Monday, October 20, 2014
Tuesday, February 18, 2014
Aku : Diari Peribadi 40 Hari Keluar Berdakwah

Salam, aku pernah mengikut suatu gerakan islam, sebuah gerakan dakwah yang lebih dikenali oleh masyarakat sebagai Tabligh, dimana tabligh ini bermaksud menyampaikan. Tulisan dibawah ini disalin 100% sama seperti yg tertulis dalam diari ketika aku keluar 40 hari berdakwah. Hakikatnya kami hanyalah umat Nabi Muhammad yang berdakwah dan mengambil alih tugas seorang daie, Demi Allah dan Rasul Tercinta. Terimalah Diari ku.
Sabtu 26/03/11 11.11pm
Tempat masih diMasjid Seri Petaling Markas Tabligh. Sebentar tadi kami baru lepas mesyuarat Mb jemaah kami kena divide into 2 group. Hmm... doa semoga x divide. Kalau boleh jemaah kami tidak mahu terpisah. Minimum satu jemaah 12 and maximum 14. Jemaah kami mustahil tanpa orang awam sebab kami ramai baru.
Sebelum bertolak aku mintak restu umi abah first. Alhamdulillah aku call abah then he said "abah restu apiq" (yayyy). Bertolak punya tolak sampailah di markas (yayyy) pun aku ses * ok (tiba-tiba blackout) aku pakai lampu handphone sekarang, aku sesat nak pergi masuk pusat komuniti Seri Petaling sudah. Haiyo! aku ingatnya itu masjid. #$%^&* tettt, sebab tak pernah pergikan.haha. serius keadaan tengah genting. memeng paksa aku tidur. huhu. k papai. nite2. Muah2x.
Isnin 28/03/11 11.16pm
Kami sampai ke markas Ipoh sebelu itu (semalam)
Catatan 27/03/11 ceramah atau bayan isyak yang disampaikan oleh salah seorang imam Markas Sri Petaling tampak memberi kesan. Beliau mengisahkan bencana yang menimpa umat dan kasih sayang Allah S.W.T sambil menyelitkan ayat Al-Quran didalam ceramahnya berintonasikan tegas.
Semalam pukul 11 malam pergi CC sebab ada seorang pelajar tahfiz minta tolong aku. Nama Beliau Zakaria. Apa yang ingin aku katakan adalah aku bangga dapat menolong pelajar tahfiz, hati mereka suci.
Kemudian kami tidur, esok mahu bergerak ke Kampung Gajah :)
Selasa 29/03/11 1.10pm

Rabu 30/03/11 3.20pm
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. semuanya berjalan dengan lancar. Allah Maha Besar. Aku jadi Taam dengan Mus'ab buat pertama kalinya. Penekanan, sifat sabar dan tabah itu teramat penting, cuba buat orang lain Happy dan senyum selalu. Moga semua amalanku dapat diistiqamahkan serta, meningkat bersama iman.
Khamis 31/03/11

Isnin 04/04/11 3.10pm
Aku tertinggal beberapa catatan harian, wujud masalah dalam diri aku sendiri, syaitan berusaha untuk menyesatkan ku. Ya Allah peliharalah aku seperti mana engkau pelihara orang-orang yang beriman. Kini jemaah di Surau Pasir Garam. Ini hari kedua. Alhamdulillah, First bayan before berpindah dari Masjid Pasir Putih. Sekarang penghayatan 6 sifat-sifat seorang mujahid ialah orang yang berjihad ke atas dirinya sendiri dengan melawan hawa nafsu. Alhamdulillah, habis 6 sifat. Cerita lain akan menyusul.
Selasa 05/04/11
"Pergh...Fuhhh... malam tadi tidak bangun tahajjud. Apalah nak jadi dengan aku ni, kita keluar ini untuk berdakwah, dakwah ini kerja daie, daie pewaris Nabi, Nabi solat Tahajjud, aku ini?" Hari ini mesyuarat putuskan aku untuk bayan subuh. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik.
Khamis 07/04/11
Hari Kedua di Masjid Pasir Kubu. Ya Tuhanku, Tuhan yang menguasai aalm semester, ampunilah aku, buangkanlah penyakit hatiku, sucikanlah ia, buangkanlah kelemahan dalam diriku. Malam tadi aku bermimpi sesuatu yang tidak biasa. Mungkinkah syaitan, jangan terkesan dengan tipu daya Iblis Laknatullah. Ya Allah lindungilah aku.
Ahad 10/04/11
Alhamdulillah, dah lama tidak buka buku hijau ini, akhirnya buka juga. 08/04/11 jemaah kami tiba di Surau Kampung Kota. Kami Khidmat bersihkan surau. Sedih melihat keadaan surau yang tidak tiada jemaah. Surau tidak hidup, yang hidup adalah cicak yang giat membunag najis saban hari. Rasa seperti kampung ini tidak berpenghuni. Kampung ini terletak disebelah Sungai Perak. Bentuk surau ini seperti rumah kampung. Surau disebelah atas dan tempat masak dibawah. Syukur Ya Allah kau tempatkan kami ditempat sebegini, dengan ini dapat kami menghidupkan suasana surau yang kian sunyi. Tadi aku bayan Asar, 2nd time. Syukur Alhamdulillah, aku diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk berkata-kata. Azam aku bila Allah S.W.T memakbulkan doaku maka akan aku sebarkan agama dengan tangan, lidah dan hati..... Pukul 5.45, aku mahu minum petang. Bye.
Khamis 14/04/11

Sampai disini sahaja Diari Peribadi 40 Hari Keluar Derdakwah, ini sahaja yang dapat aku catatkan ketika keluar mencari redho Allah. Kerja dakwah adalah kerja daie, pelbagai yang aku pelajar ketika keluar berdakwah, dakwah yang mengikut ajaran islam yang sebenar, pengalaman ini sangat berharga,...
"aku cinta Allah, Aku sayang Allah"
Monday, January 27, 2014
Cuti Semester 5
Cuti ini tiada apa yang luarbiasa, semuanya macam biasa, bila cuti duduk rumah maka kerja aku adalah tidur, makan dan berinternet (online, tgk youtube, baca berita dan artikel). tapi sem kali ni satu je yg lain, sem ini aku selalu lepak dengan kawan-kawan terutama member putrajaya dan shah alam. selalulah berulang-alik ke sana. Seronok, bergelak ketawa dan enjoy berkawan dgn mereka sebab tu aku selalu berulang-alik semata-mata ingin meluangkan masa bersama mereka. Bak kata orang brotherhood (sangat la kan) biasalah zaman muda2 ni gila sikit otak..hoho
Brother + Romance = Bromance
Selain itu, cuti ini aku jadi babysitter juga. Ha! bukan jaga anak org tu, mak aku memang la jaga anak orang tapi aku jaga adik sendiri..hehe (ajim 9 dan amal 6) haritu umi & papa bawa dorang pergi Kidzania Malaysia (boleh klik sini). Macam biasa aku yg akan jadi babysitter jaga adik2 dekat dalam tu. Umi dan papa pergi dating berdua (grrrrrr...) tapi berbaloi kot sebab dalam Kidzania Malaysia tu sangat sangat la AWSOME! korang boleh google apa itu Kidzania. Awsome x awsome korang g la bawak adik2 korang dan rasai sendiri bertapa comelnya dorang nanti..huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)