Sunday, December 4, 2011

My Research about Islamic Gold Dinar

inilah sebahagian assignment sy "tamadun islam dan asia" atau mesra dipanggil titas. sy telah membuat research dan byk membaca pelbagai article.. oleh itu sy menyifatkan ini adalah pembelajaran sepanjang hayat. utk kita sama2 berfikir. ini adalah sikit drpd sy.. hanya sekadar pendahuluan... saya muhammad shafiq b. mohd khairulazman, no.pelajar 2011839454 mengucapkan terima kasih kpd yg sudi membaca entry ini =)




 PENDAHULUAN
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
 _____________________________________________________________________________

Dinar emas adalah syiling diperbuat daripada emas tulen seberat 4.25 gram emas 22 karat. Harganya sudah tentu bergantung kepada harga emas mengikut harga pasaran emas dunia. Dinar emas adalah satu instrumen pelaburan yang sah dan mampu memberikan  pulangan yang baik selain sebagai kaedah urus niaga atau penggunaan kepada pelaburan lain. Selain bebas daripada unsur riba, ia menjadi instrumen pelaburan terbaik kerana sifat emas itu yang merupakan satu komoditi amat bernilai dan boleh didagangkan di seluruh dunia.
________________________________________________________________________________
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam.

sejarah

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam . Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar  telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram




Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.




Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas  sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.




Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

_________________________________________________________________________

KESIMPULAN 

Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. “Terfikir x”?? semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi x pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan “inflasi” selalu dgr... atau inflasi ni lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku????…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini

*sikacakkacak

Monday, November 28, 2011

Rugby as part of my life~ (Ansara Rugby Tournament 26-27/11/2011)

weh baca entry ni dgn gumbira. wlupun muziknya sedihh. dgn gumbira tawww..HAHA!
oren yg lukis =)
Dragonfly ni nama Team Rugby MRSM Kepala Batas... aku n kwn yg lain yg kacak dan bergaya adalah Alumni MRSM Kepala Batas . ini lah team rugby kami dari form 4 hingga lah form 5. yeah hell rugby.




 Team DRAGONFLY MRSM KEPALA BATAS  08/09
ini masa kejohanan Ragbi Peringkat MSPP, nk tahu mana paling star giler khinzir??? yg sebelah kanan sekali tgh duduk tu ha. nama dia Buncho =) haha *gurau3




 1ST YEAR KITEORG JOIN ANSARA GAME 
1st time join game ni. x beberapa menyerlah. tp still ok. still masuk peringkat perdana (top 8)




2nd time Join ANSARA
2nd time 2nd year main ansara game. time ni aku x main ngn team batch aku. aku main ngn team senior. HAHA. suka hati aku lahh nk main team ape =)
team senior dpt masuk quarter final. kiteorang johan kumpulan.
team batch aku masuk semi cup/perdana. woot2!





last time bawah 23 tahun Ansara game Nov
weh dekstop tu =)
tah lah. aku rase Ansara game yg Nov 2011 ni yg paling best.haha xtwu la kenapa. 
team ni pd hari pertama menduduki ranking top 5. ranking ke-4 drpd 16 team yg bertanding. 2nd day adlh hari terakhir kejohanan kiteorg dpt masuk semi. then ada 1 team yg lyk masuk final tarik diri. so kira kiterong 2nd place peringkat temenggung/plate. haha serius game 2nd day ni mmg awsome. lg2 masa lwn ngn SHOBA (High School Setapak). kalau x dah menang. 2 try kiteorang x disahkan. hmm xpela referee tu pun manusia. dia xnmpk xbermaksud dia x buta..hak3

Azam aku, aku nk tingkatkan prestasi, nak join byk game. tp xtwu aku dpt x main lg taun depan. tp apa yg pasti aku nak kemenangan. wish all the best for next year. next year kita johan weh! =)

-sikacakkacak-
sbb sy kn charming n available

Tuesday, November 22, 2011

shafiq : mimpi indah (2)

Tujuan sy tulis entry ini supaya memori dan mimpi indah ini tidak hilang dalam ingatan. supaya sentiasa menjadi penyejuk dan teman hidup sy. =) *mimpi juga adalah makhluk

suasana hujan, hujan yg renyai2. mlm tu aq baring dikatil ditilam tempat aku biasa berbaring . dalalm bilik aq. atas tilam dan katil aq. aq rapatkan katil ngn roomate aq. sebab dia ensem.haha gurau3. xde la. sebab kalau aq takut aq bole terus melompat atas dia.haha again aku gurau je =) . mlm tu mmg aq kosong... aq xtwu nk buat ape. sejak kebelakangan ini aq kurang focus. aq susah study. aq pn keliru dgn diri aq. kenapalah aq ni. aq sentiasa rse nk enjoy n eppi2.hmmm, mgkn sbb pd usia ini hidup aq agak lain dr kebiasaan org. xnk ckp la mcm mane. juz ckp hidup ini lain =). mungkin sbb itu aq perlukn sesuatu. sesuatu yg bernilai dan berharga. 

Ahad 20/11/2011- serius tarikh ini menarik. lps aq taip tarikh tu aq cm terkesima. "wouu!" x sangka or terfikir pun sblm ni . special =) . dan tarikh ini juga aku mimpi sesuatu yg istimewa, sesuatu yg indah. besttt dowh.. =)
ceritanya mcm ni aq ade suka someone ni dah lama. then aq tried to approach dia, aq suka dia dlm senyap2. byk mende aq stalk psl dia.haha aq twu dia xsuka aq n aq xlyk utk dia. tapi aq sabar, aku tggu dia. lama.den bila tiba suatu masa aq ckp aq suka dia. tapiiiiii.... respons yg pu**mak yg dpt. dlm hati aq masa tu "kau ckp baek2 xboleh ke" xpe aq sabar. i try to forget all the things about dia. (ceritanya panjang lg, kalau aq cter da bole buat novel.haha) mula2 mmg susah. serius aku kata. susah sgt. sebab aku da syg dia dan its smtg hard to forget. aq belajar dari hidup aq cuba lupakan apa yg dia kata, aq cuba lupakan dia. tempoh yg panjang ini aku seakan2 mula sedar dalam hidup. 

"Sayangi org yg menyayangi kamu, jgn dikejarkan org yg meninggalkan kamu sedangkan dibahu kamu keciciran sesuatu yg berharga iaitu kasih syg insan" 

so the story is sound like this la =) mlm tu aku baring atas katil. tgk sblh, roomate dah pengsan. dah tidur dah. dia tidur x igt kita pun.hoho shafiq pun lama2 tertidur dan tidur. dan ketika itu datang 1 mimpi. org yg selama ini yg shafiq fikir shafiq dah lupakan dia dtg dalam mimpi itu, dia duduk sebelah shafiq, dia duduk sebelah kiri shafiq dan dia senyum. nmpk wajah ceria dari dia, dan latar belakang mimpi itu adalah putih semua. sekeliling dia dan shafiq putih. menggambarkan sesuatu suasana dan tempat yg aman. masa itu hati shafiq tergerak utk hold n pegang  tgn dia. n know what. shafiq hold the hand. tapak tgn dan jejari dia shafiq dpt rasakan. masa itu  juga shafiq merasakan suatu perasaan yg sejuk muncul, jiwa ini sejuk dan indah, shafiq merasakan dia dpt menerima shafiq. menerima hati ini  lepas perasaan itu  muncul shafiq rasa bahagia dgn dia. dan seakan2 sy nk terus berada dlm situasi dan pengalaman yg begitu. *xnk bgn dari tidur =) . tiba2 ! roomate pergi gerak pulak. sebab da pkul 7. ayooo! kacau line la lu..hooho dia kejut bangun tu shafiq xbergerak pun, juz bukak mata den tutup mata balik..haha kelakar. can u feel dat? semata-mata xnk miss dat dream.  uollz have to experience this enjoyable moment. walaupun dia sekadar duduk disebelah shafiq. tp itu adalah sesuatu yg amat indah. mimpi itu sekejap tetapi perasaan yg dirasakan lama. sy enjoy the moment, sy happy, sy bersyukur kerana mimpi ini dtg ditgh hidup ini. kebahagian memori ini sesuatu yg bernilai dan tidak mungkin akan shafiq lupakan. 

pernah tgk cter "I am number 4" ? kisah seorang alien ( hero =] ), yup "seorang" alien sebab dia alien yg mcm manusia. kira manusia lah, tapi alien.hahahaha paham2 je la. dia berasal dari suatu planet *dah mcm cter superman.hehe dia(alien) hanya akan jatuh cinta pada seorang shja. semua kaum dia hanya akan jatuh cinta pd seorang shaja . dan aku rasa mungkin aku mcm dia.haha *kecuali yg bahagian alien tu la, aq manusia ok..hoho pedili ape aku nk jd hero gk.hahak ternyata dia masih dalam hati shafiq. dan mungkin cinta shafiq hanya dia.  sy rinduuu sgt dia. mungkin suatu hari nanti dia dpt terima shafiq ataupun shafiq dpt lupakan dia..... buat selama2 nya... hopefully dia bahagia bersama org tersayang. sekian dari 

sikacakkacak 
* sbb sy kn charming n available =)



Saturday, November 19, 2011

Pahit & Manis

kehidupan ,cara hidup, sejarah hidup ,pengalaman hidup, keperitan, kesakitan dan kemanisan hidup pada setiap insan adalah berbeza. hidup memberi makna memberi dugaan dan menghasilkan tangisan. apabila hati hiba, jiwa ini bergenang dgn air mata hati, seluruh tubuh sejuk, hujan air mata hati mula menyongsang arus cuaca atma, namun tiada tangisan air mata jatuh walau setitik.hanya hati merintih perasaan, merintik butir2 air mata hati. mulut tertutup ,sepi menghimpit hati ditengah  adakalanya masa itu adalah masa sedih, adakalanya masa itu adalah masa gembira masa seronok, gunakan lah masa itu dgn sebaik2 yg mungkin. pergunakan masa yg ada dgn sebaiknya jgn difikrkan masa2 lampau atau masa yg bakal datang yg akan menjadi bahagian hidup kita. enjoy the moment, nikmati masa yg ada bergembira lah dgn apa yg ada.  sayangilah org yg menyayangi kamu. kasihi dia. jagalah hati, gembirakanlah dia. sesungguhnya dia adalah sesuatu yg indah yg diciptakan utk kamu. yg membahagiakan hari2 mu dan setiap detik ygi dihembus. dialah permata hidup, permata hati.  
Terima kasih n tq tq tq kepada org yg telah menceriakan hari2 ini, entry ini adalah utk mereka yg telah membuatkan sy rasa betapa hidup ini bermakna. saya bersyukur. tanda cinta, saya tiupkan angin selembut belaian kasih dan sayang dan saya tanamkan mawar merah dalam hati ini semoga mereka kekal dlm ingatan.   ♥  -A-
Sedetik Lebih
Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Sunday, September 25, 2011

shafiq : MC

aku xnk study weekend ni so, better aku menulis...haha hmmm, ada satu mlm minggu destinasi siswa (MDS) ada masa tgh rokol sorg brother ni tny dekat smua org, saper nak jd MC utk esok... masa tu xde sape agkt...den bila da lama2 xde org agkt aku pun pergi la berani kan diri ckp ngn brother tu sy boleh jadi MC . aku cuba beranikan diri sebab aku cm tercabar sebab masa rokol lepas ada abg PM tny sapa yg suara kuat boleh menggantikan cheerleader kolej kami ni.. masa tu aku mmg cm nk klua sebab suara aku mmg agak kuat la..hhah tp aku cm xberani.. tetiba ada sorg gentleman ni kluar g depan ,dia volunteer jd cheerleader sbb kiteorg da asik kena marah maki ngn PM. so aku cm freeze... sh*** berani giler... so, aku pun tercabar dan aku pun rasa kagum ngn budak tu. such a gentleman...hahaha dia juga menjadi inspirasi bagi aku utk volunteer   MC..=]  lepas minum mlm aku g bilik PM utk cuba baca skrip.. aku masuk je jeng2! da ada org lain pulak yg nk jd MC..lepas aku masuk tu ada beberapa lagi manusia ni masuk nk volunteer jd MC... sh*** jgk korg..td x berani nk volunteer... so,kenalah audition.. haha aku org pertama bc skrip tu. disebabkan da lama aku xjdi MC so aku terbaca skrip dgn mulut yg tertutup...(paham?) haha... den bila org 2nd n third g test baca skrip tu den aku rasa cm tercabar. masa org  ketiga baca ada beberapa plak manusia ni masuk kata dia pun nk jd MC..haish korg mmg potong line...hhe~ kenudian PM2 ni pun berbincang, tp xde keputusan lg..so dorg test 2nd round punya... 2nd round ni aku baca last skali... seb baek skrip tu ada pantun skali, so senang sikit bg aku sebb dulu aku pernah masuk pantun zon semenyih competition, dpt 2nd place. so intonasi pantun ni aku mahir sikit la...bukan nk bangga tp reality ok..haha kali ni aku baca dgn mulut yg terbukak seluas-luasnya sbb aku xnk kalah..aku nak menang.. tu la sifat aku..aku x suka kalah... sorry la kalau nk kalahkan aku..haha den keputusan mlm tu....tarraaaaa! abg2 PM pilih aku jd MC...YES! aku xgiler kuasa atau nak market bila jd MC tp sbb aku tgk org lain boleh buat ni buat tu jd cheerleader la, xkn aku xbole... 

esoknya pulak keadaan back stage cm kelam kabut ada percanggahan sapa nak jd MC n waktu MC pukul bpe. aku tggu lama kt belakang tu den kena buat audition lagi...aiseyman... smua 4 org MC tapi PM nak 2 org je.. blar blar blar.. aku n sorg girl MELATI ni dpt jd MC... YES! aku menang lagi..haha aku igt aku jd MC ptg tu tp rupanya pagi tu jgak... so PM2 pun terkejar2 buat skrip... korg nk twu x... 2 saat sebelum aku kluar naik atas pentas baru skrip MC tu siap... den skrip MC tu mmg OMG...haha penuh dgn tulisan, arrows, conteng2, cancel dan percanggahan informasi...haha mula ada yg kata u kena baca line ni, tiba2 xpyh baca plak...den kena cancel line ni...den kena baca balik plak line tu... pastu kata xpyh baca yg ni...tiba2 kena plak baca yg itu..smua kelam kabut n mcm jam, smua berpusing2..kejap itu la ini lah.. daripada MC text yg putih dan suci tu sampai la jd cm gini...hak3 ce korg tgk ni gmbr bwh ni MC text page 1 and 3... 






nasib baek aku cool n steady... dpt je MC text ni terus naik pentas dan........... "Hadirin.... Mengumumkan...."
spontan n relaks =) tapi a bit nervous tu still ada la time tu... alhamdulillah smua berjalan ngn baek cuma masa time2 akhir2 tu ada mslh ngn mic... overall awsome =)

Wednesday, September 21, 2011

shafiq : My Eka

aku ada seorang adik perempuan. sebagai seorang abang begitu byk  tanggungjwb perlu aku pikul dan laksanakan. aku syg adik2 aku. dan aku nak mereka berjaya. belajar mcm aku dan lebih bagus dari aku. abg tahu hidup kita x mcm org lain. i juz want to say "i love u all"... telah byk aku usahakan utk korg. aku harap korg faham. dan aku nk korg terus berjaya. abg nk korg ada hidup sendiri kehidupan bahagia yg membayar  masa silam. kehidupan yg diukir melalui tgn kasih sayang. tgn sang pengembara masa.....  kalau nak tahu, abg x suka kita hidup mcm ni. tapi ini takdir kita dik. abg syg korg. dan korg ada abg. abg nk korg fhm. abg kadang2 selalu mrh2. selalu buat korg bengang mulut jahat, kdg2 kaki tgn sampai naik. abg mintak maaf sbb kdg2 abg panas baran. darah muda darah org main rugbi mmg mcm ni.hehe sorryyyy... bukan apa abg nak korg belajar dari hidup..abg nk korg berubah... jadi yg terbaik... dik bila da berkeluarga hidup la dgn bahagia. jgn spoil evrthg mcm mane hidup korg di"spoil"kan. jgn ikuti kesilapan org terdahulu. jgn simpan dendam. abg selalu doa kebaikan korg. dik, dgn ilmu sahaja kau akan berjaya, akan bahagia. dik wlupun hdup 10 tahun lalu dan kini penuh dugaan tapi kita tetap tabah. kita mampu tempuhi. kita kuat dik.  abg mmg x tunjuk rasa kasih dan syg abg pd korg. tapi abg nak ckp abg saaayyaaang sgt korg. abg ada 5 org adik. 4 laki dan 1 perempuan.

 eka..... abg mintak maaf sgt, sebab abg x jaga eka.... bila jd mcm ni baru persaan serba salah tu muncul... bukan dulu abg x peduli psl eka, bukan xkisah, bukan x ambil berat, tapi doa abg yg menjadi bukti segala. doa la bukti kisah bukti abg jaga eka,,,dari dulu lagi abg mmg ada future plan utk korg... skrg mmg xnmpk.. tp in future korg akan nmpk .. percayalah... abg hnaya mampu usaha, Allah s.w.t yg tentukan... apa2 terjadi adalah ats izin Ar-Rahman....eka...dah, jgn buat kesilapan lagi... hidup eka masih panjang... nikmati lah masa2 yg indah... jgn dikerja org yg tidak menyayangi kita,  eka.. abg syg eka dr dulu lg... abg syg eka sgt2.. eka adik abg.. abg x pernah lupa... eka.. mulut abg mmg jahat, tapi hati abg baik... eka... abg nk suatu hari kita tinggal sama... abg xnk kita berpecah lagi.... abg xnk keluarga kita berpecah lagi..sorg kt sini sorg kt sana... eka... kalau abg da kerja ada kereta abg nak bwk eka jln2... bwk adik2... kita adakan hari2yg indah yg dulu yg patut kita jalani bersama... hal dulu kita lupakan, lupakan kehidupan dulu,... biarkan org yg x kisah psl kita tu... abg kisah psl eka...nanti da besar da kerja abg nk jaga eka... abg nk eka ada kehidupan yg lebih baik dr abg.... abg x kisah kalau abg x happy..aslkan eka happy.. eka.... eka sorg je adik perempuan abg.. abg xde adik perempuan lagi... abg nak pesan... jgn percayakan lelaki, jgn cepat terjatuh... jgn terperdaya dgn tipu lelaki... abg nak eka bahagia.. pilihlah calon suami yg terbaek..fikir masa hdpn... abg xnk korg smua hidup mcm kehidupan dulu dan sekarang....belajar serius dan sungguh2... cuba yg terbaik... eka... abg xtahan la, abg sedihh sgt... kenapa kita smua mcm ni... kenapa org lain boleh miliki sebuah keluarga yg bahagia tapi tidak bg sebilangan org... setiap kali abg fikir korg abg akan mengalirkan air mata.. abg kesian tgk korg.. abg kesian tgk eka...  eka jgn risau abg akan sentiasa disisi eka... kalau ada pape msg la abg...abg syg korg semua n abg syg eka...
"walaupun airmata ini mengalir dgn laju aslkan ia menjadi penenang bagi diri abg" 
ni la sbb alasan abg tny biodata eka.. sbb abg nk tulis blog psl eka sikit.. ni juz permulaan je...hhe eka... nama eka hampir sama mcm abg.. hha 


sorry aku cilok gmbar kau kt fb...hehehe

Nama : Nurul Shafiqah
bufday: 09/02/1994
warna ketersukaan : purple...hHaA
makan minum : sup cendawan & tomyam / air suma & teh ais
kerja : "dia kata nk kerja dgn gov...haha xtaw la kje ape..kalau sapu sampah pun dgn gov...hehe"
hobi :dgr radia n baca buku
kata-kata : yesterday is yesterday, lives today, tommorow is better dan today...haha aku ubah sikit sbb da terdelete msg kau..haha 
abg dia : Muhammad Shafiq =)
n kalau nak ngorat kena ngorat abg dia dulu..hehe

so, inilah daripada abg shafiq... seorang yg kejam dan jahat...tapi hati suci je..haha
abg ketua keluarga.. abg kena jaga ummi,eka dan adik2... abg nak korg bahagia. abg akan cuba yg terbaik... abg xnk kita  hidup dgn gelumang butir2 air mata. solat jgn tinggal n selalu berdoa ok.
dan yg terakhir dik, 
"selagi meniti masa selagi itu usia meniti dewasa"
kita renung2kan

*sekian daripada ABANG eka =)

Saturday, September 17, 2011

shafiq : 17/09/2011 - saturday

aku selalu tulis entry mende yg berfaedah. tapi tah knpe kali ni cm saje nk tulis2.
8.00 am
tadi ada kokurukulum.perjumpaan pertama. rmi kot sesak2 naek bas. aku pun lmbt sampai.
den smpi je kt pdg kawad ktorg tros kne berlari. letak beg dulu den beratur dlm line. kira berkawad la... masa beratur aku rasa happy sebaaaabbbb.....[some text missing]...haha =) aku minat dye..haha den berpecah aku terkial2 cari platun kesatria negara sebab aku tukar drpd bantuan p'tolongan cemas. baik amik kesatria sebab 1 sem je. next sem aku da bole main sukan. x kesah la apa2 pun. kalau rugby kt uitm s.alam ni aku ni da ibarat mcm semut.y lain tu semua gajah. star kot dorg. aslkan aku dtg latihan sudah. atleast aku da peluang lagi men sukan antara fakulti (SAF). 
den balik mkn kt seksyen 2 ngn adam,sabry n along. pastu balik bilik sidai baju den tertido, dgn tuala je aku pki.  haha pastu aku mimpi mende pelik.seram pun ada.. mimpi hantu.cm %!##@$&@  aku igt lagi dlm mimpi aku siap baca ayat kursi,al fatihah pe bagai semua tp x mati2 gk hantu tu.. last kali aku kena attack ngn antu tu pap! terus tersedar. giler tragis.hehehe den bgn mandi tgk cermin. bpk ar jerawat! d***yuh. urghh. hak3 den g pkns sorg2 beli brg keperluan. aku da biasa gerak solo2. nak buat mcm mane hidup aku mmg solo je. so terima je la.. kalau ada org t'syg da lama aku ajk. skrg tgh mencari jugak la ni...ceh2.. haha pastu balik trun bwh tros on9 dan lastly tulis entry.. =)
aku suka buat org happy dan aku nak korg happy...chill =)

Friday, September 16, 2011

shafiq : UiTM dan EH222

kini aku berpijak dibawah lembayung dunia realiti Universiti Teknologi MARA. maknanya kini aku berada dan belajar di UiTM. sebuah Universiti yg dimana mahasiswanya menjadi rebutan. EH222 adalah "eh! dua ratus dua puluh dua"..ceh2..gurau je..EH222 adalah kod kursus aku. Chemical and Bioprocess Engineering. sekarang aku br sem 1. aku pun br masuk ni. rmi kwn. n aku mulakan hidup baru disini. melalui dorongan hati yg keras yg  x bisa aku tangis. kehidupan bersama rakan2 adalah kehidupan yg paling menyeronokkan. kehidupan yg byk mengajar aku. yg membuka ruang senyuman diwajah seorang insan. iaitu aku. azam aku pada kali ini aku nak belajar sungguh2. aku nak mencari dan memperoleh kehidupan yg aku impikan.aku amat menghargai org. aku empati. aku suka buat org happy. dan aku nak korg happy.

THE END 

Thursday, September 15, 2011

shafiq : CAPITAL "A"

16 Sept 2011 :: 1.45 A.M

telah aku letakkan harapan pd hati ini. namun tiada apa cuba menggapainya. apabila aku letakkan harapan pada cinta. cinta ini sering kali membawa aku jauh meninggalkan realiti hidup. siapa aku tiada siapa yg tahu. aku terus hanyut dlm dunia melodi hati . dunia hati yg memelodikan muzik ini. aku sepi tanpa seorang insan,  insan yg mampu membahagiakan hari2 ini. hari2 yg aku lalui tanpa sesiapa. hari2 yg aku lalui dgn kekosongan.

  CAPITAL  A

*aku selalu pandang2, sebab aku harap kau faham, dan goyang2kan kaki bukan bermaksud faham..haha =) 

 i hv a lots of story of ma life to share about, n ma life as nt good as u think 


PEACE uollz


p/s: jgn nk kerek bile da baca entry aku. sekian

Saturday, September 3, 2011

Aku Ibarat Kabus Pagi

for sure rmi akan smbg blaja den aku pun sama.. dan tetiba mlm2 yg boring dlm suasana sepi mlm ilham dtg menerpa memaksa aku utk berkarya... so, aku saje tulis ni... think positive, positive visual n chill guys =)

Kala pagi nan limun,
Semilir bayu berarak lalu,
Menghembus pawana memuput daku,
Meniti mergastua satu persatu,
Mendamaikan buana menggamit kalbu,
Pantas berlalu,
Sebangat waktu,
Bagai impianku,

Aku,
Ibarat kabus pagi,
Disongsang angin bertiup pilu,
Mengembara tanpa jemu,
Kulewati lurah gunung laut membiru,
Demi menggapai impianku,
Berjaya ke puncak menara batu,
Menggenggam watikah menunai citaku,
Menjadi belia intelektual berilmu,
Membalas dewa dewi pertiwi hatiku,

Aku ampuhkan diri,
Memayungi hujan sinar matahari,
Segera ke menara hati,
Menunai harapan merungkai janji,
Menjunjung agama mengibar panji,
Wawasan ku julang mahmudah melewati,
Kerna ku percaya,
Malam akan berganti hari,
Pagi setia menanti,
Untuk ku mengejar impian diri
Bersemayam di singgahsana kejayaan abadi,
Impaknya pasti,
Aku bisa berbakti,
Pada agama dan pertiwi hati,

Kerna diri ini,
Kabus Pagi..........

MY GENIUSISLAM BABY

1 yg korg kena tahu psl aku ialah aku teringin sgt nk anak... I WANT A BABY!!!...GIVE ME A BABY HONEY!!!... YEAH2!!..UHH2!!..AHH2!!!..OHYEYYY!!!..
kalau nak twu sejak umur 15 taun aku nak anak... keinginan yg "SUPERDUPAPOWERINFINITY" ....kerana aku mahukan kehidupan bahagia aku sendiri yg diukir melalui tangan pinjaman Ar-Rahman dan Ideologi sendiri..  Jika teori Darwin dipanggil Darwinism maka teori aku dipanggil "Shafiqnism" [BEWARE! 18SXXX].. and if Darwinism is a set of movements and concepts related to ideas of transmutation of species or of evolution. then  Shafiqnism is a set of movements and concepts related to ideas of Islam and Genius. tadaaaa!.. bunyi mcm scary tp actlly aku  mahu menjadi seorang bapa yg Misali dan pemimpin keluarga...aku nak bagi yg terbaek kepada my family. dat's wht ppl call Father... =) 

then, uollz kena tahu ini kalau Malaysia ada RMK rancangan malaysia ke***...den aku ada RSB Rancangan Shafiqnism Baby...baby baby baby ohh baby baby baby ohh~lalalala.... everything for a reason . ape yg aku buat ada sebab... so, jgn la pk aku giler atau over... sebab "everything happens for a reason." So when I punch you in the face, remember I had a reason... ;) btw aku xsuka org cakap belakang... dun try me... chill =)

SHAFIQNISM

- 4 org anak, 2 boy[B] 2 gul[G]
-1st B, 2nd G, 3rd B, 4rd G n selang setahun je..aku akan usaha ..ceh2 =) [kalau ada rezeki]

-100% mother breast feeding
-LOVE n HAPPINESS sesuatu yg tidak boleh dipisahkan .ianya sesuatu khazanah hidup..bagai langit dan bintang, aur dan tebing, dan flora dan fauna
-parents communication dgn bayi amat diperlukan.
-saya akan jadi father,teacher n friend for my baby for the rest of my life, i'll be wif u, stand by ur side, honest n true, until da end of ma life i'll be loving u,loving u~lalalala =)

-smua akan bermain alat muzik.. yeah seriously! =) kerana muzik itu indah, jika dimainkan maka ia adalah karisma. jika ia karisma... 
maka ianya PERSONA..=) 
-food n nutrition sesuatu yg vital n penting bg aku. utk kesihatan, mental dan fizikal

- masa isteri aku mengandung ..dia kena buat Maths sehari 10 questions [approximately], main catur sebelum tidur, Makan makanan yg berkhasiat [exmple: multi vita n spirulina] n halal termasuk kurma,kismis,madu,susu, ikan [tanpa kepala ikan], kekacang , bersenam pd hujung minggu ,mengaji dan mendengat ayat2 Al-Quran, dan ikut aktiviti keluarga setiap bulan [dgr ceramah. qiamulail, holiday, oversea, tepi pantai, shopping etc]

- Bintang Pertama
seawal umur 2 taun dia akan bermain guitar
-5 n 6 tahun tadika islam, 7-12 sekolah islam tahfiz [tahfiz Al-Quran], then sekolah menengah islam ambil aliran sains agama...belajar Muallim 6 tahun [belajar kitab dan hadis] bergantung kpd dia.
Hopefully dia jadi seorang yg Hafiz Al-Quran juga seorang Doktor.. insyaallah

-Bintang kedua
-aku suka tgk perempuan main gitar... so, kalau bole aku nk dia main gitar =)... or mb biola
-sekolah rendah/menengah agama atau mahad
-aliran agama
- hopefully dia akan jd seorang pensyarah bidang agama ...or ustazah.

Bintang ketiga
- aku akan tny dia minat alat muzik ape... 
-den kalau nk tahu lg, aku suka dgr org bertaranum. so, dia akan belajar taranum.
sekolah rendah biasa... hopefully dia masuk boarding school bila menengah nanti.. 
-aliran sains tulen
-aku nk dia maen rugby mcm bapa dia =) [depends]
btw, know wht rugby is gentleman game. play by smarter n machosss only... haha 
n Hopefully dia menjawat salah satu bidang profesional seperti bapanya seorang bakal engineer...ahha =) *poyo.. or saintis islam

Bintang keempat
- aku suka budak2 main piano.. n kalau dia suka dia bole main piano =)
mb sekolah pilihan aku adalah sekolah antarabangsa... hmm... 
- nak encourage dia study Art n Design.[kaligrafi,khat etc]

pnjg lg tntg bintang2 ini dan aku mls sikit nk tulis... ini juz apa yg aku HARAPkan...bukan sesuatu yg dipaksa.. minat adalah "Main Subject"....ini subjet dn ianya boleh berubah. mungkin aku akan membujang sampai ke tua... only GOD knows..aite?... so, kita chill je la yee~ ....n aku terpanggil tetiba nk tulis mcm ni sebab td aku g POPULAR BOOKSTORE...dekat ioi Mall... besakk gilakk kedai tu..dlm byk2 section2 buku... government, cooking, magazine, engineering, health, classic,travel n nk tahu part mane yg aku terkesima terpandang lama2 ? part Parenting n Pregnancy!... woot2 wink2...haha 
antara buku yg buat aku mcm "beli ke xnk?" pk2 xde duit so x beli... =( xpe2 sabo An.. next time kalau masyuk giler kau beli yee~ =) .....bwh ni antara buku yg aku usha2 kelip2 mata td.haha sorry phone camera ni cap ayam jew~






inilah inilah inilah dipanggil........ "SHAFIQNISM" [genre seram]

THE END


*dan aku hanya akan bersama insan yg mulia*

[sikacakkacak]

Thursday, September 1, 2011

Dr.M Malaysian Genius n islamic gold dinar

sepertimana yg korg xtwu aq ni obses jugak la dgn Dr.M...jap jap.. Dr.M ni sape? siapakah dia?? dia adalah Dr.Mahathir. matan perdana menteri kita... dan korg kena knl sorg tokoh ni beliau adalah Sheikh Imran Nazar Hosein [SINH]. He is a leading International Islamic Philosoph, Scholar and author, specialising in world politics, economy, eschatology, modern socio-economic/political issues and expert on international affairs. He is best-selling author of Jerusalem in the Qur'an. Dr.Mahathir adalah seorang yg genius bg aku, dan Sheikh sendiri admit Dr.M's struggle against Zionism. tambahan lagi Dr.M admit dat Jews control World Economy... 

aku buat entry ni sebab aq pun da tersedar betapa pentingnya dinar emas ini in future... aku nak masyarakat especially yg remaja ni fikir diluar kota pemikiran, pandang perkara ini dgn telus... rugi dan rugi dan rugi kalau korg buat xtwu psl dinar emas ini... sesuatu yg hebat dan besar akan berlaku dimasa hadapan terhadap ekonomi dunia.. korg kena teliti dari sekarang...sebab apa... matawang kita ekonomi kita bergantung kpd AS.. ekonomi AS kini kelihatan goyah.. for sure kita x boleh bergantung kpd ekonomi negara lain..kita kena ada sistem kita tersendiri. dan bagi aku ini perlu diperjuangkan oleh kita umat2 islam pemuda2 islam... kita adalah cahaya di masa hadapan..kita bukan bersaing utk mendapat keprluan hidup sahaja malahan bersaing dgn Jews dan sekutunya..kerana ape kerana kalau ekonomi kita jatuh mata wang kita jatuh inflasi naek mmg habess..seriuss... negara kita berkemungkinan akan hidup melarat.... korg x akan merasa kemewahan hidup nanti... sorry la aku mmg x nk hidup susah..n aq pun sanggup tgk saudara islam kita hidup melarat hidup susah... jika ekonomi jatuhh negara kita hanya da simpan bekalan makanan hanya utk 6 bulan sahaja..den korg nk hidup mcm mane???

berbalik pasal Gold Dinar ni,.... nahh.. click link ni... korg tgk sendiri http://www.youtube.com/watch?v=I8gHeN_JyAs . sorry. aku mls nk taip... so kalau korg tgk video ni pun maybe da boleh faham... k la... salam mahabbah =) 
[sihacakhacak]



The kiasu and kiasi of being Singaporean

aku mcm syok sendiri nk tulis psl country2 nih. sebab aq kan da kata aq ni mcm obses sikit dgn negara... actlly bkn obses sgt la..juz minat yg mendalam dlm hal ehwal sesebuah negara... singapura menjadi tajuk utama ketika ini... lgpun korg pun twu sinagpura ni negara jiran.. dan bole dikatakan dia mempunyai keistimewaan tersendiri....meskipun singapura negara yg maju. negara yg disanjung tinggi tetapi singapura ni budaya dia tidak seperti diMalaysia. terdapat sedikit "kiasu" dan "kiasi" berlaku kpd masyarakat negara ini. 

Singapore Miss World Ris Low =)

according to former singapore Miss World Ris Low.... singaporeans are always hustling and bustling. life is very stressful, very "kiasu" (overly-competitive) and very "kiasi" (afraid of doing something wrong). lebih kurang mcm persaingan yg melampau dan mcm sekali buat salah habess... tiada kemaafan bagi mu... Ris Low ni juga adalah salah seorang drpd 25 orang yg terpengaruh di rantau Asia..umur dye 21... "even though im on holiday, there's was something stressful abaout the island republic.is it becoz its parking space is narrower than in malaysia or drivers love to honk when you r tad slow to respond to green light or the ticking ERP. kiasu mengikut kata low is songaporeans will queue up when they see a long line. "they dun know wht they r queuing up for but they assume if there is a queue there is smtg good at the end of the line" she explained. dia juga mendefinasikan kiasi sebagai "everybody covering their own backside". sinagporeans suka bercakap tentang politik sesama sendiri but they will not voice it out at another level (publicy). this advantages of being singaporeans menurut low "u cant afford to have a past. Once u hv a past singaporeans are very unforgiving"... bg aku mcm pentingkan diri sendiri la... ;when u need help everybody juz stares at u. for example, berlaku satu kemalangan dan dia (low) gave first aid to the victim.thebn she asked the uncles n unties who were watching to call 911 but nobody come forward to help.. all they were interested in was to take down the car's plate number"... sedihhh x?...haha hal yg sama juga berlaku kpd dia pd tahun lepas, a man pulled down low's strapless dress while she was in taxi queue. "i asked for help. but nobody helped me n da man managed to run away.i felt like a fool. like digging a hole n burying myself so that i would juz die".... 

sangaporean are too caught up in their  own world, always vying for money n status.they lost their heart.. menurut low lagi..ada sesetengah rakyat singapura yg langsung tidak menghargai pertolongan... contohnya " i once tried tried to help an old lady cross the street. i offered to carry her shopping bag becoz they looked heavy n she looked frail.but she scolded me coz she thought i wanted to steal her shopping bags. it was so embrassing".. tetapi bukan semua singaporean mcm tu..mungkin sesetengah shja... she hope dat singaporeans will stand up for their own ppl, it very sad dat they r stepping on us to make themselves taller. as she said... mujurlah malaysia tidak sbegini....apa2 pun Ris Low ni tetap gorgeous.. haha =0

selain itu terdapat juga advantage of being singaporeans..the big one..haha passport mereka x perlukan visa utk melawat negara lain, with a look dat could be described as "WOU" n "BOOMZ"...haha... hmmm...sampai sini sahaja la kot..aku pun da penat taip ni sampai juta kali typo...hak3... aq nk ber'fb' sebentar... hv a nice day...hv a good dreams.. sweet dreamss... lolipop dreams... teddy bear dreams n wet dreamss...haha!...tataaa~ =)

Malaysia Singapura Russia dan China

Shafiq mcm terbawak utk tulis sikit isu tntg negara2 ni.. sbb shafiq ni obses dgn negara. ini adalah beberapa negara yg tiba2 muncul dlm otak aku... ini ape yg aq tahu dan nk cter kan sikit psl negara2 ni...k

MALAYSIA

malaysia ni bg aku xde la superb sgt... x meng"impressive" aku sgt la... xtwu knpe..tp aq bangga menjadi rakyat malaysia.. tetapi dgn wawasan 2020 yg diilhamkan oleh matan perdana menteri kita DR.Mahathir kelak malaysia akan menjadi sebuah negara yg maju dan disanjungi menjelang 2020... tarikh ni mmg aq tggu patriotik sikit la kan..haha Dr.Mahathir atau nama manjanya che det byk melakukan transformasi dimalaysia.. beliau disifatkan sebagai pemimpin yg unggul..bg aq genius... tgk putrajaya? tgk KLIA.. tgk twin tower... n xlama lg iskandar malaysia..semua ini ilham dan idea dr beliau. wlupun sudah sedekad meletakkan jwtn PM, tetapi pengaruh belaiu masih kuat..terutamanya dalam PROTON dan PETRONAS. politik jgn citer ah... sini x maen politik ok..haha hakikatnya beliau seakan akan masih memerintah malaysia..seriuss aku kata... ini pendapat aku lah... kalau ada ape2 dlm artikel ini yg korg x suka bole pergi mampos la... ape aq kesahh.haha  tapi tapi kalau ada yg SALAH sila tunjuk ajarku sifu!...=) hmmmm.... malaysia mmg ketagihan pemimpin yg dpt memacu negara ini seperti beliau... ha!... ini aq nk sebut psl seorg lagi pemimpin.. iaitu ANWAR IBRAHIM... [ini pemimpin bukan nk cter politik ok] mungkin sebaek2 pengganti Dr.M adaalh beliau.. mungkin ok..=) .. beliau hanaya menggunakann rakaman video yg beberapa minit sahaja utk meyakinkan china dlm hal ehwal perdangan ayam.. hasilnya, perdagangan ayam antara malaysia dan china melonjak naik... tidak perlu seperti menteri lain yg kne buat kertas kerja,lawatan, itu ini yg memakan hari. hasilnya TADAK papa pun... bg aku lahh..kn kn.. bg aku lah.. A.I ni lebih bgus dr Najib... najib yg kelulusan ekonomi industri pun xdpt buat mcm Anwar yg kelulusan pengajian bahasa ni je... anyway.. malaysia sekarang negara yg makmur aman dan sentosa... 

SINGAPURA

... singapore salah satunya ,sebab singapura adalah negara jiran dan negara yg termaju di asia tenggara. ini menjadikan singa-pura negara saingan malaysia [tanah tumpah dara ku]. tetapi singapura bukan favourite aku... singapore adalah sebuah negara yg bg aku byk menyimpan rahsia bg aku lah..dalam soal ketenteraan dan kekuatan pertahanan mereka xtidak jauh beza dgn malaysia..meskipun malaysia negara yg lebih besar .. di singapura lebuhraya bole terbelah utk membenarkan pesawat pejuang dilancarkan.. mereka kekurangan tanah kerana negara sebuah negara yg kecil..lebih kecil drpd selangor .. merka menyimpan jet pejuang, misil , diluar negara, mereka mempunyai markas ketenteraan diluar negara. dek kerana keluasan tanah yg terhad. tapi org kata kecil2 semut api besar2 kerangga pun gigit x sesakit semut api. kecil tapi berbisa. hanya singapura negara yg maju di asia tenggara. negara lain masih dikelaskan sebagai negara membangun. malaysia sendiri adalah negara membangun. singapura mencapai kemajuan sebegini atas pengaruh sesorang pemimpin yg berwibawa dan pada aku beliau adalah seorang yg genius. pemimpin itu adalah lee kuan yew. sepertimana yg korg tahu singapura negara yg kecil. so, infrastruktur smua mestilah bertingkat dan tanah pun tidak cukup.. apatah lg dgn populasi rakyat yg mencecah 5 juta.sinagupura adalah pusat kewangan terunggul dan sebuah bandaraya global yg memainkan obligasi yg vital dlm kwangan & perdagangan terunggul didunia... pelabuhan mereka adalah pelabuhan ke-5 tersibuk. korg pun blaja sejarah psl opelabuhan intepot tu bagai smua. singapura kn terletak dibahagian selat johor.. kawsan strategik utk kapal berlabuh.... negara mereka byk mengatasi malaysia dlm beberapa perkara. tetapi malaysia tidak kurang hebatnya. atleast kita guna air yg bersih air tawar mereka menggunakan air kumbahan yg telah diproses.. utk pengetahuan korg singapura membeli dan menggunakan sumber air di malaysia sebagai kegunaan harian serta domestik.. tp yg aq xpuas hati malaysia menjual gelen air ini dgn harga yg murah murah dan terlalu murah. matan perdana menteri kita yg unggul DR.Mahathir mohamad telah berusaha dlm isu air ini, tetapi menemui jln buntu.. mungkin kita ada perjanjian dulu2 dgn british..kalau x silap aku.... mana x nya sumber air kita sendiri yg kita guna ini kita byr kepada syarikat bekalan air dgn 3 kali ganda harga air yg di bayar singapura.[ mungkin lebih]. kalau x silap aku la..haha...  setakat ini tiada pemimpin yg dpt menyelesaikan isu air ini... wlupun singapura negara rasmi agama islam tetapi ada beberapa sekatan yg dilakukan terhadap agama islam. seperti tidak boleh melaungkan azan subuh dgn microfon.. hanya laungan di dlm masjid sahaja dibenarkan.

RUSSIA

  russia adalah negara favourite aku..haha sbb aq kagum dgn russia dgn sumber manusia dye dan pentadbiran dye.. korang perasaan x psl informasi atau hal ehwal semasa dye kurang mendapat liputan media.. sbb russia x mengamalkan dasar terbuka mcm amerika. russia adalah negara terbesar didunia. russia byk melahirkann generasi yg versatil bagi aku.. budak sekolah budak universiti pun boleh jd penterjemah bahasa utk menteri2 semasa world conference apa bagai smua. rusia juga adalah negara favourite aku... tp kes di chernobyl dulu amat menduka citakan.. di russia juga islam sedang berkembang dgn pesat dan pantas.. dlu aq ada baca sebuah buka mengatakan populasi umat islam di sana adalah 1/5... means dlm 5 org russia salah seorang adalah islam kebarangkalian [probability].. ni sekadar nisbah je... diharapkan satu hari nanti russia bukan lg negara komunis tetapi sebuah negara islam.. itu yg aku hrpkan.. 

CHINA

china adalah sebuah negara yg mempunyai jumlah penduduk paling rmi didunia dgn bilangan1.34 billion penduduk beb... di china 1 family x boleh lebih drpd 2 org anak.. kebiasaan org china mahukan anak lelaki.. so kalau dpt anak perempuan muka mereka akan berubah wajah.. ada sebilangan sanggup menggurkan kandungan setelah didapati jantina anak adalah perempuan dan ada yg sanggup menjual kerana wang dan bg menutup aib keluarga... hakikat hidup dichina korg gagal tiada kemaafan.. seperti nasib salah seorang athlete gimnastik yg pernah beraksi di kejohanan dunia [olimpik], dia mengalami kemalangan semasa latihan serta mendapat kecederaan yg kekal, dimana dia tidak dpt beraksi lg.. di china beliau tidak diterima lg didalam sukan ini dan kerana kecederaan dikaki beliau semakin parah beliau tidak dpt berjalan... dan beliau kini hanya sekadar mengemis dijalanan bg menampung keluarga.. kita beruntung di malaysia wlupun kita susah tetapi tidak seperti mereka di china hidup melarat.. bersyukur dgn agama kita kerana org susah di bagi zakat.. jika dahulu negara yg ditakuti dann digeruni AS ialah Russia, tetapi kini negara yg menjadi ketakutan dan persaingan AS ialah china. bak kata mereka kalau hantar sejuta org tentera mereka then mati pun dorg x kesah...haha hubungan china dgn AS pun sekarang tidak berapa bgos... semakin renggang dan hangat..haha ekonomi china mencatatkan perkembanagn yg baek.. perdangan mereka diterima oleh byk negara.. bagi aku negara mereka seperti kilang... pelbagai brgan byk dr china.. korang pun kekadang beli itu ini tgk2 made in china... tidak smua brgan made in china berkualiti rendah.. cuma mindset korg je kata "eeee made in china, xnak lahhh" .. persoalannya made in china tu x bermaksud kualiti tidak bagus. xguna xtwu. so, dun judge book by its cover.. =) 

PENUTUP

"buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar,  kalau salah tolong tunjukkan."

Wednesday, August 31, 2011

shafiq : Hidup

hidup penuh tekanan... sirna kaifiat menenangkan jiwa... shafiq tiada tempat utk menbingkai perasaan, tiada objek utk shafiq luahkan... hanya jiwa yg lembut akan memahami... tidak semua manusia adalah sahabat tidak semua sahabat tempat bersandar.. tidak seluruh insan berhemah dgn percakapan... kekadang kebaikan pada seseorang ibarat susu dibalas tuba dek perselisihan.. dari jiwa yg agung tiada tempat utk aku titipkan perasaan .. melayan karenah masa pancaran duniawi...  tenaga atma memaksa utk aku melepaskanya pada alam... kesakitan tiada bendungan ...pedihh ini tiada manusia tahu apatah lagi memhami... aku masih mencari sahabat jiwa.. pada mulut daripada hati sanubari tempat aku berlindung dari fitnah yg memancar, disitu tiada bahasa keluhan aku tuturkan... aku tiada manusia... utk berkongsi..... hidup selama puluh tahun ini sirna bahagia... apabila hari2 ini aku lalui tiada memori emas yg kekal bernilai dalam hidup ini, aku merasakan kekecewaan... byk memori indah seakan lesap kedalam lubang hitam. apabila memori indah ini hanya dikelilingi kehitaman memori.... bagaikan ada pusaran hitam sekeliling binaan  memori. pusaran yg memamah ketawa dan senyuman... hmmmmmm.... hidup penuh kegelapan... tiada cahaya kebahagian dtg menerpa....memori pahit, kenangan hitam, aku kelemahan... aku kepenatan mencari perwira... aku tandus kemenangan... 
aku..............

wahai manusia... selagi kamu meniti masa selagi itu usia meniti dewasa... matanglah dgn masa... kamu akan titi hari dewasa yg indah... sayangi org yg menyayangi kamu...jgn kamu tepiskan kasih syg manusia kerna seorang manusia yg tidak menyayagi kamu... jgn dikejar cinta dihadapan jika khazanah cinta pd bahu keciciran, sedangkan cinta dihadapan itu berjalan meninggalkan kamu. cinta manusia adalah khazanah yg bernilai... inilah bukti agungnya manusia... hargailah manusia, bahagiakanlah manusia, gembirakanlah manusia....disitu ada cahaya...cintalah org yg menyintai kamu dgn ikhlas sesungguhnya kebahagian itu ada pada dia....

[sikacakkacak]
31/08/2011 :: 11.59 p.m


Sunday, August 21, 2011

Shafiq :Complete Map To Kolej Jati [UiTM Shah Alam]

Hadekk2 : "Hmmmmmm, kolej jati?? kt mane ahh?? hmmm...hakak2, kolej jati mane?"
Hakak2 : "Ha?? kepala hotak kau. Bila masa haku jd hakak kau!" [Joke =) ] 

Si A : "weh B, ko twu x mane kolej jati? aku ni bukan apa, aku cuma nak daftar 6 haribulan 9 ni dekat sana. aku cari dlm map Universiti incredible Tanah Melayu (UiTM) x jumpa pun. hmmmmmm " kata Si A dlm nada bangga

Si B : "A'ah, aku pun akan daftar dkt situ . hari tu aku ronda2 dalam uitm tu tapi haram jadah nak jumpa. har har har" kata Si B sambil gelak ala-ala setan.

Si A : "weh!! B, hang jgn glak je. kang sesat. pastu x dapat daftar. pastu x dpt masuk uitm. pastu x dpt smbg blaja.! " kata Si A dgn nada cemas separuh mati

Si B : "ha!, aku ada 1 idea jom kita lawat http://sikacakkacak.blogspot.com/ " kata Si B ambil tersenyum

Si A : "Jom3!" kata Si A 


Diatas Adalah Pemasalahan yg mungkin kauolang alami. so, xpayah nervous or cemas mcm nak mati. sebab korg xperlu mati pun.kalau korg mati dah jd mslh negara. uitm sudah kekurangan mahasiswa.har har har... juz baca panduan dibawah mungkin boleh membantu. tapi aku x jamin 100% tepat la. "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong JOLOKkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan" =)



ha!.. ini adalah map UiTM n kawasan sekeliling dia. lu jgn tgk ni lu tgk bwh. 


kawasan yg highlight warna kuning ni adalah UiTM teritory. Abg kawasan dia Pak Long Sahol Hamid...Berani kau jejak?! kau nak rase tujahan moktar sakti kuasa incredible dia hah pergi2... [@HanyaGurauanSematamata]


yg ini pula adalah kawasan dimana terletaknya Kolej Jati.[berhighlight kuning] . hahh?! pelik x? haku tgk mula2.. laaaaa.. situ pulak dia.. patut la search kt google maK bagai nak mati tp x jumpa jugak. rupanya Kolej jati nun jauh pendalaman... tuh mcm mane tu ko nak g klas??? naik kereta? kena bawak kereta? ko mampu ke?? haa..xpe2.. kt situ ada bas.. ko xpyh vogue sgt bawak kereta kebal ko. UiTM bantu anda. hm, tgk photo bawah ni.. aq da zOom dekat2 mane kwsn sebenar Kolej Jati. zassssss.........


Kolej Jati tuhh, Warna Kuning tu yg mcm liplap2 baju kurung hakak2. chanteek x?.. x nmpk lagi.. jom tgk kat bwh haku maen zOom je..


ada 6 blok kalau x silap. x termasuk dewan makan@kafeteria [highlight kuning tuh] korg tau x dpn tu ada stall  nasi lemak.. n depan tu jugak ada rumah org2 tua.. diulangi.. RUMAH ORANG2 TUA. so, malam2 jgn la maen dota sambil jerit2..kesian makcik2 tu nak tido.. actlly korang dekat je ngn food court seksyen 2. jln kaki lintas jln je.


ini Bulatan Bistari kalau korg dr lebuhraya persekutuan maknanya korg dari bawah[dari jam 6] kalau dari highway klang tu maknanya korg dari ats.[jam 12 or mb jam 9] ....so, korg masuk jam 3 ikut titik2 warna MERAH tu... yg dot2 warna BIRU tu adalah Pintu Utama UiTM. titik merah tu jln masjid..korg kalau ikut jln masjid da selamat. aku xnak korg sesat tu yg aku bgtwu ni.. yela 1st day kn.. konfem kau kelam kabut. menggelabah hanjing. [Dictionary: hanjing=teruk]. chill ok  =)

Sekian Salam Uitm, Salam Dihatiku, Salam UiTM Dihatiku.