Sunday, December 4, 2011

My Research about Islamic Gold Dinar

inilah sebahagian assignment sy "tamadun islam dan asia" atau mesra dipanggil titas. sy telah membuat research dan byk membaca pelbagai article.. oleh itu sy menyifatkan ini adalah pembelajaran sepanjang hayat. utk kita sama2 berfikir. ini adalah sikit drpd sy.. hanya sekadar pendahuluan... saya muhammad shafiq b. mohd khairulazman, no.pelajar 2011839454 mengucapkan terima kasih kpd yg sudi membaca entry ini =)




 PENDAHULUAN
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
 _____________________________________________________________________________

Dinar emas adalah syiling diperbuat daripada emas tulen seberat 4.25 gram emas 22 karat. Harganya sudah tentu bergantung kepada harga emas mengikut harga pasaran emas dunia. Dinar emas adalah satu instrumen pelaburan yang sah dan mampu memberikan  pulangan yang baik selain sebagai kaedah urus niaga atau penggunaan kepada pelaburan lain. Selain bebas daripada unsur riba, ia menjadi instrumen pelaburan terbaik kerana sifat emas itu yang merupakan satu komoditi amat bernilai dan boleh didagangkan di seluruh dunia.
________________________________________________________________________________
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam.

sejarah

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam . Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar  telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram




Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.




Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas  sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.




Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

_________________________________________________________________________

KESIMPULAN 

Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. “Terfikir x”?? semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi x pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan “inflasi” selalu dgr... atau inflasi ni lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku????…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini

*sikacakkacak

Monday, November 28, 2011

Rugby as part of my life~ (Ansara Rugby Tournament 26-27/11/2011)

weh baca entry ni dgn gumbira. wlupun muziknya sedihh. dgn gumbira tawww..HAHA!
oren yg lukis =)
Dragonfly ni nama Team Rugby MRSM Kepala Batas... aku n kwn yg lain yg kacak dan bergaya adalah Alumni MRSM Kepala Batas . ini lah team rugby kami dari form 4 hingga lah form 5. yeah hell rugby.




 Team DRAGONFLY MRSM KEPALA BATAS  08/09
ini masa kejohanan Ragbi Peringkat MSPP, nk tahu mana paling star giler khinzir??? yg sebelah kanan sekali tgh duduk tu ha. nama dia Buncho =) haha *gurau3




 1ST YEAR KITEORG JOIN ANSARA GAME 
1st time join game ni. x beberapa menyerlah. tp still ok. still masuk peringkat perdana (top 8)




2nd time Join ANSARA
2nd time 2nd year main ansara game. time ni aku x main ngn team batch aku. aku main ngn team senior. HAHA. suka hati aku lahh nk main team ape =)
team senior dpt masuk quarter final. kiteorang johan kumpulan.
team batch aku masuk semi cup/perdana. woot2!





last time bawah 23 tahun Ansara game Nov
weh dekstop tu =)
tah lah. aku rase Ansara game yg Nov 2011 ni yg paling best.haha xtwu la kenapa. 
team ni pd hari pertama menduduki ranking top 5. ranking ke-4 drpd 16 team yg bertanding. 2nd day adlh hari terakhir kejohanan kiteorg dpt masuk semi. then ada 1 team yg lyk masuk final tarik diri. so kira kiterong 2nd place peringkat temenggung/plate. haha serius game 2nd day ni mmg awsome. lg2 masa lwn ngn SHOBA (High School Setapak). kalau x dah menang. 2 try kiteorang x disahkan. hmm xpela referee tu pun manusia. dia xnmpk xbermaksud dia x buta..hak3

Azam aku, aku nk tingkatkan prestasi, nak join byk game. tp xtwu aku dpt x main lg taun depan. tp apa yg pasti aku nak kemenangan. wish all the best for next year. next year kita johan weh! =)

-sikacakkacak-
sbb sy kn charming n available

Sunday, September 25, 2011

shafiq : MC

aku xnk study weekend ni so, better aku menulis...haha hmmm, ada satu mlm minggu destinasi siswa (MDS) ada masa tgh rokol sorg brother ni tny dekat smua org, saper nak jd MC utk esok... masa tu xde sape agkt...den bila da lama2 xde org agkt aku pun pergi la berani kan diri ckp ngn brother tu sy boleh jadi MC . aku cuba beranikan diri sebab aku cm tercabar sebab masa rokol lepas ada abg PM tny sapa yg suara kuat boleh menggantikan cheerleader kolej kami ni.. masa tu aku mmg cm nk klua sebab suara aku mmg agak kuat la..hhah tp aku cm xberani.. tetiba ada sorg gentleman ni kluar g depan ,dia volunteer jd cheerleader sbb kiteorg da asik kena marah maki ngn PM. so aku cm freeze... sh*** berani giler... so, aku pun tercabar dan aku pun rasa kagum ngn budak tu. such a gentleman...hahaha dia juga menjadi inspirasi bagi aku utk volunteer   MC..=]  lepas minum mlm aku g bilik PM utk cuba baca skrip.. aku masuk je jeng2! da ada org lain pulak yg nk jd MC..lepas aku masuk tu ada beberapa lagi manusia ni masuk nk volunteer jd MC... sh*** jgk korg..td x berani nk volunteer... so,kenalah audition.. haha aku org pertama bc skrip tu. disebabkan da lama aku xjdi MC so aku terbaca skrip dgn mulut yg tertutup...(paham?) haha... den bila org 2nd n third g test baca skrip tu den aku rasa cm tercabar. masa org  ketiga baca ada beberapa plak manusia ni masuk kata dia pun nk jd MC..haish korg mmg potong line...hhe~ kenudian PM2 ni pun berbincang, tp xde keputusan lg..so dorg test 2nd round punya... 2nd round ni aku baca last skali... seb baek skrip tu ada pantun skali, so senang sikit bg aku sebb dulu aku pernah masuk pantun zon semenyih competition, dpt 2nd place. so intonasi pantun ni aku mahir sikit la...bukan nk bangga tp reality ok..haha kali ni aku baca dgn mulut yg terbukak seluas-luasnya sbb aku xnk kalah..aku nak menang.. tu la sifat aku..aku x suka kalah... sorry la kalau nk kalahkan aku..haha den keputusan mlm tu....tarraaaaa! abg2 PM pilih aku jd MC...YES! aku xgiler kuasa atau nak market bila jd MC tp sbb aku tgk org lain boleh buat ni buat tu jd cheerleader la, xkn aku xbole... 

esoknya pulak keadaan back stage cm kelam kabut ada percanggahan sapa nak jd MC n waktu MC pukul bpe. aku tggu lama kt belakang tu den kena buat audition lagi...aiseyman... smua 4 org MC tapi PM nak 2 org je.. blar blar blar.. aku n sorg girl MELATI ni dpt jd MC... YES! aku menang lagi..haha aku igt aku jd MC ptg tu tp rupanya pagi tu jgak... so PM2 pun terkejar2 buat skrip... korg nk twu x... 2 saat sebelum aku kluar naik atas pentas baru skrip MC tu siap... den skrip MC tu mmg OMG...haha penuh dgn tulisan, arrows, conteng2, cancel dan percanggahan informasi...haha mula ada yg kata u kena baca line ni, tiba2 xpyh baca plak...den kena cancel line ni...den kena baca balik plak line tu... pastu kata xpyh baca yg ni...tiba2 kena plak baca yg itu..smua kelam kabut n mcm jam, smua berpusing2..kejap itu la ini lah.. daripada MC text yg putih dan suci tu sampai la jd cm gini...hak3 ce korg tgk ni gmbr bwh ni MC text page 1 and 3... 






nasib baek aku cool n steady... dpt je MC text ni terus naik pentas dan........... "Hadirin.... Mengumumkan...."
spontan n relaks =) tapi a bit nervous tu still ada la time tu... alhamdulillah smua berjalan ngn baek cuma masa time2 akhir2 tu ada mslh ngn mic... overall awsome =)

Saturday, September 3, 2011

Aku Ibarat Kabus Pagi

for sure rmi akan smbg blaja den aku pun sama.. dan tetiba mlm2 yg boring dlm suasana sepi mlm ilham dtg menerpa memaksa aku utk berkarya... so, aku saje tulis ni... think positive, positive visual n chill guys =)

Kala pagi nan limun,
Semilir bayu berarak lalu,
Menghembus pawana memuput daku,
Meniti mergastua satu persatu,
Mendamaikan buana menggamit kalbu,
Pantas berlalu,
Sebangat waktu,
Bagai impianku,

Aku,
Ibarat kabus pagi,
Disongsang angin bertiup pilu,
Mengembara tanpa jemu,
Kulewati lurah gunung laut membiru,
Demi menggapai impianku,
Berjaya ke puncak menara batu,
Menggenggam watikah menunai citaku,
Menjadi belia intelektual berilmu,
Membalas dewa dewi pertiwi hatiku,

Aku ampuhkan diri,
Memayungi hujan sinar matahari,
Segera ke menara hati,
Menunai harapan merungkai janji,
Menjunjung agama mengibar panji,
Wawasan ku julang mahmudah melewati,
Kerna ku percaya,
Malam akan berganti hari,
Pagi setia menanti,
Untuk ku mengejar impian diri
Bersemayam di singgahsana kejayaan abadi,
Impaknya pasti,
Aku bisa berbakti,
Pada agama dan pertiwi hati,

Kerna diri ini,
Kabus Pagi..........

Wednesday, August 31, 2011

shafiq : Hidup

hidup penuh tekanan... sirna kaifiat menenangkan jiwa... shafiq tiada tempat utk menbingkai perasaan, tiada objek utk shafiq luahkan... hanya jiwa yg lembut akan memahami... tidak semua manusia adalah sahabat tidak semua sahabat tempat bersandar.. tidak seluruh insan berhemah dgn percakapan... kekadang kebaikan pada seseorang ibarat susu dibalas tuba dek perselisihan.. dari jiwa yg agung tiada tempat utk aku titipkan perasaan .. melayan karenah masa pancaran duniawi...  tenaga atma memaksa utk aku melepaskanya pada alam... kesakitan tiada bendungan ...pedihh ini tiada manusia tahu apatah lagi memhami... aku masih mencari sahabat jiwa.. pada mulut daripada hati sanubari tempat aku berlindung dari fitnah yg memancar, disitu tiada bahasa keluhan aku tuturkan... aku tiada manusia... utk berkongsi..... hidup selama puluh tahun ini sirna bahagia... apabila hari2 ini aku lalui tiada memori emas yg kekal bernilai dalam hidup ini, aku merasakan kekecewaan... byk memori indah seakan lesap kedalam lubang hitam. apabila memori indah ini hanya dikelilingi kehitaman memori.... bagaikan ada pusaran hitam sekeliling binaan  memori. pusaran yg memamah ketawa dan senyuman... hmmmmmm.... hidup penuh kegelapan... tiada cahaya kebahagian dtg menerpa....memori pahit, kenangan hitam, aku kelemahan... aku kepenatan mencari perwira... aku tandus kemenangan... 
aku..............

wahai manusia... selagi kamu meniti masa selagi itu usia meniti dewasa... matanglah dgn masa... kamu akan titi hari dewasa yg indah... sayangi org yg menyayangi kamu...jgn kamu tepiskan kasih syg manusia kerna seorang manusia yg tidak menyayagi kamu... jgn dikejar cinta dihadapan jika khazanah cinta pd bahu keciciran, sedangkan cinta dihadapan itu berjalan meninggalkan kamu. cinta manusia adalah khazanah yg bernilai... inilah bukti agungnya manusia... hargailah manusia, bahagiakanlah manusia, gembirakanlah manusia....disitu ada cahaya...cintalah org yg menyintai kamu dgn ikhlas sesungguhnya kebahagian itu ada pada dia....

[sikacakkacak]
31/08/2011 :: 11.59 p.m


Tuesday, August 9, 2011

FALSAFAH


"Jadilah manusia yg memanusiakan manusia". iaitu seperti pokok dbaling batu dbalas buah, dcampak ke laut menjadi pulau, dlempar ke langit menjadi bintang,sprti camar yg terbang menghias permandangan dunia mengisi kekosongan hati, bkn sekadar rumput djalanan , bahkan terbitnya sprti sang mentari yg membawa sjuta rahmat dan tenggelamnya menenangkan stiap jiwa yg bernafas.

 Falsafah diatas adalah falsafah hidup adalah. falsafah ini juga adalah hasil inspirasi saya daripada seorang guru ketika di MRSM yg telah byk berjasa .Manusia adalah sesuatu ciptaan tuhan yg sempurna dan mempunyai elemen positif.ini bukanlah sesuatu yg sbenar-benar falsafah hidup aku, kerana falsafah hidup aku adalah ISLAM . "jadilah manusia yang memanusiakan" adalah falsafah umum ,diterangkan dan dicontohkan melalui ayat-ayat yang berikutnya. secara tidak langsung ayat yang seterus berfungsi sebagai penerang .

"dibaling batu dibalas buah" bermaksud kita berbuat baik kepada sesama manusia meskipun kita dijahati.

"dicampak ke laut menjadi pulau" bermaksud apa-apa yg berlaku,kepada sesiapa atau dalam apa-apa perkara pun kita haruslah menjadi seseorang yg memberi manfaat kepada orang lain

"seperti camar yg terbang menghias permandangan dunia mengisi kekosongan hati" bermaksud kita menjadi sesuatu yang indah disisi dunia. seseorang yg penyejuk mata

"bukan sekadar rumput dijalanan" bermaksud bukannya menjadi seseorang yg tidak diharapkan kewujudannya bahkan kewujudannya tidak disenangi dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat.

"terbitnya sprti sang mentari yg membawa sjuta rahmat dan tenggelamnya menenangkan stiap jiwa yg bernafas" bermaksud menjadi seseorang yang menjadi sumber inspirasi orang lain dan seseorang yg memberi sinar dan keyakinan  dalam hidup.

falsafah "jadilah manusia yg memanusiakan manusia" secara tidak langsung telah diterangkan melalui konteks atau ayat diatas. Dimana seorang manusia emiliki hubungan baik sesama manusia iaitu ibu bapa,adik beradik,rakan-rakan dan masyarakat. falsafah ini juga menghasilkan elemen yang vital bagi manusia mencapai pada suatu tahap kebahagian dalam hidup. bagi saya , setiap manusia harus memiliki falsafah yg tersendiri supaya pegangan kita tidak goyah.tetapi ingatlah bhawasanya falsafah hidup kita yg sebenar adalah ISLAM. sekian salam.

Sunday, August 7, 2011

ALLAH s.w.t memakbulkan doa ku

 PLAY!







Menempuh Jalan Ilahi


Cari dan tujulah ke Jalan Allah Azza-Wajjal-a






Tujuan hakiki shafiq tulis artikel ini adalah untuk kita sama-sama dekat kpd Maha Pencipta [Khaliq].
Betapa kita perlu mensyukuri nikmat Tuhan.

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan hambanya ini. Petunjuk Allah s.w.t adalah harta yg paling bernilai bg shafiq. 
hari2 yg shafiq titi ketika shafiq keluar dijalan Allah adalah hari2 yg cukup bermakna.tiada yg lebih berharga dari Nur hidayat Allah ini. 

 Allah s.w.t memakbulkan doa shafiq . Tahajjud Cinta ku pada Ar-Rahman, aku selitkan bingkasan Hati . Aku titipkan suara Hati . Menadah tangan pinjaman Ar-Rahman . Panjatan Doa ku berlalu seiring dengan derasan embunan airmata sehebat tangisan taubat. Atma ini sayup berdegup seperti insan yg lemas dihentam badaian gemuruh laut.seakan ini balasan Ar-Rahman pada jiwa yg penuh dosa. suasana malam itu sepi sambil ditemani angin malam yg dtg menyapa anggota tubuh ,  pintu langit seakan terbuka bg menyambut doa Hamba ini. wudu' masih lembut membasahi anggota yg akan bercahaya di masyar kelak ini dan saat ini aku mula berdoa.....







" Ya Allah Engkaulah Tuhan yang hak.perkataan mu adalah hak, janjimu adalah hak , pertemuan denganMu adalah hak dan syurga itu adalah hak , neraka itu hak.Nabi-nabi-Mu adalah hak, Muhammad itu hak, kiamat itu hak, wahai Allah kepada Engkau aku menyerah diri dengan-Mu ,aku beriman kepada-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku dikembalikan. dengan Engkau aku meminta kepustusan, Oleh itu ampunilah aku segala apa yg aku dahulukan dan segala apa yang aku kemudiankan.Engkaulah yang mendahulukan dan engkaulah yang mengemudiankan. ampuni aku dan dan dosa2 seluruh umat islam. Kau kurniakanlah hidayat,taufiq dan rahmat kepada ku dan seluruh umat islam. Berilah KEJAYAAN kepada ku , didunia dan di akhirat. kau tentukan hidupku seperti kau tentukan hidup hamba2-Mu yang beriman dan bertaqwa. "





Alhamdulillah,Perkataan yang aku gariskan@highlight diatas itu ialah maksud artikel ini. Ayat2 yg bergaris itu adalah doa. Dan apa yg aku hendak sampaikan adalah "Allah S.W.T memakbulkan Doa itu"

Ar-Rahim memakbulkan doa seorang insan yg jahil.. Allah s.w.t memberi peluang kejayaan yang dimana tidak semua hamba-Nya memperoleh.

Dengan Foundation CGPA aku yg teruk.[ cukup2 telan je ], aku masih diberi peluang oleh Allah s.w.t utk menyambungkan pelajaran.





kos ini adalah kos yg "hard" la org kate. susah nak dpt....students yg 3.5 above je yg agk btol layak.n tapi dgn Rahmat Allah s.w.t aku dpt sambung degree dgn kursus ini. ini adalah kos baru . competition utk mendapat tempat didalam kos ini sgt2 lah tinggi. hanya lebih kuarng 100 org sahaja yg akan terpilih


cuba lihat berapa byk matrikulasi? berapa byk kolej MARA? berapa byk lepasan STPM? berapa byk lepasan Asasi(UM,UiTM.etc)? Berapa byk pulak pelajar yg cemerlang? Berapa byk 3.5 above? bumiputera sahaja tahun ni hampir 50 000 org yg memohon. Yg MENDAPAT kedudukan di Universiti hanya dlm 39 000 org sahaja. itupun bukan semua dpt mengikuti kos pilihan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ok kita guna simple maths..guna TEKNIK ATLEAST [ciptaan Tengku Ir Shafiq]... *pengiraan ini JUMLAH/HASIL nanti telah diabaikan pelajar yg selain dari aliran selain sains hayat , sains fizikal dan kejuruteraan* [bermaksud tidak termasuk pelajar selain sains hayat , sains fizikal, kejuruteraan dan tidak berkenaan] .


Lihat Pengiraan Dibawah PENTING!

40 000ribu [bundarkan.mb kurang lagi] Bumiputra yg memohon.
secara purata fakulti yg ditawarkn di setiap Universiti adalah 25 [maybe lebih]. 
dan dan 1 fakulti secara purata ada 5 [maybe lebih] .
intake tahun ini diramalkan seramai 100 n above [bundaran anggaran 100]


 so, 25 x 5 = 100 [approximately][ini bilangan kos]  ,

40 000/100 = 400 [purata bilangan pelajar yg meminta kos yg same]


100/400 = 1/4 or 0.25 [posibility mendapat kos ini bg yg memohon per individu]


thus, 0.25 x 100% = 25%


so, POSIBILITY UNTUK AKU ATAU KITA MENDAPAT KOS INI ADALAH HANYA 25%.
# OR HANYA 1 DARIPADA 4 ORG YG MEMOHON DIANGGARKAN AKAN BERJAYA MENGIKUTI KOS INI.


IF apabila di"consider"=tidak diabaikan student2 yg 3.5 above yg memiliki peluang yg cerah utk melanjutkan pelajaran dalam


0.22/1.25 [nisbah andaian CGPA saya] X 25 = 4.4%


FINAL ANSWER
# APPROXIMATELY = ONLY 4.4% [chance]
# (1 OF 23 STUDENTS)




[From Genius Shafiq]

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Inilah kekuasaan Allah S.W.T. inilah kuasa sebenar
 "DOA"









Firman Allah S.W.T 

[lebih kurang begini]

 "jika seseorang hamba-Ku datang kepada beserta dosa setinggi gunung sekalipun dan meminta keampunan dari Ku , Nescahya akan Aku ampunkan"





Oleh itu , berdoalah kepada Ar-Rahman disetiap ketika.Semoga ini menjadi pengajaran kepada insan yg bergelar khalifah.


SALAM PENUTUP


[sebab awaksayakitakan kawan]




Wednesday, August 3, 2011

Rugby and Islam

First of all, say HELLO to 
" RUGBY WORLD CUP 2011 " 






My Favourite Team "ALL BLACKS"


.............................................................................................................................

What is the Rugby?


is it about dancing?





or about being such a jerk or freak.. HAHA






or it is about love or hug 
(in Wikipedia HUG is a form of physical intimacy, that usually involves closing or holding the arms around the neck, back, or waist of another person; if more than two persons are involved, this is referred to as a group hug.)


........................................................................................................................

 
 
"Gentleman Game"


Sonny Bill Williams



Personal Information

Name                                                    Sonny Bill Williams
Date of Birth                                        13 August 1985
Place of Birth                                     Auckland, New Zealand
Height                                                   1.91 m
Weight                                                  108 kg
Nickname                                            Superman
School                                                 Mount Albert Grammar
Occupation(s)                                    Professional rugby union player, Heavyweight boxer,
                                                               former professional rugby league player
Position(s)                                          Inside Centre
National team                                     New Zealand



Sonny Bill Williams Embraces Islam

  Sonny menjadi sensasi dalam liga ragbi remaja, bila menyertai skuad bintang All Black. Pada waktu sama juga dia menjadi peninju heavyweight berbakat. Bahkan kini, dia Sonny Bill Williams juga, telah memeluk Islam. Akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan rupanya beliau telah bersyahadah sejak dua tahun lalu.

Sejak itu, beliau menjadi Muslim pertama yang mengenakan jersi All Black, dan meminta makanan halal semasa kempen jelajah Hemisfera Utara tahun lepas. Bulan Ramadan pada tahun ini akan jatuh dalam bulan Ogos, masa All Black ambil bahagian dalam pertandingan Tiga Negara. Di sinilah fasa terakhir persediaan pasukan menyiapkan diri bertanding dalam Piala Dunia.

Williams regularly attends Friday prayer sessions at a Christchurch mosque, according to friends.
Federation of Islamic Associations of New Zealand first vice-president Javed Khan said his allegiance was commonly known among the Muslim community.
"He is practising the religion and he is a great role model for the youngsters. We will pray to Allah that he will win the World Cup for us. Everyone talks about it you know. The Muslim community, everyone knows everyone, you know."
Williams' manager Khoder Nasser and mentor, league star and boxer Anthony Mundine, are both Muslims, as is his brother Johnny, who lives with him in Christchurch.


Trio Superman


Daren Shand ,Pengurus All Black ditanya jika amalannya itu bercanggah dengan falsafah All Blacks yang menggalakkan pemain-pemain supaya berfikiran bebas dan berdikari, Shand berkata Williams adalah seorang yang jenis “menyerap” informasi. "Itulah sebabnya beliau berjaya dalam semua sukan yang diceburi. Beliau hanya tandakan semua kotak. Dia ingin menjadi yang terbaik."

Sejak memeluk Islam, Williams berusaha untuk tidak mengulangi insiden-insiden memalukan yang berkaitan dengan alkohol. Beliau sekarang ini sedang menjalani latihan bersama kelab Crusaders bagi menghadapi kempen Super Rugby dan tidak dapat dihubungi untuk mengulas dengan lebih lanjut.

Ini adalah antara dugaan beliau apabila memeluk Islam

One of the final straws was when Bulldogs coach Steve Folkes approached him at training earlier this year about newspaper reports he was becoming a Muslim.
"I rock up to training and Folkesy, Steve Folkes, someone that, to be honest, has never paid any interest in my personal life, he comes up to me and starts saying, 'You're not turning Muslim are you?' " Williams says.
"I just laughed. I said, 'Seriously, you're joking', and then he has a go at Anthony: 'You're kidding yourself if you're taking advice off him.' "
Williams said it was only later that the comment irked him. "I start to think, 'Who is he to question my friends?' "
Folkes last night took umbrage at Williams's suggestion, dismissing it totally.
"If you asked Hazem (El Masri) about how I perceive Muslims, you'll find I've often asked him questions about the religion because I don't fully understand it," he said.
"If something comes up that I heard, I ask him."


         QUOTE

After 13 years of loyal service, needless to say this came as a shock




Bro, tu tudung fesyen ape? beli kt Pavilion ke??
 [Limited Edition only for Muallaf]  
HAHA.. =)



STYLO+MACHO = STYCHO = BUNCHO!.....hak3


~sampai disini sje~


Iklan Penutup : Bro da masuk Islam TATTOO tu jgn lupa buang. kang mati sape nk buangkan?


END of  MY STORY
...........................................................................................................