Saturday, February 8, 2014

Penyelesaian Cuti Tahun Baru Cina 2014

This is Chinese New Year Resolution. Jeng3 :)


This is my brother and me. His name is Muhamad Hazim Danish.
Selfie di Jabatan Baru di Putrajaya. malam tahun baru cina kami (umi,papa,ajim,amal) keluar jalan2 cuci mata di putrajaya. melihat keunikan infrastruktur dan lampu2 disana.


ajim konon reti memandu. wajah insan yg suatu hari akan berjaya dan memiliki kereta yg besar.


ini kami di atas bukit jugra seawal subuh. perjalanan kami ke sini seawal pukul 5 pagi.  ini juga adalah tempat perlancongan. Tidak rugi kesini kerana semuanya berbaloi, dari atas sini dapat melihat sungai yg mengelilingi pulau carey, rumah burung walit, dan port klang. kesejukan pagi seakan di cameron highland, diatas ini terdapat rumah api iaitu tempat bersejarah. kami melihat lampu terang yg memancar ke langit sambil berputar, bertujuan sebagai penanda arah bagi kapal2 di lautan. sejak zaman kesultanan lagi rumah api ini wujud. sangat terasa kesan peninggalan sejarah ini. terasa indahnya jika wujud lagi pemerintahan beraja ini dan raja mematuhi segala ajaran islam. masa terus berlalu menyasikan pemerintahan bertukar tangan dan tempat ini bertukar landskap. i tepi bukit jugra ini juga terdapat makan sultan selangor dahulu, banting ini dulu adalah tempat pemerintahan kesultanan selanagor kemudian dipindahkan ke klang dan sekarang di shah alam (kalau tidak silap saya). 


 Rumah Api Bukit Jugra


Globe photo : Gambar yg dibulatkan bagi menampakkan ia seperti bulatnya bumi. Gambar ini adalah hasil panorama di atas bukit jugra. Didepanya adalah pulau carey dimana jalur sungai yg anda lihat didalam gambar itulah yg membentuk bulatan maka terhasilnya pulau carey ditengahnya. Dari sini anda boleh melihat pelabuhan klang manakala rumah api diatas bukit jugra ini. Matahari terbit dari sebelah kiri gambar panorama maka terjadilah sinaran berwarna oren yg memancar keluar dari ufuk timur tatkala ufuk barat masih gelap dan hanya menerima biasan jalur cahaya sang suria oleh kerana itu ia berwarna ungu. #indahnyadunia #subhanallah #us #bukitjugra #globephoto


 Tema gambar : Kapal terbang mendarat disaat mega merah terbenam. Permulaan atau pengakhiran? lets make a memories together. #klia #us #malaysia #2014


Tema : hybrid burung gergasi + kereta laju, terbang tatkala sang suria menguncupi jalur cahayanya. Sinar ungu, oren dan kuning melakar kanvas langit

Saya ada adik baru..huhuhu #ComelAngatAngat #homesweethome #cat #cute #us #catfamily #kitty

sikacakkacak.blogspot.com

No comments:

Post a Comment