Wednesday, January 25, 2012

Agensi Perisikan Malaysia

Pelbagai sekatan & ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda utama mereka ialah menimbulkan kekacauan dari dalam negara . Ini sedang berlaku dan dikatakan kerajaan terpaksa menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menjalankan perang saraf bagi mengelakkan Malaysia terus terjerumus dalam kancah ini.
Malaysia sehingga kini berjaya menepis perancangan halus dan terancang dari luar kerana mempunyai jaringan perisikan yang sangat ampuh dengan dibantu oleh pasukan risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Hanya negara yang mempunyai jaringan risikan dan rangkaian penyampai maklumat yang benar-benar baik sahaja mampu mengatasi banyak masalah yang dilontarkan ke dalam negaraDi mana negara lain gagal, Malaysia terus kekal aman. 
Untuk menjamin keamanan, negara harus mempunyai jaringan perisikan yang cekap. Untuk menjamin kedaulatan, negara harus mempunyai pertahanan yang kuat. Asas kepada jaringan risikan yang kuat di Malaysia terletak kepada pihak tentera, badan kerajaan dan sumber pendapatan dari syarikat-syarikat kerajaan yang mempunyai dana yang kaya raya.
saya yakin melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, syarikat kerajaan atau GLC mampu memberi dana jutaan ringgit kepada kerajaan Malaysia (tak payah pakai wang rakyat)
Bukan mudah untuk mendapatkan perkara yang saya sebut di atas kerana belanjanya sangat mahal. Memang menjadi mentaliti rakyat Malaysia yang liat untuk membayar insuran kerana kepentingan perlindungan insuran tidak akan kelihatan faedahnya kecuali selepas kemalangan atau bencana berlaku.
Contoh mudah, kita memang pening kepala apabila tiba untuk mengeluarkan duit bagi membayar insuran kereta kita dan kita (khususnya orang Melayu) tidak berminat pula kepada pelaburan yang berasaskan insuran.
Ini sangat berbeza dengan negara maju seperti Singapura, yang beranggapan belanjawan pertahanan dalam dan luar merupakan satu perlindungan insuran kepada keamanan dan kemajuan republik tersebut.
Ada beberapa pihak yang menjalankan urusan perisikan di dalam negara dan ini termasuklah beberapa agensi dalam kementerian kerajaan, Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Special Branch, Kor Risik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, cabang laut dan udara ,Angkatan Tentera Malaysia dan elemen-elemen dalam Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Elemen risikan luar dan dalam negara terletak pada bahu agensi perisikan seperti Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO), SB dan Kor Risik yang mengumpul maklumat dari luar negara untuk dikumpul dan dikaitkan dengan beberapa isu dalam negara yang turut dihimpun oleh agensi yang sama atau agensi yang lain yang mengutip maklumat dari sumber tempatan.
Dari pihak awam, jaringan risikan (network kepada agensi risikan sebenar) akan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perdana Menteri . Individu yang dilantik secara khusus yang dikenal pasti sebagai sangat patriotik dan lulus tapisan keselamatan yang ketat, mereka ini kebanyakkan terdiri dari bekas anggota tentera khususnya komando.
risikan ini diperolehi dari sumber berbentuk risikan manusia (Humint), risikan semboyan (Signint) dan elektronik (Elint) dan dibantu oleh pihak-pihak yang pakar untuk menganalisa maklumat data, pakar psikologi dan mereka yang mahir dan dipanggil Cobler (pakar memalsukan dokumen) untuk tujuan penetrasi.
Sebagaimana agensi risikan di luar negara, belanjawan keselamatan Malaysia dibantu oleh bajet yang datang secara rasmi dari keuntungan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tenaga Nasional Berhad dan banyak lagi. 
Peranan risikan dalam Malaysia sebenarnya lebih hebat dari filem Mission Impossible, Nikita atau Alias dan jika anda teliti, beberapa tahun lepas (baru lg) ada iklan di dalam web JPM di mana “Pakar Peperangan Elektronik” diperlukan, jika kita fikir secara logik mengapa sebuah jabatan milik Perdana Menteri memerlukan pakar peperangan elektronik. Mungkin sekali kepakaran ini disalurkan kepada agensi risikan keselamatan di bawah naungannya seperti MEIO.
PERALATAN
Seperti mana-mana agensi risikan lain, penyampaian maklumat risikan terhadap kerajaan Malaysia dibuat juga melalui peralatan yang canggih dan tidak berapa canggih (tidak mudah dihack) dan ini memerlukan mesin-mesin yang mampu membuat Chiper dan Dechiper (sama ada model yang terkini atau yang diguna sejak dari zaman komunis lagi).
Ada perlatan yang dihasilkan oleh saintis dan individu yang terkenal di Malaysia untuk mencipta gajet-gajet yang diperlukan sama ada sistem untuk debugging atau surveillance dan communication interceptor. (kalau selalu tgk cerita seperti Nikita, Alias, Salt atau MI korg akan dpt gambarkan la)
Kenderaan yang dipakai adalah pelbagai jenis dan beraneka ragam termasuklah van-van dari agensi pelancongan yang tidak pernah wujud tapi yang paling popular adalah teksi.
ANCAMAN DALAM NEGARA
Secara am, ancaman dalam negara wujud dari pelbagai pihak yang ditaja oleh anasir clandestine dari luar seperti MOSSAD, CIA, M16, SIS, SID serta elemen sulit risikan Singapura yang mengandungi elemen korporat, kewangan dan pengumpulan data ketenteraan serta politik.
Ancaman dari negara luar seperti Thailand dan Indonesia berada di bawah tahap terendah (mereka dianggap negara sahabat).
Ancaman datang dari perbagai bentuk seperti sabotaj ekonomi, keamanan, politik, memburukkan imej negara dan pelbagai unsur subversif yang lain.
Saya tidak pasti jika kisah ini benar, semasa kru filem The Entrapment membuat shooting di Kuala Lumpur, kru yang terdiri dari segelintir agen CIA ada memasang beberapa peralatan elektronik (listening bug) di KLCC dan Menara KL Tower. Muslihat mereka berjaya dikesan, sejak itu sangat kurang atau tiada syarikat filem Hollywood membuat shooting filem di Malaysia. Saya bagaimanapun mengandaikan cerita ini hanya “rumours” sahaja dan belum pasti kebenarannya.
Segala pusat ancaman berpengkalan di Singapura yang menjadi pintu masuk ke dalam negara ini.
Pelbagai ancaman dalam politik dan sabotaj terhadap ekonomi dan kewangan negara berlaku sekarang yg kita sendiri tidak nampak.
ANCAMAN LUAR NEGARA
Untuk melemahkan Malaysia, negara ini perlu disisihkan dari sahabat terdekatnya iaitu Indonesia.
Kesatuan dan kerapatan kedua-dua sahabat ini harus digoyah melalui beberapa isu yang mungkin sebenarnya diapi-apikan oleh pihak ketiga.
Perkara ini pernah di sahkan oleh Atase Pertahanan di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur yang berpendapat ada pihak ketiga yang cuba meruntuhkan hubungan di antara kedua-dua negara.
Jika wujud pihak ketiga ini, sudah pasti mereka mempunyai dana yang cukup besar, pusat operasi dan perhubungan di dalam struktur pemerintahan serta korporat di kedua-dua negara. (again kalau korg selalu tgk cerita mcm Nikita, Alias, cerita yg berkaitan riskan atau ketenteraan maka korg akan faham)
Syukur kerana Indonesia mempunyai Presiden yang sangat berpengaruh dan bakal membawa negara republik itu ke arah masa depan yang lebih baik, sebagai mantan seorang pegawai pemerintah tentera, Bambang Susilo pantas menganalisa keadaan yang berlaku dan tidak dengan cepat menghalakan muncung  ke arah Kuala Lumpur.
Indonesia sendiri mempunyai pengalaman pahit, bagaimana agen-agen luar ini cuba menghancurkan negara besar itu dan saudara pembaca tentu masih ingat pada tahun 1990an, Indonesia digelar “Naga Kecil Asia” kerana kemajuan ekonominya malah mempunyai perusahaan membuat kapal terbang sendiri tetapi sekelip mata ia hancur apabila wujud gerakan reformasi yang kononnya mendukung hak rakyat dan mahasiswa.
Bermula dari gerakan reformasi ini, musuh Indonesia berjaya memisahkan Timor Leste dengan tujuan untuk terus meranapkan kekuatan republik yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Sama-samalah kita berdoa, agar rasa persahabatan yang akrab di antara kedua negara ini terus terjalin dan rakyat mereka dan kita sedar bahawa ada proses untuk melaga-lagakan kedua negara ini agar terus kekal bermusuh.
Pada masa sekarang, potensi Malaysia untuk berperang dengan negara luar berada pada tahap sifar dan jika berlaku, kemungkinan akan berlaku krisis dgn Singapura. (seperti mana yg anda tahu mmg dr dulu lg hubungan kedua2 negara ini agak renggang. terutamanya masa isu air dahulu)

*sikacakkacak.blogspot

2 comments:

  1. http://dazzlepod.com/cable/07KUALALUMPUR1205/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr what is this???? kenapa u juz post this link?? for what?

      Delete