Wednesday, April 2, 2014

Mencintai orang yang tidak mencintai anda

Cinta adalah satu perkara yang rumit. Ianya adalah perasaan hati yang meliputi daya tarikan istimewa dan kasih sayang . Kadang-kadang cinta adalah perkara yang paling indah di dunia dan ia juga perkara yang paling meyakitkan. 'Being single is far better than being in part of broken relationship". Ironinya, manusia sanggup berbuat apa-apa demi cinta. Tetapi itulah yang membuat cinta menjadi indah, ia adalah perkara yang paling hampir dengan kesempurnaan hidup di dunia , ianya melewati segenap aspek keperluan dalaman diri kita. hidup tanpa cinta seakan ibarat roh-roh jiwa kosong yang berterbangan tanpa makna dan hala tuju kehidupan. malahan, Rasulullah S.A.W juga bercinta. Prophet Muhammad PBUH said about His first wife Khadija R.A " She believed in me when no one else did, she accepted islam when people rejected me and she helped & comforted me when there is no one else to lend me a helping hand". ini memperlihatkan rasa cinta Rasulullah S.A.W yg tinggi terhadap Khadija. 

Cinta adalah perkara yang paling hampir dengan kesempurnaan hidup dan memenuhi keperluan hati oleh mereka yg merasainya. sedihnya terdapat satu lagi jenis cinta, jenis yang lebih tanpa harapan, gelap, menyakitkan dan menyedihkan.. Ia adalah apabila seseorang itu mencintai seseorang tetapi sedihnya, dia tidak boleh dan tidak akan merasa cinta bersama seseorang itu. Bertentangan dengan cerita-cerita lagenda atau drama, cinta tidak akan selalunya berakhir dengan gembira. Ia tidak selalu melibatkan kedua-dua individu, yang menggabungkan dua kehidupan menjadi satu. Soal hati yg berbeza, soal rasa cinta yg berbeza. Maka satu individu tidak merasa cinta org yg dicintai. Cinta sangat rumit, sangat bodoh dan sangat gila. manusia gila melakukan apa sahaja demi cinta. boleh jadi kita mencintai seseorang dengan seluruh jiwa dan raga dan tidak pernah mendapat peluang untuk bersama dengan orang itu. Lebih buruk lagi, dia tahu rasa cinta anda pada dia dan dia dari awal-awal lagi memberi signal yang and tidak akan bersama dia. Sesetengah orang tidak boleh meniti dan mengakhiri kehidupan bersama, walaupun mereka mencintai antara satu sama lain. "some people are meant to fall in love with each other but not meant to be together".  Hakikatnya, cinta tidak sempurna. kita dikaburkan dgn cerita-cerita dan filem dan novel yang indah-indah belaka. Cinta tidak akan pernah cukup kerana cinta tidak rasional. Malangnya, kita hidup dalam dunia yang dikawal oleh rasional, dan semasa garis masa kehidupan kita mempamerkan cinta tidak rasional, kita masih boleh bangun pagi, pergi kerja dan menguruskan hal peribadi, inilah hakikat setiap daripada kita boleh hidup tanpa cinta demi meneruskan kehidupan, selain keperluan hidup cinta juga ibarat "gula", ia adalah pemanis  kehidupan. Dunia sebenarnya ilusi dan angan-angan yang melahirkan emosi memaksa kita menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya ke udara. Akhirat jugalah suatu dan satu-satunya dimensi destinasi klimaks kebahagian, dimana bahagian ada dimana-mana dan selama-lamanya.

Maka, kita ditinggalkan dengan realiti dan realiti tidak selalu memihak pada kita. Kedua-duanya mungkin menyintai satu sama lain sepenuhnya, tetapi cinta tidak rasional. Perasaan hati yang banyak bergantung pada persekitaran dan cara hidup, sudah tentu kita tidak dpt mengawal semua situasi yg kehidupan bersama. Inilah sebabnya mengapa hubungan memerlukan kompromi atau toleransi. mustahil utk anda suka akan setiap perkara tentang pasangan anda, mula-mula percintaan mungkin anda tidak ambil kisah akan bahagian negatif pada diri pasangan anda, lambat-laun hubungan menjadi matang dan kekal pada fasa statik, kemungkinan untuk mengalami fasa kejatuhan itu wujud. anda akan merasa rimas, dan saat itulah hubungan akan menjadi pudar. apa yang di dulu dilihat comel dan indah tetap sekarang membuat anda meluat. perasaan cinta mungkin akan kekal selamanya, tetapi paras cinta itu mampu jatuh menjunam dan boleh jadi kita benci akan pasangan kita. saat ini kita akan mula mempersoalkan adakah anda bersama individu yg betul.. jika anda tidak menyelesiakan perkara ini dgn pantas maka hati anda akan mula mencari cinta lain, mulalah saat keruntuhan rumah tangga. kerana keegoan dan kebodohan kita individu yg dahulu kita cintai sepenuh hati merana. cinta yg dulu kita laungkan "unconditionally" menjadi its conditionally when I get bored and disgusted with your behavior. Penyelesaiannya, anda harus igt, cinta tidak akan bertepuk sebelah tangan, kita sendiri perlu mencari cara utk terus menerus merasa cinta akan pasangan kita. tanamkan dlm hati satu motivasi, cinta bukan untuk kita, tetapi untuk pasangan kita, dan tugas kita adalah terus menerus mencari jln utk pasangan kita bahagia. Dengan kehidupan yg mencabar mungkin boleh mengalih perhatian kita daripada tekanan kehidupan seperti pergi melancong atau menjelajah bersama. kita menunggu dengan harapan bahawa cinta baru boleh mengambil tempat yang lama dan ia mungkin boleh. Tetapi itu tidak bermakna anda akan berhenti menyayangi orang yang pernah membahagiakan anda dahulu, ianya kisah yang benar dan realiti, kita mencintai seseorang itu tapi tidak ditakdirkan untuk bersama. Sesetengah orang akan mencintai antara satu sama lain, menghabiskan majoriti kehidupan mereka bersama sehingga hari mereka kembali pada Pencipta dan perkara yg sebaliknya berlaku pada cinta yg gelap.