Monday, October 20, 2014

Cause You're a Sky Full of Stars


 

 

 




Tuesday, February 18, 2014

Aku : Diari Peribadi 40 Hari Keluar Berdakwah


Salam, aku pernah mengikut suatu gerakan islam, sebuah gerakan dakwah yang lebih dikenali oleh masyarakat sebagai Tabligh, dimana tabligh ini bermaksud menyampaikan. Tulisan dibawah ini disalin 100% sama seperti yg tertulis dalam diari ketika aku keluar 40 hari berdakwah. Hakikatnya kami hanyalah umat Nabi Muhammad yang berdakwah dan mengambil alih tugas seorang daie, Demi Allah dan Rasul Tercinta. Terimalah Diari ku.







Sabtu 26/03/11 11.11pm
Tempat masih diMasjid Seri Petaling Markas Tabligh. Sebentar tadi kami baru lepas mesyuarat Mb jemaah kami kena divide into 2 group. Hmm... doa semoga x divide. Kalau boleh jemaah kami tidak mahu terpisah. Minimum satu jemaah 12 and maximum 14. Jemaah kami mustahil tanpa orang awam sebab kami ramai baru.
Sebelum bertolak aku mintak restu umi abah first. Alhamdulillah aku call abah then he said "abah restu apiq" (yayyy). Bertolak punya tolak sampailah di markas (yayyy) pun aku ses * ok (tiba-tiba blackout) aku pakai lampu handphone sekarang, aku sesat nak pergi masuk pusat komuniti Seri Petaling sudah. Haiyo! aku ingatnya itu masjid. #$%^&* tettt, sebab  tak pernah pergikan.haha. serius keadaan tengah genting. memeng paksa aku tidur. huhu. k papai. nite2. Muah2x.

Isnin 28/03/11 11.16pm
Kami sampai ke markas Ipoh sebelu itu (semalam)
Catatan 27/03/11 ceramah atau bayan isyak yang disampaikan oleh salah seorang imam Markas Sri Petaling tampak memberi kesan. Beliau mengisahkan bencana yang menimpa umat dan kasih sayang Allah S.W.T sambil menyelitkan ayat Al-Quran didalam ceramahnya berintonasikan tegas.
Semalam pukul 11 malam pergi CC sebab ada seorang pelajar tahfiz minta tolong aku. Nama Beliau Zakaria. Apa yang ingin aku katakan adalah aku bangga dapat menolong pelajar tahfiz, hati mereka suci.
Kemudian kami tidur, esok mahu bergerak ke Kampung Gajah :)

Selasa 29/03/11 1.10pm
Pagi. Bangun Subuh. Tak sempat bangun 1/3 malam. 8.30 sarapan. Pelajar madrasah mula dengan rutin harian. Seronok melihat mereka (pelajar madrasah), suatu hari jika aku dikurnikan anak mesti aku masukkan dia ke madrasah, Belajar agama islam, jadi Hafiz. Hati-hati mereka (penuntut tahfiz) aku lihat suci, teringat adik hazim (adik kandung ku). Semoga suatu hari nanti dia menjadi seorang Hafiz seperti pelajar2 ini. Semoga Allah merahmati dan menurunkan keberkatan kepada mereka. Ameen. Pukul 9.45 pagi kami bertolak ke destinasi dakwah yang pertama. Nasib mungkin tidak berapa baik, kami ditempatkan di Surau Tok Embin. Takpa mungkin ada hikmah. Hari ini Taklim Zohor aku yang baca. 1st time. Lupa nak mention jemaah kami terdiri daripada 13 orang berumur antara (18-50). Alhamdulillah ada dua orang ustaz dan seorang amir sap (ketua) yang berwibawa, bertanggungjawab dan penyabar. Malam kami menjalankan sedikit kerja dakwah (berdakwah dengan mat2 rempit dan kaki lepak, golongan seperti mereka ini jarang didekati masyarakat, oleh, itu kami sahut cabaran), dikepalai oleh Nabil (salah seorang jemaah kami). Alhamdulillah, Allah izinkan, semoga mereka diberi hidayah.

Rabu 30/03/11 3.20pm
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. semuanya berjalan dengan lancar. Allah Maha Besar. Aku jadi Taam dengan Mus'ab buat pertama kalinya. Penekanan, sifat sabar dan tabah itu teramat penting, cuba buat orang lain Happy dan senyum selalu. Moga semua amalanku dapat diistiqamahkan serta, meningkat bersama iman.

Khamis 31/03/11 
Malam semalam tidak boleh tidur, tekak loya, badan masuk angin, mula nak demam, perut meragam, rasa hendak muntah. Astaghfirullahalazim, aku tidak bangun Tahajjud. Ya Allah, Ampunilah aku, kasihanilah aku. Ya Allah 3x.... Jemaah ke Masjid Pasir Puteh, aku masih tidak bermaya. Pagi aku tidur sahaja, badan memang lemah hari ini. Aku solat Zohor dan Asar tidak khusyuk dan aku rasakan sperti hendak terjatuh. Suhu badan mulai naik dari pagi tadi. Mungkin Allah Mahu menguji aku. "Ya Allah kuatkanlah aku supaya aku boleh beribadah dengan lebih khusyuk dan dapat menyebarkan hidayah ke serata alam". Aku bukan insan yang soleh tapi ya Allah, aku mengharapkan redho dan keampunan-Mu. Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kasihanilah aku, Allahuakbar. Hari ini antara hari-hari yang teruk aku. Kasih dan cintaku pada Allah dan Rasul diuji. Ya Allah bagilah kekuatan kepadaku, sesungguhnya engkaulah penentu bagi segalanya. Azam hari ini (baru lepas muzakarrah tahajjud dan kelebihannya) aku mahu beristiqamah dalam semua ibadah 40 hari ini pada sepanjang hayat ku. Ya Allah sesungguhnya engkaulah sebaik-baik penolong!

Isnin 04/04/11 3.10pm
Aku tertinggal beberapa catatan harian, wujud masalah dalam diri aku sendiri, syaitan berusaha untuk menyesatkan ku. Ya Allah peliharalah aku seperti mana engkau pelihara orang-orang yang beriman. Kini jemaah di Surau Pasir Garam. Ini hari kedua. Alhamdulillah, First bayan before berpindah dari Masjid Pasir Putih. Sekarang penghayatan 6 sifat-sifat seorang mujahid ialah orang yang berjihad ke atas dirinya sendiri dengan melawan hawa nafsu. Alhamdulillah, habis 6 sifat. Cerita lain akan menyusul.

Selasa 05/04/11
"Pergh...Fuhhh... malam tadi tidak bangun tahajjud. Apalah nak jadi dengan aku ni, kita keluar ini untuk berdakwah, dakwah ini kerja daie, daie pewaris Nabi, Nabi solat Tahajjud, aku ini?" Hari ini mesyuarat putuskan aku untuk bayan subuh. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik. 

Khamis 07/04/11 
Hari Kedua di Masjid Pasir Kubu. Ya Tuhanku, Tuhan yang menguasai aalm semester, ampunilah aku, buangkanlah penyakit hatiku, sucikanlah ia, buangkanlah kelemahan dalam diriku. Malam tadi aku bermimpi sesuatu yang tidak biasa. Mungkinkah syaitan, jangan terkesan dengan tipu daya Iblis Laknatullah. Ya Allah lindungilah aku.
Ahad 10/04/11 
Alhamdulillah, dah lama tidak buka buku hijau ini, akhirnya buka juga. 08/04/11 jemaah kami tiba di Surau Kampung Kota. Kami Khidmat bersihkan surau. Sedih melihat keadaan surau yang tidak tiada jemaah. Surau tidak hidup, yang hidup adalah cicak yang giat membunag najis saban hari. Rasa seperti kampung ini tidak berpenghuni. Kampung ini terletak disebelah Sungai Perak. Bentuk surau ini seperti rumah kampung. Surau disebelah atas dan tempat masak dibawah. Syukur Ya Allah kau tempatkan kami ditempat sebegini, dengan ini dapat kami menghidupkan suasana surau yang kian sunyi. Tadi aku bayan Asar, 2nd time. Syukur Alhamdulillah, aku diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk berkata-kata. Azam aku bila Allah S.W.T memakbulkan doaku maka akan aku sebarkan agama dengan tangan, lidah dan hati..... Pukul 5.45, aku mahu minum petang. Bye.

Khamis 14/04/11  
Alhamdulillah, sudah lama tidak buka buku hijau akhirnya buka juga, aku tertinggal catatan selama 3 hari. Sekarang di bahagian bawah surau. Surau ini sepi, sedihlah, yang bestnya tepi sungai, sejuk mata, hati apabila apabila melihat air mengalir lembut, tumbuhan hijau segar diwaktu pagi dan awan ciptaan tuhan yang memperlihatkan keindahannya. Semua hidayat Allah. Alam ini milik Allah.... Hari ini hendak bertolak pergi ke Masjid Terakhir.....






Sampai disini sahaja Diari Peribadi 40 Hari Keluar Derdakwah, ini sahaja yang dapat aku catatkan ketika keluar mencari redho Allah. Kerja dakwah adalah kerja daie, pelbagai yang aku pelajar ketika keluar berdakwah, dakwah yang mengikut ajaran islam yang sebenar, pengalaman ini sangat berharga,...


 "aku cinta Allah, Aku sayang Allah" 

Monday, January 27, 2014

Cuti Semester 5

Cuti ini tiada apa yang luarbiasa, semuanya macam biasa, bila cuti duduk rumah maka kerja aku adalah tidur, makan dan berinternet (online, tgk youtube, baca berita dan artikel). tapi sem kali ni satu je yg lain, sem ini aku selalu lepak dengan kawan-kawan terutama member putrajaya dan shah alam. selalulah berulang-alik ke sana. Seronok, bergelak ketawa dan enjoy berkawan dgn mereka sebab tu aku selalu berulang-alik semata-mata ingin meluangkan masa bersama mereka. Bak kata orang brotherhood (sangat la kan) biasalah zaman muda2 ni gila sikit otak..hoho 
Brother + Romance = Bromance 

Selain itu, cuti ini aku jadi babysitter juga. Ha! bukan jaga anak org tu, mak aku memang la jaga anak orang tapi aku jaga adik sendiri..hehe (ajim 9 dan amal 6) haritu umi & papa bawa dorang pergi Kidzania Malaysia (boleh klik sini).  Macam biasa aku yg akan jadi babysitter jaga adik2 dekat dalam tu. Umi dan papa pergi dating berdua (grrrrrr...) tapi berbaloi kot sebab dalam Kidzania Malaysia tu sangat sangat la AWSOME! korang boleh google apa itu Kidzania. Awsome x awsome korang g la bawak adik2 korang dan rasai sendiri bertapa comelnya dorang nanti..huhu






Sunday, September 30, 2012

Universal Brotherhood by Dr Zakir Naik

This is some of the salient point about Dr Zakir Naik Talk last night at DATC UiTM Shah Alam... i took from Aisyah Shakirah Suhaidi 's facebook (Pelukis at iluvislam.com) kredit to her friends Aiman Wafiy for noting this down
A lil souvenir for all of you doodled last night throughout Dr Zakir Naik's talk. Sorry if this one's quite messy. 
A few more notes from the talk;

"Islam Is a Universal Brotherhood"


-media is the deadliest weapon

-Pregnancy uplift a woman. It does not degrade her

-In Islam, equal doesn't mean identical (Tanggungjawab male and female is different but kalau male or female buat salah hukum qisasnya sama disisi undang2 Islam)

-Advantage come with great responsibility.. Example.. Men have great strength compare to women so that Men can protect them :)

-Charity and Zakat decrease the gap between rich and poor

-Mengumpat sama dengan memakan daging saudara sendiri

-Solat Jemaah promotes Universal Brotherhood

-In berjemaah, we stand shoulder to shoulder,feet to feet.. whether we're poor or rich,citizens or kings.. because in front of Allah, we're the same :D

-You can't imagine Allah what is like.. there is no statue,picture and sculpture :)

-Apa2 yg bergelar tuhan.. jadikan Surah Al-Ikhlas sebagai indicator.. kalau lepas ujian Surah Al-Ikhlas.. maka layaklah dipanggil Allah.. namun hakikatnya.. ayat terakhir surah Al-Ikhlas secara tafsirannya bila something itu dah dicompar dgn Allah.. dia dah x layak bergelar Allah sbb tiada apa pun yg sama dgn Allah (yang ini aku x faham..sorry)

-Put Allah,Rasul and strive in Jihad above all else.. including your bloodline.. because brotherhood of ummah is greater than brotherhood of family

- Batu Hitam ini boleh bawa faedah kepadaku,boleh bawa bala kepadaku.. Tetapi aq menyembahnya hanya kerana Allah dan Rasulku menyuruh aq sujud kepadanya - Saidina Umar referring to Ka'bah :)

-If someone rape your daughter,kill your family.. Then you reply the same thing to the offender.. you are a normal person.. But we Islam is a super-duper power most intelligent human beings will never ever in million billion years would do the same thing because we have Allah and He prohibited us from doing that (revenge) :)

-Your mom gets the Gold,your mom gets the Silver, your mom gets the Bronze.. Your father only deserve mere consolation :)

- A good wife is a wife that can show the way to siratal mustaqim to her husband.. 

- A good wife protects her beloved hubby from Devil :)

Thanks for reading this blog ;)

Friday, September 21, 2012

Tahniah Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

 shilla dgn trofi nyaa~ :)

malam semalam shila amzah, seorang penyanyi kelahiran malaysia berjaya merangkul johan bagi pertandingan Asian Wave 2012.. pertandingan ini mengumpulkan penyanyi2 baru dari pelbagai negara termasuk korea, china, thailand, india, singapura dan jepun... beliau berjaya ke final dgn mengenepikan berpuluh2 orang peserta.. syabas diucapkan! :) diperingkat final beliau mendendangkan lagu, gemilang nyanyian jacklyn victor, Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu mandarin.... pandai beliau memilih lagu.. suatu kombinasi yang baik untuk menarik undi... media china menjangkakan peserta dari china yang akan menjuarai tetapi nyata sangkaan mereka meleset dari segi profesional.... saya juga peminat shila sejak dahulu lagi =)... kagum dgn kemampuan beliau.. dengan kemenangan ini secara tidak lgsg meletakkan malaysia dimata dunia...  selepas ini dia akan merakamkan album di china (contract).... yeah gudluck shila..chaiyokk! ;) ... sementara dia mencipta nama di china, seorang lagi artis malaysia iaitu Yuna mencipta nama di America... dua artis yg bertudung yg sgt awsome.. ternyata rezki itu milik Allah.. tidak perlu kita membuka tudung utk mencari rezeki & mengejar populariti... sebagai muslim jika kita buat sesuatu yg baik maka kita akan dapat sesuatu yang baik.... kemampuan mereka mencipta nama ini harus dicontohi bukan sahaja artis2 di malaysia tetapi oleh rakyat Malaysia itu sendiri... Yuna di America , Shila di China
Malaysia Boleh! :)

Monday, September 17, 2012

lakaran hitam putih pada "sketchbook" aku

ni la sketch book aq.... sederhana2 je ==>

hah warna warni kan?? tu gimik je sbnrnya dlm dia hitam putih je... slh satu sbb aq buat hitam putih je sbb senang xde leceh sgt... amik pensil conteng je ape2...huhu xpyh pki caryon pebagai smua....kann

 bwh ni plak lakaran dlm buku ni.... "salah satu medium utk menzahirkan perasaan, penyampaikan sesuatu dan mengisi masa lapang"...lau aq bosan kdg2 aq buat mende ni la.. ade yg ade makna n ade yg sekadar suka2.. aq xpandai melukis atau melakar.. aq buat suka hati ikut apa yg aq suka... one of the way utk kita mengasah otak sebelah kanan.. iaitu otak yg mempunyai daya kretiviti.. btw aq left-handed... secara tidak lgsg membantu aq mengasah keupayaan otak slh kanan... bg setengah org perkara ni xpenting tp bg aq perkara ni perlu....hehe menulis je kidal yg lain smua pki tgn kanan termasuk makan.. korg jgn igt aq mkn tgn kiri plak....haha abes aq basuh berak tgn kanan??haha juz menulis je tgn kiri, dlm kalangan adik beradik aq sorg je mcm ni..makbapak aq pun x kidal , so kira aq bangga la...AHAHHA :)






:D

Sunday, September 16, 2012

Hari ini apa aku buat ek (16/09/12)

apa aq buat ari ni ek?? 
ok pagi2 aq bgn mandi bersedia menghirup nafas yg segar utk menjalani kehidupan..cehh gurau je.. actlly pagi aq tido lagi..kuang3 :D
kul 11.00 br aq bgn.. tettttt.. terukkan? hmm sbb mlm smlm aq study microblogy dan calculus.. tetttt! gurau lagi.. actlly aq buat mende xfaedah, layari fb utk 1 mlm... apa nak jd la kan? kan kan??
lps mandi manda aq kemas brg utk balik uma kt puchong... adahal sikit.. aq bwk beg BESAR sekali.. nak twu ade ape dlm tu??? hehehe dlm tu.. hmm dlm tu...sbnrnyaaaa.. dalam tu sbnrnya ada BAJU KOTORrrr.. HAHAHA aq mls basuh so aq bwk balik uma.. kuang3 :P
ada satu happy story... nak dgr nak dgr??
ok ceritanya begini....

td kt bustop ade seorang nenek cina.. dia tny nmpk x cucu dia lalu.. aq pun speaking mandarin kata "meiyou" maksudnya "xde"... lps tu nenek itu igt aq twu mandarin, dia pun terus sembang mandarin ngn aq, yg aq ni xphmm pegi angguk2 je.. HAHAHA :D

akhir skali dia tny u pandai ckp mandarin ye, aq jwb "x,..sikit2 je" dia pun terus pndg tempat lain... errr sorry untie...hehe 
#lps ni sy blaja betul2 mandarin bole sembang ngn makcik..haha :D



bila aq sampai uma sempat la jumpa ummi n teman umi g majlis aidilfitri.. lame bebeno ummi membetui kn tudung,,, nk je aq ckp selubung je ngn selimut..HAHA #kejamnyerr... biasa la pompuan namanyeeer..huhu

hah! ni la umi titeeew.. lawa tan?? hak3
:)

rindu kt amal & ajim.. td ajim membising jeww, abgnya ajim mmg lemah lembut pendiam... tp td dia ada tny aq "abg 300 ratus byk x?" (sambil agkt jari konon mengira lettuew..haha) so aq jwb 300 byk la.. lau kt uma aq skali nasihat dia, kdg2 ajar dia sikit... ajar tp marah2 jugakk..hoho #jahat  
sbb syg la ajar lau xsyg biar je la hang xtwu ape2..hehe



lps uruskan segala hal kt puchong ptg aq pun balik s.alam.. balik awl sbb igt nk lepak ngn abg agkt n gf dia skali,, tapi rupanya kt melaka ngn gf dia.. honeymoon lettuew..hahaha
 masa dlm bas budak yg duduk sblh aq tu HOTTT shalll... hot je la bukan ape punn..hehe
sampai bilik aq terus sidai bj kotorrrr yg basuh kt uma tu... 
habis cerita~~~the end ;)

Tuesday, September 11, 2012

Sedikit kata drpd saya Sempena 55t Merdeka


Sejiwa, Sebangsa, Senegara = Semelayu, Secina, Seindia, Seiban, Sekadazan, Semuruk etc
Maka kita bangsa Malaysia

sy selaku rakyat Malaysia  yg patriotik amat berharap negara ini akan kekal dan terus maju menuju target 2020.... sy selaku pemerhati dlm & luar negara byk melihat & membuat perbandingan Malaysia dgn negara2 lain terutama negara di Asia Tenggara... wlupun negara ini tidak semaju singapura dan tidak sekaya brunei tetapi negara kita menunjukkan peningkatan yg posotif dlm pelbagai aspek... saya akui pertahanan negara kita antara terlemah abtara terlemah di Asia Tenggara berbanding indonesia dan thailand tetapi GDP & pendapatan negara kita tinggi wlupun bukan ditahap yg membanggakan.. ini kerana kita kaya dgn sumber alam :) 

saya tidak kisah kerajaan mana yg akan memerintah lps PRU-13 kerana kerajaan ini adalah kerajaan yg dipilh oleh rakyat....dan semestinya rakyat Malaysia bukan masyarakat yg bodoh hingga tidak berdaya utk memilih pemimpin sendiri.. igt kuasa di tgn rakyat... we are Malaysian.. Malaysian pemikirannya matang & positif.. itu yg memungkinkan segalanya... 

Harapan saya pd kerajaan Malaysia supaya bekerja se-amanah mungkin,,, sy juga risau akan isu rasuah, ketirisan hasil negara, sistem kapitalisme, pemonopolian wang rakyat oleh golongan elit dan sikap malas org Melayu... sy berharap kerajaan Malaysia melakukan sesuatu  rakyat Malaysia celik dlm byk perkara, rmi yg berjaya, kita bangga dgn keamanan yg kita perolehi maka dgn ini sy ingin mengatakan sy berbangga menjadi rakyat Malaysia :)

sekian,
Nukilan Kacak
(sikacakkacak.blogspot.com)

Sunday, September 9, 2012

Bermulanya sem 3 :(

lama da x update.. sorry :( pelbagai ujian kebelakangan ini yg buat aq lemah dn x bersemangat utk menulis.. insyaAllah lps ni aq akan cuba utk menulis atleast sebulan satu post..aahhaha 
esok kelas pertama sem 3 bermula tp aq still xde semangat.. down :( .. kebelakangan ni terlalu byk masalah dan terlalu byk yg aq fikirkan... aq xbole hiraukan semua apa yg berlaku sekeliling aq,,, ini yg buat aq byk berfikir serta risau... kepala aq kian terasa berat... dgn kolej aq xdpt... mslh kewangan, family, stdy, peribadi dn lain2... bagai bebanan yg pelbagai bentuk aq pikul.. result sem lps teruk... sbnrnya aq hampir putus asa.. tp ummi pujuk aq utk teruskan blaja... demi ummi n adik2 aq gagahkan diri utk meneruskan pengajian... aq xpandai.. kepandaian adalah sesuatu yg aq perlu usahakan... extraordinary effort.. semoga Allah S.W.T menguatkan aq dan memberikan hidayah dan rahmatnya... 

Nukilan shafiq,
11.03PM
9/9/2012

Wednesday, May 30, 2012

Syria Issues (Tepuk Dada Tny Selera)

yg pasti darah di syria akan tumpah lgi mlm ini.. 2 bandar (haulah,talidu) & 2 kg (kafr aya, jaubar) telah dikepung peristiwa pembunuhan ini terus berlaku... bg gua org yg world, modern and "classsss/kerlassss" bukan la pd pakaian atau byknye duit dia.. tp segi ilmu dari information yg dia dpt hasil usaha sendiri... stakat twu psl artis malaysia , psl diri sendiri baik xpyh jd manusia... kena amik twu jgk psl isu semasa (dunia) , kena tahu apa yg berlaku syria , palestin , tahu psl hubungan antara negara , thu psl budaya dunia & lain2 lagi , itu br la world, modern and kerlasss... stakat reti vote utk AF, reti main bola tahap kg je tapi member mati sebelah pun xperasan buat ape kan??? contoh bila on9 fb tgk kt news feed ada org post psl isu pembunuhan di syria pastu hang wt dek je, yg reti g like gambar org la, g sebok2 tukar dp tu wat pa? u adlh sebahagian drpd dunia ini, part of this world, sama agama then kenapa tentang isu ini pun xtwu? persoalannya xtwu ke xnk amik twu? or u amik endah x endah je? ok cube test knowledge & understanding... look at the picture below... can u describe about it? where its happen? n how it happen? 

klu : berlaku jumaat lps di satu perkampungan di syria
tujuan gambar ini disiarkan bukan untuk mengaibkan mangsa.  rasa semua dpt fikir kenapa gambar seperti ini disiarkan

Thursday, March 22, 2012

Ranking MRSM & SBP SPM 2011 !!!


  • Seramai 559 pelajar memperolehi keputusan semua A+ untuk Sijil Pelajaran Malaysia berbanding 403 pelajar untuk 2010
  • 506 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan dan 53 Pelajar dari sekolah lain.
  • Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 5.04 lebih baik berbanding tahun lalu 5.19
  • kalau nak ikutkn Ranking pertama Malaysia 1-3 adalah sekolah perempuan (SBP) dan setrerusnya 4-9 adalah MRSM. TAHNIAH MRSM kerana mengungguli TOP 10 ranking SPM sekolah2 Malaysia =D


SENARAI RANKING MRSM TERBAIK SPM 2011 (overall)

  1. TUN GHAFAR BABA – 1.00
  2. TAIPING – 1.06
  3. PENGAKALAN CHEPA - 1.13
  4. KUANTAN – 1.19
  5. LANGKAWI – 1.21
  6. PONTIAN – 1.29
  7. BALIK PULAU – 1.63
  8. TRANSKRIAN - 1.70
  9. PASIR SALAK – 1.73
  10. KUALA KUBU BARU – 1.77
  11. TAWAU – 1.78
  12. PENDANG – 1.80
  13. PDRM KULIM – 1.83
  14. SERTING – 1.85
  15. GEMENCHEH – 1.88
  16. MUADZAM – 1.90
  17. BATU PAHAT – 1.92
  18. LENGGONG – 1.92
  19. PENGKALAN HULU – 1.92
  20. KUALA TERENGGANU – 1.94
  21. MERBOK – 1.95
  22. FELDA – 1.97
  23. KOTA KINABALU – 2.00
  24. KUBANG PASU – 2.00
  25. BESERI – 2.02
  26. KUCHING – 2.03
  27. ALOR GAJAH – 2.04
  28. KEPALA BATAS – 2.06
  29. JELI – 2.07
  30. TUN GHAZALI SHAFIE – 2.10
  31. K.BERANG – 2.20
  32. KUALA KRAI – 2.23
  33. TERENDAK – 2.28
  34. BETONG – 2.29
  35. MUAR – 2.31
  36. MUKAH – 2.31
  37. MERSING – 2.32
  38. BESUT – 2.40
  39. KOTA PUTRA – 2.42



Senarai penuh Ranking SBP 
KOLEJ TUNKU KURSHIAH  (0.93)
SEKOLAH TUN FATIMAH 152 -(0.939)
SEKOLAH SERI PUTERI (0.98 )
SM SAINS REMBAU 211 -1.3288
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 305 – 1.3553
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 142 – 1.374
SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 142 – 1.3793
SM SAINS ALAM SHAH 255 – 1.44
SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU – 144 1.4508
SEKOLAH SAINS SERI PUTERI 176 -1.4508
SM SAINS SULTAN MAHMOD 119 – 1.4724
SM SAINS MUZAFFAR SYAH 136- 1.5109
SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 164 – 1.5287
SM SAINS SELANGOR 140 – 1.5927
SM SAINS BAGAN DATOH 156 – 1.6082

SM SULTAN ABDUL HALIM 140 – 1.6345
SM SAINS MACHANG 109- 1.6565
SBP INTEGRASI BATU RAKIT 132 -1.7148
SM SAINS HULU SELANGOR 160- 1.7336
SM SAINS KUCHING 119 -1.759
SBP INTEGRASI SELANDAR 164- 1.7763
SM SAINS KUBANG PASU 156 -1.792
SM SAINS TUANKU JA`AFAR 147 -1.8128
SM SAINS LAHAD DATU 108- 1.8227
SM SAINS KUALA TERENGGANU 136- 1.8529
SM SAINS MIRI 83 -1.8874
SM SAINS SULTAN ISKANDAR 115 -1.9024
SM SAINS KOTA TINGGI 135 -1.915
SM SAINS TENGKU ABDULLAH 138- 1.9327
SBP INTEGRASI TEMERLOH 119- 1.9355
SM SAINS PASIR PUTEH -141 2
SM SAINS LABUAN 86 -2.0397
SBP INTEGRASI KUANTAN 128 -2.095
SM SAINS SABAH 130 -2.137
SBP INTEGRASI GOPENG 169- 2.1467
SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 139- 2.1994
SM SAINS POKOK SENA 151 -2.2297
SM SAINS TELUK INTAN 143- 2.4285
SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 183- 2.4899 

Saturday, February 18, 2012

|| Prayer for Syria || Campaign of "Malaysia People Concerned"






Save image as & make as a Dekstop Background (u may download other photos)

 sikacakkacak.blogspot.com

Friday, February 3, 2012

a Doa for our brother,sister&Mujahideen in Syria

Revolusi Syria [1]: 


Antara punca berlaku revolusi di Syria adalah apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam bilangan seramai 28 orang bermain-main dan telah menconteng sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah " شعب يريد اسقاط النظام" (Rakyat mahu jatuhkan kerajaan).

Slogan ini adalah slogan yang telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku revolusi seperti di Mesir, Tunisia dan Libya, ia merupakan slogan keramat dan begitu ditakuti oleh pemimpin berkuku besi terutamanya pemimpin dunia Arab kini. Apabila kerajaan mengetahui berkenaan perkara ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak tersebut.


Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarga mereka telah menuntut mayat tersebut serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan. Regim Basyar Asad La'natullah telah meletakkan syarat apabila mahu kanak-kanak tersebut dilepaskan, mereka perlu memberi wanita-wanita dalam kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak regim Basyar Asad La'natullah. Perkara ini merupakan sesuatu yang begitu menghinakan, lalu berlakulah revolusi di Syria.

Jangan pernah lupakan saudara kita di Syria, Palestin dan di dunia keseluruhannya dalam DOA kita. Semoga Allah melaknati regim Basyar Asad La'natullah diatas kezaliman yang dilakukan oleh 
mereka - Ahmad Ulwan B. Hassim via LayarMinda (i just forwarded this messages to request a DOA from us)
*sikacakkacak.blogspot

Wednesday, January 25, 2012

ILLEGAL PROGRAM - 10 Russian spies arrested on 28 June 2010

The Illegals Program, as it was called by the United States Department of Justice, was a network of Russian sleeper agents under non-official coverwhose investigation by the Federal Bureau of Investigation (FBI) culminated in the arrest of ten agents and a prisoner swap between Russia and the United States on July 9, 2010.
The spies were planted in the United States by the Russian Foreign Intelligence Service (known by its Russian abbreviation, SVR), and were the target of a multi-year investigation by the U.S. Federal Bureau of Investigation. The FBI investigation, called Operation Ghost Stories, culminated at the end of June 2010 with the arrest of 10 individuals in the U.S. and an eleventh suspect in Cyprus. Ten sleeper agents were charged with "carrying out long-term, 'deep-cover' assignments in the United States on behalf of the Russian Federation."
The suspect arrested in Cyprus skipped bail the day after his arrest. A twelfth person, a Russian national who had worked for Microsoft, was also apprehended about the same time and deported on July 13, 2010. The Moscow legal court documents made public on June 27, 2011, revealed that another two Russian agents had managed to flee the U.S. without being arrested.
Ten of the agents were flown on July 9, 2010, to Vienna soon after pleading guilty to charges of failing to register as a representative of a foreign government. The same day, the agents were exchanged for four Russian nationals, three of whom had been convicted and imprisoned by Russia on espionage (high treason) charges.
On October 31, 2011, the FBI publicly released several dozen still images, clips from surveillance video, and documents related to its investigation in response to Freedom of Information Actrequests.

  Mikhail Semenko (the very handsome guy- red t-shirt), Vladimir Guryev, Lidiya Guryev, Andrey Bezrukov, Yelena Vavilova, Mikhail Kutsik, Nataliya Pereverzeva, Mikhail Anatolyevich Vasenkov, Vicky Pelaez, and Anna Chapman (the very beautiful woman- white shirt)

 These individuals were purportedly working for the SVR on long term covert assignments in penetrating policy making circles in the United States government. An agent going by the name of Christopher Metsos is still being sought by the authorities; the agents arrested on 28 June 2010. Mereka memalsukan identiti dgn menggunakan nama lain & memalsukan dokumen. setiap drpd mereka saling berhubung tetapi tinggal di berlainan bandar serta negeri (juz a cover), majoriti telah berkahwin sesama mereka dan mempunyai 2 org anak. tinggal dikawasan kejiranan seperti orang awam yg lain. tetapi mereka secara senyap merisik dan menyampaikan maklumat secara rahsia (encryted msg) to russia. their in deep undercover mission selama bertahun2 (sehinggakan sudah berkeluarga) .menurut jiran suspek Patty Desimone "u can't be to sure who ur neighbour are" according to Louise Shallcross "their so nice family, their landscape nice family stuffs" on interview with AP (Associated Press)
YOUTUBE LINK FOR MORE INFO :1) http://www.youtube.com/watch?v=z1t1EIKa-xg 2) http://www.youtube.com/watch?v=86iZlCy9hZY(Rachel Maddow show)

READ THIS!



Its so weird that this recently happen and hollywood comes out with a movie as "SALT" with Angelina that is also about undercover russians. LOL. she is so young, educated & attractive. she's spy, who cares?? LOL



kalau ikut kan setiap negara mempunyai perisik yg tersendiri yg merisik kegiatan negara2 lain. Amerika pun mempunyai banyak spy di setiap negara. dimana maklumat yg mereka perolehi membawa manfaat utk keselamatan & keamanan setiap negara itu.
*sikacakkacak.blogspot.com

Agensi Perisikan Malaysia

Pelbagai sekatan & ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda utama mereka ialah menimbulkan kekacauan dari dalam negara . Ini sedang berlaku dan dikatakan kerajaan terpaksa menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menjalankan perang saraf bagi mengelakkan Malaysia terus terjerumus dalam kancah ini.
Malaysia sehingga kini berjaya menepis perancangan halus dan terancang dari luar kerana mempunyai jaringan perisikan yang sangat ampuh dengan dibantu oleh pasukan risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Hanya negara yang mempunyai jaringan risikan dan rangkaian penyampai maklumat yang benar-benar baik sahaja mampu mengatasi banyak masalah yang dilontarkan ke dalam negaraDi mana negara lain gagal, Malaysia terus kekal aman. 
Untuk menjamin keamanan, negara harus mempunyai jaringan perisikan yang cekap. Untuk menjamin kedaulatan, negara harus mempunyai pertahanan yang kuat. Asas kepada jaringan risikan yang kuat di Malaysia terletak kepada pihak tentera, badan kerajaan dan sumber pendapatan dari syarikat-syarikat kerajaan yang mempunyai dana yang kaya raya.
saya yakin melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, syarikat kerajaan atau GLC mampu memberi dana jutaan ringgit kepada kerajaan Malaysia (tak payah pakai wang rakyat)
Bukan mudah untuk mendapatkan perkara yang saya sebut di atas kerana belanjanya sangat mahal. Memang menjadi mentaliti rakyat Malaysia yang liat untuk membayar insuran kerana kepentingan perlindungan insuran tidak akan kelihatan faedahnya kecuali selepas kemalangan atau bencana berlaku.
Contoh mudah, kita memang pening kepala apabila tiba untuk mengeluarkan duit bagi membayar insuran kereta kita dan kita (khususnya orang Melayu) tidak berminat pula kepada pelaburan yang berasaskan insuran.
Ini sangat berbeza dengan negara maju seperti Singapura, yang beranggapan belanjawan pertahanan dalam dan luar merupakan satu perlindungan insuran kepada keamanan dan kemajuan republik tersebut.
Ada beberapa pihak yang menjalankan urusan perisikan di dalam negara dan ini termasuklah beberapa agensi dalam kementerian kerajaan, Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Special Branch, Kor Risik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, cabang laut dan udara ,Angkatan Tentera Malaysia dan elemen-elemen dalam Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Elemen risikan luar dan dalam negara terletak pada bahu agensi perisikan seperti Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO), SB dan Kor Risik yang mengumpul maklumat dari luar negara untuk dikumpul dan dikaitkan dengan beberapa isu dalam negara yang turut dihimpun oleh agensi yang sama atau agensi yang lain yang mengutip maklumat dari sumber tempatan.
Dari pihak awam, jaringan risikan (network kepada agensi risikan sebenar) akan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perdana Menteri . Individu yang dilantik secara khusus yang dikenal pasti sebagai sangat patriotik dan lulus tapisan keselamatan yang ketat, mereka ini kebanyakkan terdiri dari bekas anggota tentera khususnya komando.
risikan ini diperolehi dari sumber berbentuk risikan manusia (Humint), risikan semboyan (Signint) dan elektronik (Elint) dan dibantu oleh pihak-pihak yang pakar untuk menganalisa maklumat data, pakar psikologi dan mereka yang mahir dan dipanggil Cobler (pakar memalsukan dokumen) untuk tujuan penetrasi.
Sebagaimana agensi risikan di luar negara, belanjawan keselamatan Malaysia dibantu oleh bajet yang datang secara rasmi dari keuntungan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tenaga Nasional Berhad dan banyak lagi. 
Peranan risikan dalam Malaysia sebenarnya lebih hebat dari filem Mission Impossible, Nikita atau Alias dan jika anda teliti, beberapa tahun lepas (baru lg) ada iklan di dalam web JPM di mana “Pakar Peperangan Elektronik” diperlukan, jika kita fikir secara logik mengapa sebuah jabatan milik Perdana Menteri memerlukan pakar peperangan elektronik. Mungkin sekali kepakaran ini disalurkan kepada agensi risikan keselamatan di bawah naungannya seperti MEIO.
PERALATAN
Seperti mana-mana agensi risikan lain, penyampaian maklumat risikan terhadap kerajaan Malaysia dibuat juga melalui peralatan yang canggih dan tidak berapa canggih (tidak mudah dihack) dan ini memerlukan mesin-mesin yang mampu membuat Chiper dan Dechiper (sama ada model yang terkini atau yang diguna sejak dari zaman komunis lagi).
Ada perlatan yang dihasilkan oleh saintis dan individu yang terkenal di Malaysia untuk mencipta gajet-gajet yang diperlukan sama ada sistem untuk debugging atau surveillance dan communication interceptor. (kalau selalu tgk cerita seperti Nikita, Alias, Salt atau MI korg akan dpt gambarkan la)
Kenderaan yang dipakai adalah pelbagai jenis dan beraneka ragam termasuklah van-van dari agensi pelancongan yang tidak pernah wujud tapi yang paling popular adalah teksi.
ANCAMAN DALAM NEGARA
Secara am, ancaman dalam negara wujud dari pelbagai pihak yang ditaja oleh anasir clandestine dari luar seperti MOSSAD, CIA, M16, SIS, SID serta elemen sulit risikan Singapura yang mengandungi elemen korporat, kewangan dan pengumpulan data ketenteraan serta politik.
Ancaman dari negara luar seperti Thailand dan Indonesia berada di bawah tahap terendah (mereka dianggap negara sahabat).
Ancaman datang dari perbagai bentuk seperti sabotaj ekonomi, keamanan, politik, memburukkan imej negara dan pelbagai unsur subversif yang lain.
Saya tidak pasti jika kisah ini benar, semasa kru filem The Entrapment membuat shooting di Kuala Lumpur, kru yang terdiri dari segelintir agen CIA ada memasang beberapa peralatan elektronik (listening bug) di KLCC dan Menara KL Tower. Muslihat mereka berjaya dikesan, sejak itu sangat kurang atau tiada syarikat filem Hollywood membuat shooting filem di Malaysia. Saya bagaimanapun mengandaikan cerita ini hanya “rumours” sahaja dan belum pasti kebenarannya.
Segala pusat ancaman berpengkalan di Singapura yang menjadi pintu masuk ke dalam negara ini.
Pelbagai ancaman dalam politik dan sabotaj terhadap ekonomi dan kewangan negara berlaku sekarang yg kita sendiri tidak nampak.
ANCAMAN LUAR NEGARA
Untuk melemahkan Malaysia, negara ini perlu disisihkan dari sahabat terdekatnya iaitu Indonesia.
Kesatuan dan kerapatan kedua-dua sahabat ini harus digoyah melalui beberapa isu yang mungkin sebenarnya diapi-apikan oleh pihak ketiga.
Perkara ini pernah di sahkan oleh Atase Pertahanan di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur yang berpendapat ada pihak ketiga yang cuba meruntuhkan hubungan di antara kedua-dua negara.
Jika wujud pihak ketiga ini, sudah pasti mereka mempunyai dana yang cukup besar, pusat operasi dan perhubungan di dalam struktur pemerintahan serta korporat di kedua-dua negara. (again kalau korg selalu tgk cerita mcm Nikita, Alias, cerita yg berkaitan riskan atau ketenteraan maka korg akan faham)
Syukur kerana Indonesia mempunyai Presiden yang sangat berpengaruh dan bakal membawa negara republik itu ke arah masa depan yang lebih baik, sebagai mantan seorang pegawai pemerintah tentera, Bambang Susilo pantas menganalisa keadaan yang berlaku dan tidak dengan cepat menghalakan muncung  ke arah Kuala Lumpur.
Indonesia sendiri mempunyai pengalaman pahit, bagaimana agen-agen luar ini cuba menghancurkan negara besar itu dan saudara pembaca tentu masih ingat pada tahun 1990an, Indonesia digelar “Naga Kecil Asia” kerana kemajuan ekonominya malah mempunyai perusahaan membuat kapal terbang sendiri tetapi sekelip mata ia hancur apabila wujud gerakan reformasi yang kononnya mendukung hak rakyat dan mahasiswa.
Bermula dari gerakan reformasi ini, musuh Indonesia berjaya memisahkan Timor Leste dengan tujuan untuk terus meranapkan kekuatan republik yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Sama-samalah kita berdoa, agar rasa persahabatan yang akrab di antara kedua negara ini terus terjalin dan rakyat mereka dan kita sedar bahawa ada proses untuk melaga-lagakan kedua negara ini agar terus kekal bermusuh.
Pada masa sekarang, potensi Malaysia untuk berperang dengan negara luar berada pada tahap sifar dan jika berlaku, kemungkinan akan berlaku krisis dgn Singapura. (seperti mana yg anda tahu mmg dr dulu lg hubungan kedua2 negara ini agak renggang. terutamanya masa isu air dahulu)

*sikacakkacak.blogspot