Wednesday, May 21, 2014

UiTM untuk Bumiputra dan satu Bangsa Malaysia perlu bagi kita.

Setiap bangsa di Malaysia perlu bayar sebuah harga Perpaduan dan keamanan.

Salam, saya tergerak untuk menulis disebabkan beberapa isu yg hangat sekarang ini. mengikut laporan media calon DAP teluk intan, dyana sofya mengatakan uitm perlu dibuka untuk semua bangsa. pendapat saya, uitm hanya perlu untuk "bumiputera". daripada sejarah uitm ditubuhkan kita boleh lihat universiti inilah harapan bumiputera untuk maju dan berjaya supaya berdaya saing dengan kaum2 yg lain dimalaysia. Pencapaian, kekayaaan, kesenangan, penguasaan ekonomi dan tahap pendidikan yang serata bagi semua kaum amat penting diMalaysia untuk kesejahteraan rakyat. sebagai contoh beberapa dekad yg lepas kerana faktor penguasaan kaum cina dalam ekonomi maka tercetus la peristiwa 13 mei. oleh itu saya mendokong aspirasi kerajaan untuk mengekalkan uitm untuk bumipurata sahaja ! perkaraan ini tidak patut dipersoal oleh kita rakyat malaysia kerana hak istimewa bumiputera sudah termaktub dalam perlembagaan negara, iaitu suatu undang2 yg terbesar dalam negara. jika kita lihat pada sejarah perlembagaan ini direka dan disetujui oleh semua wakil2 kaum atau nenek moyang dahulu. oleh itu tiada yg perlu kita bangkitkan tentang hak bumiputera pada uitm. 

tetapi seperti yg saya tuliskan pada perenggan atas sekali iaitu "setiap bangsa dimalaysia perlu membayar sebuah harga perpaduan dan keamanan". apa yang saya kemukakan ini adlah pendapat saya dan tiada bertujuan yg tidak baik. kita sering berbicara tentang sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil. dulu sekolah satu aliran atau sekolah bangsa malaysia ingin direalisasikan tertapi terbantut kerana bangkangan daripada persatuan pendidik cina dan sebagainya. mereka mahu sekolah jenis kebangsaan (cina&tamil) dikekalkan. bagi saya suara minoriti ini usah kita pedulikan, kerana mereka perpaduan akan bertambah parah, semangat tanah besar (china&india) akan menebal dalam diri mereka. jika kita lihat malaysia satu2 negara yg menyediakan pendidikan dari negara asal meraka (chin&india). kita lihat jumlah kaum cina di thailand dan indonesia lebih kurang jumlah kaum cina dimalaysia. tetapi di thailand dan indonesia sekolah jenis kebangsaan ini tidak wujud. Malahan kaum cina disana menuturkan bahasa thai dan bahasa indonesia sebagi bahasa kebangsaan. mereka fasih dan sentiasa menggunakan bahasa kebangsaan walaupun didalam rumah atau bergaul. perkara ini tidak kita lihat dimalaysia yg mana dari dahulu sudah memberikan peluang yg banyak pada kaum lain. dimalaysia kaum cina boleh berpolitik tetapi di indonesia kaum cina ditegah berpolitik. saya bukan rasis, saya bukan mahu berkata cina perlu bersyukur. saya bukan mahu kata apa lagi cina mahu dan saya bukan mahu kata jika tidak suka boleh sila keluar dari malaysia. saya bukan seperti menteri itu. bagi saya kekal dalam keadaan neutral dahulu sebelum menghakimi sesuatu hal amat penting bagi kemajuan malaysia. kita mahu pembangkang yang kuat dan kerajaan yang matang oleh itu perkara yang memberikan kebaikan pada rakyat malaysia perlu kita sokong dan perkara yang tidak elok perlu kita bangkang, bukannya semua perkara kita perlu bangkang dan sokong. kerana itulah pendidikan dan ilmu itu sangat penting. banyak krisis dalam negara kan berlaku jika sekolah jenis kebangsaan ini diteruskan, pandangan saya slepas PRU-13 sudah terbukti kerajaan BN boleh memerintah tanpa undi kaum lain tetapi kenapa tidak menghapusklan sekoalh jenis kebangsaan ini dari awal dahulu, tentangan daripada komponen parti dlm kerajaan seperti parti MIC dan MCA penyebab kepada kekurangan ini. adakah kerajaan ingin pula selepas ini hilang undi melayu atau apakah sebenarnya percaturan kerajaan? 

saya pernah menguraikan tentang isu ini dan cara menanganinya dalam posting saya sebelum ini (sekolah jenis kebangsaan cina dan india hanyalah memisahkan kaum << boleh click), bagi menghapuskan sekolah jenis kebangsaan (cina&tamil) ini kita bumiputra juga perlu membayar sebuah harga demi perpaduan dan keamanan. Pada pendapat saya UiTM hanya untuk bumiputera TETAPI bagi menghapuskan sekolah jenis kebangsaan ini kerajaan dan UiTM perlu membenarkan kemasukan bukan bumiputera dengan syarat yang rendah seperti 90% bumiputera dan 10% bukan bumiputera. barulah sebuah harga perpaduan berbaloi untuk dibayar. jika tidak hanya kaum bumiputera sahaja akan menang dalam isu sekolah jenis kebangsaan ini. tiada apa-apa jika kita memperjuangkan bangsa tetapi segala-galanya ada jika kita memperjuangkan agama. Pilihlah agama bukannya bangsa. sekian.

No comments:

Post a Comment