Tuesday, January 3, 2012

Dinar Emas : Kelebihan,Mekanisme Perlaksanaan dan Cabarannya.

*Ini adalah sedikit tentang kajian dan assignment Dinar Emas drpd group titas saya. titas bermaksud Tamadun Islam & Tamadun Asia.  sebagai seorang Muslim tajuk ini amat2 menarik dan sgt2 lah PENTING. Sy sifatkn ini adalah pembelajaran sepanjang hayat.  saya ucapkan TERIMA KASIH kerana sudi membaca & memahami. sekian =D
Kelebihan dinar emas terhadap ekonomi Negara

Nilai Intrinsik
ž  Mata wang itu mempunyai sandaran yang bernilai sebagai alat pertukaran
ž  Berdasarkan kepada nilai bahan logam emas
ž  Wang kertas tidak mempunyai sandaran – hanya bergantung kepada ekonomi negara
ž  Wang kertas boleh dicetak

Mencegah inflasi
ž  Inflasi adalah kenaikan tingkat harga umum disebabkan pertambahan perbelanjaan yang tidak sepadan dengan pertambahan keluaran
ž  Kuantiti mata wang di pasaran melebihi kuantiti barang dan perkhidmatan yang ada di pasaran
ž  Cara penyelesaian – menetapkan nilai mata wang – disandarkan kepada emas

Bebas dari spekulasi dan manipulasi
ž  Spekulasi adalah penanggungan risiko pertukaran yang disengajakan untuk mendapat keuntungan
ž  Manipulasi adalah tindakan pelabur yang mengadakan pengerakan harga atau minat dalam sesuatu sekuriti bagi tujuan menarik pelabur lain supaya melabur dalam sekuriti berkenaan
ž  Spekulator memperdagangkan mata wang seperti komoditi lain menyebabkan ketidakstabilan matawang negara tertentu

ž  Dinar emas dapat menyelesaikan masalah ini
ž  Sistemnya yang tetap dapat mengukur kadar pertukaran dengan lebih stabil dan dapat menghilangkan unsur ketidakpastian dan ketidakstabilan harga
ž  Ucapan Dr Mahathir,
ž  “Risiko spekulasi akan dapat dikurangkan      kepada hampir tiada,Malaysia telah menyediakan mekanisme dalam pelaksanaan mata wang dinar.Emas mempunyai nilai yang telah ditetapkan berdasarkan kepada permintaan bagi logam,nilainya mungkin meningkat atau susut mengikut permintaan dunia dan permintaan di negara tertentu,tetapi turun naik itu akan minima.”

Bebas dari unsur riba
ž  Syariat Islam mengharamkan riba
ž  Penggunaan mata wang dinar hanya sebagai pengukur nilai bagi mengelakkan diperdagangkan seperti komoditi lain
ž  Wang kertas sebagai komoditi – riba al-fadl
ž  Rasulullah s.a.w melarang pertukaran mata wang dengan ada pertambahan

Bebas dari unsur gharar
ž  Gharar adalah ketidakpastian yang wujud dalam pasaran,terhadap barangan yang tidak pasti kewujudannya di pasaran,harga yang tidak pasti,penipuan harga dan penipuan jualan
ž  Emas mempunyai nilai tetap dan stabil

Pertukaran mata wang yang tetap antara Negara
ž  Tiada penawaran berlebihan seperti mana yang berlaku kepada wang kertas
ž  Penggunaan emas dengan nilaian yang sama dapat mewujudkan kesatuan yang kukuh dan blok perdagangan yang berteraskan keadilan
ž  Penetapan satu piawaian standard mewujudkan kerjasama ekonomi yang lebih erat


 Mekanisma pelaksanaan

 3 entiti utama iaitu pengeluaran pasar dan qirad
Boleh berjalan seiring dengan sistem kewangan yg ada
           1) Pasar bebas islam
           2) Pelaburan Perdagang Qirad
           3) Pelaksanaan Dinar Emas (Pengeluaran)


 Pasar bebas
Mekanisme yang boleh dibuat berhubung dengan apa yang disifatkan “PASAR ISLAM” ini ialah mewujudkan sebuah kawasan pasar dimana ianya menggunakan dinar emas dlm urus niaga. Disedikan 1 kaunter wakalah di luar pasar itu untuk urusan pertukaran wang yg digunakan dgn matawang dinar emas. Ianya mengikut pasaran emas semasa

Pelaburan Perdagangan Qirad
Bilamana wujudnya “PASAR ISLAM” dan “DINAR EMAS” kompenan lain yg diperlukan adalah “PELABURAN PERDAGANGAN” . Pasar yg dimaksudkan bukan shja dlm bentuk fizikal tetapi juga dlm bentuk elektronik seperti e-pasar.
Dlm transaksi elektronik sistem matawang yg digunakan adlh e-dinar atau IGD (Islamic Gold Dinar) exchange.
Wang dinar tidak harus disimpan sebaliknya hendaklah dilaburkan supaya beredar dlm ekonomi masyarakat setempat ataupun seluruh dunia.

Pelaksanaan dinar emas (pengeluaran)
Kejayaan kpd pengenalan dinar emas terletak pd “PEMBENTUKAN EKONOMI BARU”. Perkembangan digerakkan melalui usaha perdagangan samada secara besar-besaran atau kecil-kecilan, mesti dikaitkan dgn terbentuknya islamic trade.
Pelaksanaan tidak b’tentangan dgn sistem perbankan bahkan mengembalikan peranan asl institusi bank sbgi tmpt penyimpanan dan keselamatan dinar emas.
Ia dilihat sbgi 1 ‘Sistem Alternatif’ menggantikan kebergantungan kpd USD dlm urusan perdagangan antarabangsa.
Harus selari dgn World Islamic Trading Organization (WITO). Sebuah organisasi yg memastikan kod etika dan pelaksanaan dinar emas.

Cabaran dari Aspek Politik, Ekonomi dan Sosial

Aspek Politik

Cabaran dari aspek politik merupakan masalah utama dalam perlaksanaan Sistem Dinar Emas. Keadaan ini berlaku disebabkan rasuah politik dari negara Barat. Negara Barat yang terkenal dengan caturan politiknya adalah negara Amerika Syarikat di mana Amerika Syarikat
memberi bantuan dan pinjaman kepada negara-negara Arab dan seterusnya membelenggu kebebasan negara-negara Arab tersebut. Sikap para pemimpin Arab yang terlalu tamak dengan kuasa dan material mengakibatkan dunia Islam sukar membuat keputusan untuk kepentingan bersama. Negara Mesir merupakan satu contoh di mana Amerika Syarikat telah berjaya melunturkan negara yang dianggap penting dalam Liga Arab hanya dengan bantuan sebanyak AS$2 bilion setiap tahun. Sungguhpun bangsa Arab dikebalkan dengan sifat degil tetapi perasaan takut kehilangan kuasa dan kekayaan mengatasi segala-galanya. Pemimpin-pemimpin negara Arab Saudi, Mesir, Qatar, Kuwait, Jordan dan Maghribi adalah penyokong kuat AS. Mereka menjadi masalah kepada umat Islam terutama dalam membuat keputusan. Kita harus membebaskan diri dari cengkaman AS. Seperti yang diketahui, AS adalah negara yang banyak mencatur politik dunia. Pemimpin-pemimpin negara Arab perlu membebaskan diri dari rasuah politik kerana ia adalah kesenangan yang bersifat sementara. Sejarah telah membuktikan sekatan ekonomi AS telah memajukan Iran, dan sejarah juga telah membuktikan mereka yang menerima rasuah politik dari Barat hidup dalam kehinaan. Penggunaan Dinar Emas dapatmemajukan dan membebaskan ummah dari belenggu kemiskinan

Aspek Ekonomi

Dari aspek ekonomi pula, kita dapat lihat cabaran bagi Sistem Dinar Emas adalah persaingan dengan sistem konvensional yang sedia ada sekarang iaitu Dolar Amerika dan Dolar Euro. Dolar Amerika merupakan mata wang rasmi perdagangan antarabangsa manakala Dolar Euro pula merupakan mata wang rasmi 12 buah negara Eropah iaitu Austria, Belgia, Finland, Perancis, Jerman, Yunani, Ireland, Itali, Luxemburg, Belanda, Portugal dan Sepanyol yang berjumlah kira-kira 300 juta orang. Sekiranya Dinar Emas digunakan dalam perdagangan antarabangsa, ini secara langsung akan mengurangkan pergantungan kepada Dolar Amerika. Penggunaan Sistem Dinar Emas ini juga dapat mewujudkan peluang-peluang pelaburan antara negara-negara Islam dan kerjasama ekonomi. Penggunaan dinar emas ini dapat memecahkan dominasi dolar Amerika yang menjadi perantara utama perdagangan, pelaburan serta semua urusan sistem kewangan. Setidak-tidaknya di antara negara-negara Islam, kalaupun bukan di peringkat dunia.

Aspek Sosial

Cabaran dari aspek sosial juga turut wujud di dalam perlaksanaan Sistem Dinar Emas. Kesatuan seluruh umat Islam merupakan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini. Masyarakat Islam kini gagal untuk membentuk perpaduan di antara mereka. 50 negara Islam ini belum mampu lagi bersatu. Negara-negara Arab masih lagi setia kepada Amerika. Contoh yang dapat diberi di sini adalah negara Arab Saudi. Arab Saudi adalah negara kaya dengan sumber semula jadi dan mempunyai dana yang banyak, malangnya dana itu digunakan untuk
mengukuhkan dolar AS. Mereka inilah yang menjadi masalah kepada umat Islam.

KESIMPULAN
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar..Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. “Terfikir x”?? semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi x pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan “inflasi” selalu dgr... atau inflasi ni lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku????…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini.

*sikacakkacak

No comments:

Post a Comment