Tuesday, February 18, 2014

Aku : Diari Peribadi 40 Hari Keluar Berdakwah


Salam, aku pernah mengikut suatu gerakan islam, sebuah gerakan dakwah yang lebih dikenali oleh masyarakat sebagai Tabligh, dimana tabligh ini bermaksud menyampaikan. Tulisan dibawah ini disalin 100% sama seperti yg tertulis dalam diari ketika aku keluar 40 hari berdakwah. Hakikatnya kami hanyalah umat Nabi Muhammad yang berdakwah dan mengambil alih tugas seorang daie, Demi Allah dan Rasul Tercinta. Terimalah Diari ku.







Sabtu 26/03/11 11.11pm
Tempat masih diMasjid Seri Petaling Markas Tabligh. Sebentar tadi kami baru lepas mesyuarat Mb jemaah kami kena divide into 2 group. Hmm... doa semoga x divide. Kalau boleh jemaah kami tidak mahu terpisah. Minimum satu jemaah 12 and maximum 14. Jemaah kami mustahil tanpa orang awam sebab kami ramai baru.
Sebelum bertolak aku mintak restu umi abah first. Alhamdulillah aku call abah then he said "abah restu apiq" (yayyy). Bertolak punya tolak sampailah di markas (yayyy) pun aku ses * ok (tiba-tiba blackout) aku pakai lampu handphone sekarang, aku sesat nak pergi masuk pusat komuniti Seri Petaling sudah. Haiyo! aku ingatnya itu masjid. #$%^&* tettt, sebab  tak pernah pergikan.haha. serius keadaan tengah genting. memeng paksa aku tidur. huhu. k papai. nite2. Muah2x.

Isnin 28/03/11 11.16pm
Kami sampai ke markas Ipoh sebelu itu (semalam)
Catatan 27/03/11 ceramah atau bayan isyak yang disampaikan oleh salah seorang imam Markas Sri Petaling tampak memberi kesan. Beliau mengisahkan bencana yang menimpa umat dan kasih sayang Allah S.W.T sambil menyelitkan ayat Al-Quran didalam ceramahnya berintonasikan tegas.
Semalam pukul 11 malam pergi CC sebab ada seorang pelajar tahfiz minta tolong aku. Nama Beliau Zakaria. Apa yang ingin aku katakan adalah aku bangga dapat menolong pelajar tahfiz, hati mereka suci.
Kemudian kami tidur, esok mahu bergerak ke Kampung Gajah :)

Selasa 29/03/11 1.10pm
Pagi. Bangun Subuh. Tak sempat bangun 1/3 malam. 8.30 sarapan. Pelajar madrasah mula dengan rutin harian. Seronok melihat mereka (pelajar madrasah), suatu hari jika aku dikurnikan anak mesti aku masukkan dia ke madrasah, Belajar agama islam, jadi Hafiz. Hati-hati mereka (penuntut tahfiz) aku lihat suci, teringat adik hazim (adik kandung ku). Semoga suatu hari nanti dia menjadi seorang Hafiz seperti pelajar2 ini. Semoga Allah merahmati dan menurunkan keberkatan kepada mereka. Ameen. Pukul 9.45 pagi kami bertolak ke destinasi dakwah yang pertama. Nasib mungkin tidak berapa baik, kami ditempatkan di Surau Tok Embin. Takpa mungkin ada hikmah. Hari ini Taklim Zohor aku yang baca. 1st time. Lupa nak mention jemaah kami terdiri daripada 13 orang berumur antara (18-50). Alhamdulillah ada dua orang ustaz dan seorang amir sap (ketua) yang berwibawa, bertanggungjawab dan penyabar. Malam kami menjalankan sedikit kerja dakwah (berdakwah dengan mat2 rempit dan kaki lepak, golongan seperti mereka ini jarang didekati masyarakat, oleh, itu kami sahut cabaran), dikepalai oleh Nabil (salah seorang jemaah kami). Alhamdulillah, Allah izinkan, semoga mereka diberi hidayah.

Rabu 30/03/11 3.20pm
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. semuanya berjalan dengan lancar. Allah Maha Besar. Aku jadi Taam dengan Mus'ab buat pertama kalinya. Penekanan, sifat sabar dan tabah itu teramat penting, cuba buat orang lain Happy dan senyum selalu. Moga semua amalanku dapat diistiqamahkan serta, meningkat bersama iman.

Khamis 31/03/11 
Malam semalam tidak boleh tidur, tekak loya, badan masuk angin, mula nak demam, perut meragam, rasa hendak muntah. Astaghfirullahalazim, aku tidak bangun Tahajjud. Ya Allah, Ampunilah aku, kasihanilah aku. Ya Allah 3x.... Jemaah ke Masjid Pasir Puteh, aku masih tidak bermaya. Pagi aku tidur sahaja, badan memang lemah hari ini. Aku solat Zohor dan Asar tidak khusyuk dan aku rasakan sperti hendak terjatuh. Suhu badan mulai naik dari pagi tadi. Mungkin Allah Mahu menguji aku. "Ya Allah kuatkanlah aku supaya aku boleh beribadah dengan lebih khusyuk dan dapat menyebarkan hidayah ke serata alam". Aku bukan insan yang soleh tapi ya Allah, aku mengharapkan redho dan keampunan-Mu. Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kasihanilah aku, Allahuakbar. Hari ini antara hari-hari yang teruk aku. Kasih dan cintaku pada Allah dan Rasul diuji. Ya Allah bagilah kekuatan kepadaku, sesungguhnya engkaulah penentu bagi segalanya. Azam hari ini (baru lepas muzakarrah tahajjud dan kelebihannya) aku mahu beristiqamah dalam semua ibadah 40 hari ini pada sepanjang hayat ku. Ya Allah sesungguhnya engkaulah sebaik-baik penolong!

Isnin 04/04/11 3.10pm
Aku tertinggal beberapa catatan harian, wujud masalah dalam diri aku sendiri, syaitan berusaha untuk menyesatkan ku. Ya Allah peliharalah aku seperti mana engkau pelihara orang-orang yang beriman. Kini jemaah di Surau Pasir Garam. Ini hari kedua. Alhamdulillah, First bayan before berpindah dari Masjid Pasir Putih. Sekarang penghayatan 6 sifat-sifat seorang mujahid ialah orang yang berjihad ke atas dirinya sendiri dengan melawan hawa nafsu. Alhamdulillah, habis 6 sifat. Cerita lain akan menyusul.

Selasa 05/04/11
"Pergh...Fuhhh... malam tadi tidak bangun tahajjud. Apalah nak jadi dengan aku ni, kita keluar ini untuk berdakwah, dakwah ini kerja daie, daie pewaris Nabi, Nabi solat Tahajjud, aku ini?" Hari ini mesyuarat putuskan aku untuk bayan subuh. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik. 

Khamis 07/04/11 
Hari Kedua di Masjid Pasir Kubu. Ya Tuhanku, Tuhan yang menguasai aalm semester, ampunilah aku, buangkanlah penyakit hatiku, sucikanlah ia, buangkanlah kelemahan dalam diriku. Malam tadi aku bermimpi sesuatu yang tidak biasa. Mungkinkah syaitan, jangan terkesan dengan tipu daya Iblis Laknatullah. Ya Allah lindungilah aku.
Ahad 10/04/11 
Alhamdulillah, dah lama tidak buka buku hijau ini, akhirnya buka juga. 08/04/11 jemaah kami tiba di Surau Kampung Kota. Kami Khidmat bersihkan surau. Sedih melihat keadaan surau yang tidak tiada jemaah. Surau tidak hidup, yang hidup adalah cicak yang giat membunag najis saban hari. Rasa seperti kampung ini tidak berpenghuni. Kampung ini terletak disebelah Sungai Perak. Bentuk surau ini seperti rumah kampung. Surau disebelah atas dan tempat masak dibawah. Syukur Ya Allah kau tempatkan kami ditempat sebegini, dengan ini dapat kami menghidupkan suasana surau yang kian sunyi. Tadi aku bayan Asar, 2nd time. Syukur Alhamdulillah, aku diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk berkata-kata. Azam aku bila Allah S.W.T memakbulkan doaku maka akan aku sebarkan agama dengan tangan, lidah dan hati..... Pukul 5.45, aku mahu minum petang. Bye.

Khamis 14/04/11  
Alhamdulillah, sudah lama tidak buka buku hijau akhirnya buka juga, aku tertinggal catatan selama 3 hari. Sekarang di bahagian bawah surau. Surau ini sepi, sedihlah, yang bestnya tepi sungai, sejuk mata, hati apabila apabila melihat air mengalir lembut, tumbuhan hijau segar diwaktu pagi dan awan ciptaan tuhan yang memperlihatkan keindahannya. Semua hidayat Allah. Alam ini milik Allah.... Hari ini hendak bertolak pergi ke Masjid Terakhir.....






Sampai disini sahaja Diari Peribadi 40 Hari Keluar Derdakwah, ini sahaja yang dapat aku catatkan ketika keluar mencari redho Allah. Kerja dakwah adalah kerja daie, pelbagai yang aku pelajar ketika keluar berdakwah, dakwah yang mengikut ajaran islam yang sebenar, pengalaman ini sangat berharga,...


 "aku cinta Allah, Aku sayang Allah"