Friday, February 3, 2012

a Doa for our brother,sister&Mujahideen in Syria

Revolusi Syria [1]: 


Antara punca berlaku revolusi di Syria adalah apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam bilangan seramai 28 orang bermain-main dan telah menconteng sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah " شعب يريد اسقاط النظام" (Rakyat mahu jatuhkan kerajaan).

Slogan ini adalah slogan yang telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku revolusi seperti di Mesir, Tunisia dan Libya, ia merupakan slogan keramat dan begitu ditakuti oleh pemimpin berkuku besi terutamanya pemimpin dunia Arab kini. Apabila kerajaan mengetahui berkenaan perkara ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak tersebut.


Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarga mereka telah menuntut mayat tersebut serta meminta kanak-kanak yang lain dilepaskan. Regim Basyar Asad La'natullah telah meletakkan syarat apabila mahu kanak-kanak tersebut dilepaskan, mereka perlu memberi wanita-wanita dalam kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak regim Basyar Asad La'natullah. Perkara ini merupakan sesuatu yang begitu menghinakan, lalu berlakulah revolusi di Syria.

Jangan pernah lupakan saudara kita di Syria, Palestin dan di dunia keseluruhannya dalam DOA kita. Semoga Allah melaknati regim Basyar Asad La'natullah diatas kezaliman yang dilakukan oleh 
mereka - Ahmad Ulwan B. Hassim via LayarMinda (i just forwarded this messages to request a DOA from us)
*sikacakkacak.blogspot

No comments:

Post a Comment