memajukan ekonomi malaysia, maka kita perlu kepakaran dan tenaga luar. cuba kita tengok negara indonesia, pakistan dan lain2 mereka tidak memerlukan pekerja asing (buruh, amah, kontraktor, dll) hal ini kerana sumber manusia dlm negara mereka kuat serta kekuatan tentera mereka mantap. Semakin ramai rakyat sesuatu negara itu semakin banyak bakat yang akan dilahirkan. semakin ekonomi naik dan ketenteraan kuat semakin terserlah kebolehan sesuatu negara itu. Termasuklah kekuatan Malaysia untuk dimenekan sesuatu pihak dlm sesetengah isu, contoh kisah pulau batu putih, kisah kawasan minyak yang diberi pada brunei, kisah tambak johor dan lain2 lagi. Jika militari kita kuat maka keputusan akan memihak pada kita, pihak kedua tidak berani membuat kacau dalam hal negara dan kedaulatan negara kita akan terpelihara. ini yang penting dalam soal hasil keselamatan juga, kita tidak mahu negara lain seperti singapura menafikan hak wilayah kita (Pulau batu putih) dan mengelakkan agensi asing berani membuat intipan terhadap negara kita seperti apa yg dibocorkan oleh bekas CIA Edward Snowden bahawa CIA mengintip malaysia melalui SINGAPURA. disini kita lihat singapura memberi laluan kepada agensi luar (AS) untuk mengintip negara "jiran" Malaysia. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh-temeh. Hasilnya jika tidak dibendung, Malaysia akan dibelenggu oleh negara luar, malaysia akan menjadi pak turut dan di exploitasi demi kepentingan mereka. Politik dan ekonomi (seperti TPPA) malaysia sekarang saya dapat rasakan dibawah pengaruh luar. Pemimpim Malaysia seakan terdesak untuk mengikuti segala keinginan pihak lain akibat diugut dan sebagainya. Hal ini hanya andaian saya tetapi ia tidak mustahil.

Tambahan, untuk melaksanakan misi ini malaysia perlu menjalinkan kerjasama yg erat dgn indonesia. Indonesia adalah negara yg sesuai dijadikan sekutu kerana faktor sejarah dan persefahaman yg lama sudah terjalin. lagi-lagi indonesia adalah negara yang ke 15 paling kuat militarinya, juga paling kuat di Asia Tenggara. Misi sulit demi menguatkan pengaruh melayu atau malay-archipalego, kita hakikatnya malaysia-indonesia adalah suatu bangsa dan byk persamaan. kita tiada beza. oleh itu, kita perlu menguatkan pengaruh dan kuasa kita dirantau ini, secara tidak langsung kuasa luar tidak berani menjajah dan memperdayakan kita seperti dahulu penjajah lakukan terhadap kita, habis kekayaan negara kita diambilnya dan bangsa kita diperbodoh2kan. sekarang sudah nampak suatu usaha untuk membuat huru-hara dirantau ini, sperti ada suatu pihak dengan rancangan sulitnya (top secret). kita tgk di middle east, afghanistan, iraq, iran, thailand, seperti ada campur tangan luar untuk menjatuhkan negara berkenaan juga seperti ada pakatan bersama untuk agenda masing2. Saya bayangkan usaha kerjasama yang jitu antara Malaysia-Brunei-Indonesia untuk menakluk selatan thailand dan filipina dan singapura, tidak terkira berapa manfaat yang akan diperolehi dimasa akan datang. Kemudianya, resolusi bagi wilayah ini bergabung dengan malaysia adalah paling baik memberi hak sebagai wilayah autonomi kepada mereka, seperti indonesia memberi hak autonomi pada Acheh serta perjanjian ekonomi yg adil kepada kedua2 wilayah ini. 

Akhir sekali, ini hanyalah pendapat dan pandangan saya demi kebaikan Agama, Bangsa dan Negara. saya akan update artikel ini masa demi masa bagi memantapkan hasil penulisan saya. Bangkitlah kekhalifahan demi islam dan keamanan, sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment